{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Peniaga kotor ke mahkamah

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 13 Julai - Jabatan Kesihatan tidak teragak-agak untuk mengheret pengusaha gerai makanan di bazar Ramadan yang mengabaikan aspek kebersihan ke mahkamah.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Lailanor Ibrahim berkata, tindakan serta-merta akan diambil oleh pasukan penguat kuasa semasa pemeriksaan jika terdapat penjual yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

Menurutnya, berbeza dengan operasi tahun lalu yang menumpukan bazar Ramadan sahaja, kali ini pihaknya akan menjalankan pemantauan di rumah pengusaha gerai makan terlebih dahulu.

"Kita akan memantau tempat penyediaan makanan oleh gerai-gerai yang sering menjadi tumpuan ramai di seluruh bazar Ramadan negeri ini.

"Jika cara penyediaannya tidak mengikut elemen-elemen penting kebersihan seperti kawasan dan peralatan yang kotor serta pekerja tidak mendapat suntikan, kita akan terus buka kertas siasatan sebelum didakwa di mahkamah," katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pemeriksaan akan dijalankan sepanjang Ramadan melibatkan pelbagai agensi, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan, pihaknya kini giat menjalankan pemantauan terhadap kilang memproses ais yang beroperasi di Pulau Pinang.

"Ini kerana wujud kebimbangan terhadap cara pembuatan dan pengendalian serta penghantaran kepada peniaga-peniaga berkenaan tidak mementingkan aspek kebersihan.

"Selain itu, pemeriksaan juga akan dijalankan terhadap pengusaha santan bagi mengelak berlaku keracunan makanan atau lauk basi," jelasnya.

Sehubungan itu, Lailanor menasihati orang ramai supaya memilih gerai-gerai yang bersih bagi mengelak keracunan makanan sepanjang bulan puasa.

The Mahi-Mahi taja 7,000 naskhah Utusan Malaysia

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

MUHAMMAD Luqman Nur Fariq (dua dari kiri) menyerahkan tajaan Utusan Malaysia kepada Zainol Saad di Pulau Pinang, kelmarin.

KEPALA BATAS 13 Julai - The Mahi-Mahi Restaurant dan Club House menaja 7,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia dan majalah keluaran Kumpulan Utusan untuk diedarkan kepada para pelanggannya.

Majlis penyerahan cek tajaan bernilai RM15,280 itu diserahkan oleh Pengurus restoran tersebut, Muhammad Luqman Nur Fariq kepada Eksekutif Jualan Utusan Biro Pulau Pinang, Zainol Saad di sini semalam.

Muhammad Luqman berkata, pihaknya memilih akhbar Utusan Malaysia kerana pengalaman dan pengaruhnya dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat.

Beliau berkata, Utusan Malaysia merupakan akhbar yang rasional selain penyampaian berita dan rencana secara berwibawa.

"Saya lebih yakin dengan akhbar ini kerana menyajikan banyak ilmu pengetahuan dan mempunyai ramai pembaca di negara ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Muhammad Luqman berkata, nama The Mahi-Mahi yang membawa maksud berkuasa dalam bahasa Hawaii diambil daripada nama sejenis ikan dalam keluarga Dolphin.

Beliau berkata, restoran tersebut beroperasi mulai pukul 4 petang hingga pukul 12 malam sejak setahun lalu.

Menurutnya, sepanjang Ramadan ini pihaknya menyediakan pelbagai set pilihan hidangan untuk pelanggan.

Beliau berkata, pihaknya juga menawarkan keahlian dengan bayaran RM30 selain baucar promosi dan percuma majalah Saji terkini edisi bumper untuk 300 pelanggan terawal atau percuma keahlian dengan nilai perbelanjaan RM120 dalam satu resit.

Muhammad Luqman menjelaskan, sebagai ahli mereka menikmati potongan harga lima hingga 20 peratus tertakluk pada menu, percuma hidangan pada jumlah nilai perbelanjaan dan tebus mata ganjaran.

Restoran berkenaan terletak di No. 100 dan 101, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, Bertam di sini.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 019-5565696, 016-4833554 atau 019-4443110 untuk sebarang pertanyaan.

100 sertai Kembara Indahnya Ramadan 2013

Posted: 13 Jul 2013 09:51 AM PDT

ARAU 13 Julai - Sebanyak 100 peserta konvoi yang melibatkan kereta dan motosikal berkuasa tinggi di Perlis menjadi kumpulan pertama menyertai Kembara Indahnya Ramadan 2013 yang dilancarkan di pekarangan Masjid Muhammadiah Kampung Guar Gajah di Jalan Padang Nyu di sini, petang semalam.

Program kembara yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Gerakwanis Belia 4B Malaysia itu bertujuan menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan orang miskin menerusi majlis berbuka puasa dan bersahur di setiap daerah terpilih yang dikunjungi.

Pelepasan konvoi itu telah dilakukan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perlis, Syamsul Tahrin Mohd. Tahir.

Yang turut hadir, Pengerusi Bersama Kembara Indahnya Ramadan 2013, Haslinda Ahmad dan Pengarah Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Abdullah Ali.

Menurut Haslinda, program kali keempat itu juga mendapat kerjasama daripada JBS, JKM, Bernas dan IM4U.

"Kita menjangkakan sebanyak 1,200 peserta akan menyertai konvoi ini dalam pengembaraan selama 15 hari di 12 buah negeri yang akan berakhir di Kelantan," katanya ketika ditemui di majlis berkenaan.

Beliau berkata, setiap peserta konvoi cuma terlibat dalam program yang dilaksanakan di negeri masing-masing sahaja.

Haslinda berkata, bagi program di negeri ini, selain dianjurkan majlis berbuka puasa juga diadakan penyampaian sumbangan kepada 30 anak yatim dari tiga kawasan Parlimen iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar.

Katanya, pelajar sekolah rendah dan menengah ini menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM250 setiap seorang.

"Pada sebelah malam pula diadakan program sahur dengan menziarah lima rumah penduduk miskin di Parlimen Kangar," katanya.

Beliau berkata, setiap rumah akan diberikan sumbangan berupa makanan sahur, barangan dapur dan juga selimut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat