Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 15 Jul 2013 11:02 PM PDT Kemeriahan sahur untuk membangkitkan mood pada awal pagi. - Gambar hiasan RAMADAN tiba lagi. Selain kita diseru untuk perbanyakkan ibadat, pada bulan ini juga boleh menjadi pemangkin memperkukuhkan ikatan ukhwah dalam kalangan ahli keluarga terutamanya suami, isteri dan anak-anak. Menurut Pensyarah Kaunseling dan Kekeluargaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sabasiah Husin, ikatan hubungan dengan pasangan boleh dipertingkatkan menerusi kerja-kerja bersama yang dilakukan pada bulan ini. Antaranya, pasangan boleh bangun awal pagi bersama-sama mempersiapkan sahur bagi semua ahli keluarga. "Selama ini mungkin si suami hanya mengharapkan isteri yang bangun awal menyediakan sahur. Cuba pula pada tahun ini anda berdua sama-sama bangun dan menyediakan hidangan. "Tentu waktu itu keadaan akan jadi lebih meriah kerana suami dan isteri saling bantu-membantu di dapur," katanya. Sabasiah menambah, selepas makan sahur, lebih molek sekiranya pasangan turut berkemas dan membasuh pinggan bersama-sama, sebelum mengaji al-Quran dan kemudian sembahyang subuh berjemaah. Menurut Sabasiah, antara perkara yang dia, suami dan anak-anaknya lakukan sepanjang bulan puasa, pada awal pagi sebelum bersahur, dia menggalakkan anak-anaknya mandi terlebih dahulu. Tujuan berbuat demikian adalah bagi memudahkan anak-anaknya menjamah hidangan yang disediakan pada awal pagi itu dengan lebih berselera dan rasa segar. "Untuk mengejutkan suami pula ada cara yang lebih selesa dan mesra. Saya akan memegang ibu jari kaki suami saya sambil memanggil namanya sehingga dia terbangun. "Setelah bangun, saya akan menghulurkan segelas air kosong untuk diminum. Minum air kosong selepas bangun tidur ini merupakan sunnah Rasulullah selain terbukti dari segi saintifik melancarkan penghadaman dan air liur yang diminum sekali itu merupakan satu enzim," katanya. Kata Sabasiah, selepas itu suaminya mandi dan mengerja sembahyang sunat dan kemudian makan sahur. Dalam pada itu dia berkata, sahur adalah waktu yang menyeronokkan bagi dirinya dan keluarga sehingga dia akan mengambil masa menyediakan pelbgai jenis masakan. "Ini bukan apa, saya mahu menaikkan mood anak-anak dan suami agar lebih berselera ketika bersahu "Selepas bersahur, saya juga tidak menggalakkan anak-anak dan suami untuk tidur semula . Selalunya kalau kita tidur semula, badan kita akan terasa lesu, dan mual, atau mungkin pening. "Ini memandangkan waktu itu perut kita dalam proses penghadaman dan sudah tentu tidak sesuai untuk tidur," katanya yang boleh dihubungi di sabasiah@uum.edu.my. |
Posted: 15 Jul 2013 11:02 PM PDT Oleh NOOR FAZRINA KAMAL (Dari kiri) Dr. Wan Mohamad Wan Bebakar, Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pengurus Besar Eli Lilly Malaysia dan Singapura, Ham Taejin melancarkan Peta Perbualan Diabetes bagi menguruskan penyakit itu ketika Ramadan di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. BERPUASA di bulan Ramadan membabitkan perubahan diet dan pola pemakanan di luar kelaziman. Bagi yang menghidap diabetes atay kencing manis, perubahan itu boleh menimbulkan kerumitan jika paras gula mereka tidak diurus dengan betul. Dianggarkan kira-kira 40-50 juta penghidap diabetes di seluruh dunia berpuasa dalam bulan Ramadan setiap tahun. Daripada jumlah itu kira-kira 79 peratus menghidap diabetes jenis 2. Walaupun ramai di antara mereka dapat menguruskan paras glukosa dalam darah dengan baik semasa berpuasa, ada yang tidak begitu maklum tentang bagaimana berpuasa boleh mempengaruhi penyakit mereka. Komunikasi dan interaksi berkaitan pengurusan diabetes yang betul semasa berpuasa penting untuk menguruskan diabetes dengan sewajarnya. Terdapat keperluan segera untuk menyediakan sumber pendidikan yang menarik dan penuh maklumat untuk menggalakkan perbincangan tentang usaha mengawal diabetes semasa berpuasa. Inilah matlamat Peta Perbualan Diabetes, sebuah program yang dirangka dan ditaja oleh Lilly Diabetes. Sebuah peta baru, iaitu Peta Perbualan Diabetes bagi Menguruskan Semasa Ramadan, telah dicipta dan disusun khusus oleh pakar endokrinologi beragama Islam untuk menggalakkan pengurusan diabetes yang betul semasa berpuasa. Peta ini bertujuan mewujudkan kesedaran tentang cara umat Islam yang menghidap diabetes boleh menunaikan kewajipannya dan pada masa yang sama mengekalkan tahap gula yang optimum di dalam badan mereka. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata, diabetes di Malaysia membimbangkan kerana negara ini sudah mengatasi angka unjuran kelaziman diabetes Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). "Memandangkan kita kini lebih sedar tentang ramai penghidap diabetes yang ingin berpuasa dalam bulan Ramadan, wujud keperluan segera untuk meningkatkan kesedaran tentang pengurusan diabetes yang betul bagi memastikan mereka berpuasa secara selamat. "Kita perlu menggiatkan usaha untuk membabitkan pesakit, penjaga dan profesional penjagaan kesihatan, iaitu dengan mengadakan perbincangan tentang diabetes dan puasa supaya kefahaman lanjut tentang rawatan dan pengurusan boleh dirumuskan. " Peta Perbualan Diabetes ialah satu pendekatan yang boleh diambil oleh semua pihak berkepentingan yang berkaitan," katanya pada majlis pelancaran Peta Perbualan Diabetes di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Program baru untuk bulan Ramadan itu akan dilancarkan di 16 negara selain daripada Malaysia. Ini termasuk Belanda, Switzerland, Indonesia, Pakistan, Afrika Selatan, Afrika Sub-Sahara, Maghribi, Algeria, Israel, Mesir, Lebanon, UAE, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Oman. Peta tersebut disediakan dalam tujuh bahasa iaitu Inggeris, Belanda, Perancis, Arab Klasik, Urdu, Indonesia dan bahasa Melayu. Dr. Noor Hisham menambah, setakat ini pihak kementerian telah menggabungkan Peta Perbualan Diabetes di 35 institut kesihatan di seluruh negara. "Kami berharap untuk menambah bilangan institut yang turut serta untuk memperluas capaian kepada seberapa banyak pesakit diabetes yang mungkin," katanya. Hipoglisemia Dalam pada itu Pakar Runding Kanan Endokrinologi, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Datuk Dr. Wan Mohamad Wan Bebakar berkata, salah satu kerumitan utama yang dikaitkan dengan puasa penghidap diabetes ialah hipoglisemia (tahap gula darah yang rendah), keadaan di mana tahap glukosa darah adalah kurang daripada 4mmol/l. Katanya, walaupun pada mulanya ringan, keadaan ini, jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kekeliruan, kecemerkapan, atau pitam dan secara beransur-ansur, hipoglisemia yang serius boleh menyebabkan kekejangan, koma dan juga kematian. "Satu lagi kerumitan yang juga perlu diberi perhatian ialah hiperglisemia (tahap gula darah yang tinggi), di mana tahap gula darah adalah lebih tinggi daripada 7.8mmol/L selepas berpuasa untuk tempoh sekurang-kurangnya 8 jam. "Kerumitan yang dialami apabila penghidap diabetes berpuasa, baik yang ringan mahupun yang teruk, boleh dielakkan dengan mudah jika diuruskan dengan betul menerusi pengambilan makanan dan ubat-ubatan yang sewajarnya. "Sebab itulah peta ini amat perlu untuk menekankan betapa pentingnya berpuasa dengan selamat dalam bulan Ramadan," kata Dr. Wan Mohamad. Katanya, peta ini memberi peluang kepada pesakit berinteraksi dengan pesakit lain dan dengan penyedia perkhidmatan kesihatan untuk mempelajari fakta penting tentang diabetes, kepercayaan dan sikap yang perlu diubah untuk memastikan kesihatan mereka tidak terjejas semasa berpuasa. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |