{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Kota Tinggi terus dilonjak

Posted: 16 Jul 2013 11:49 AM PDT

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor.com.my

MOHAMED Khaled Nordin (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan fidyah kepada salah seorang penerima di Masjid Jamek Kota Tinggi, Johor, kelmarin. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

KOTA TINGGI 16 Julai - Daerah Kota Tinggi yang kaya dengan sumber semula jadi khususnya sektor pertanian dan pelbagai produk pelancongan bakal menjadi pelengkap kepada pembangunan yang sedang rancak berlaku di Iskandar Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri mempunyai perancangan khas bagi menaikkan imej daerah ini di samping memajukan penduduknya secara menyeluruh melalui Pegawai Daerah yang baharu, Mohd. Noorazam Osman.

Pejabat Daerah diminta menyediakan kertas kerja secara komprehensif berhubung keperluan pembangunan dan sehubungan itu kita mahu inisiatif berkesan diambil penduduk tidak berhijrah ke daerah lain.

Apa yang saya nampak kelebihan dan kekuatan yang ada di daerah ini dengan menjadi lembah pengeluar makanan bukan sahaja perlu dikekalkan, malah perlu dipertingkatkan sebagai hab makanan utama negeri," katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama penduduk di Masjid Jamek Kota Tinggi, di sini semalam.

Terdahulu, Mohamed Kaled diberi taklimat mengenai pembangunan daerah oleh Mohd. Noorazam.

Majlis turut menyaksikan beliau menyerahkan Notis 5A kepada 75 penduduk Kampung Sungai Ambok di sini, selain menyampaikan sumbangan kepada 80 penerima yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Asiah Md. Ariff dan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim.

Menurut Mohamed Khaled, persediaan menampung dan memenuhi permintaan Iskandar Malaysia yang sedang mengalami kepesatan pembangunan, pertambahan penduduk dan permintaan meningkat terhadap produk makanan perlu dibuat dari sekarang.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan kerajaan negeri merancang menaik taraf produk-produk pelancongan sedia ada di daerah ini bagi menarik lebih ramai pelancong.

Sebagai permulaan kerajaan negeri memperuntuk sebanyak RM2 juta bagi melaksana program mengindah dan menceriakan semula Sungai Johor yang sarat dengan sejarah Kesultanan Johor Lama seta keindahan semula jadinya.

Usaha memajukan Desaru dengan kerjasama Khazanah Nasional dan Tanjung Balau oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) sedang giat dilaksana," katanya.

Kewujudan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) pula, kata Mohamed Khaled, memerlukan pengupayaan masyarakat setempat bagi mengurangkan pergantungan terhadap tenaga kerja asing.

Ayam import masuki Johor minggu depan

Posted: 16 Jul 2013 11:49 AM PDT

MUAR 16 Julai - Ayam import akan mula memasuki pasaran negeri ini minggu depan bagi mengatasi masalah harganya yang melambung antara RM8.50 sehingga RM8.70 sekilogram sejak awal Ramadan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, kerajaan negeri sudah membuka permit import ayam dan hanya menunggu bekalan tersebut sampai tidak lama lagi.

"Kita cadangkan buat sementara waktu pengguna-pengguna tidak membeli ayam sebaliknya mendapatkan makanan gantian seperti ikan, lembu, kambing dan sebagainya bagi mengelak harga ayam terus tinggi.

"Jika permintaan ayam turun secara tidak langsung harganya akan turun. Selain itu, masalah kenaikan harga ayam dijangka selesai minggu depan apabila ayam-ayam import dibawa masuk," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harga ayam daging di pasaran tempatan di negeri ini melambung naik sehingga RM8.70 sekilogram sejak dua minggu lalu iaitu di daerah ini walaupun kerajaan menetapkan harganya pada kadar RM6.80 sekilogram.

Ismail berkata, bagi mengatasi masalah tersebut pihaknya menggesa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan di sekitar Johor terutama di Muar melakukan pemantauan harga ayam.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati harga RM8.70 sekilogram dijual di kedai-kedai ayam yang siap diproses di kawasan kampung antaranya di Parit Amal, Parit Terom dan Parit Payung.

Peniaga ayam di Parit Amal, Rosnah Hassan, 46, berkata, kedainya terpaksa menjual harga ayam RM8.70 sekilogram kerana mendapat bekalan daripada pembekal berharga RM6 sekilogram sejak awal Ramadan.

"Bekalan ayam diperoleh dari Bukit Gambir dan Tangkak, di Ledang. Alasan diberikan pembekal ialah ayam 'tidak ada' pada masa ini. Ramai pelanggan merungut tetapi mereka tetap membeli ayam kerana tidak ada pilihan.

"Bukan sahaja harga ayam daging naik tetapi harga ayam pencen pun naik daripada RM6.20 kepada RM8.50 sekilogram. Begitu juga harga ayam kampung daripada RM8.50 kepada RM13 sekilogram ketika ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Harga ayam daging di Muar dikesan paling awal dan tertinggi naik bermula cuti sekolah awal bulan lalu sehingga mencecah RM8.70 sekilogram sebelum kerajaan menetapkan harga RM6.80 sekilogram.

Rosnah yang sudah 25 tahun berniaga ayam berkata, peniaga ayam siap diproses di kampung-kampung akan menghubungi antara satu sama lain untuk menyelaraskan harga pada kadar RM8.70 sekilogram dan keadaan itu dibuat bukan mahu mengaut keuntungan lebih.

Jelasnya, harga itu naik bukan sahaja disebabkan kerana memperoleh harga luar biasa daripada pembekal tetapi kos perniagaan seperti upah pekerja, bil air dan elektrik serta penghantaran ke kedai-kedai runcit yang turut meningkat.

"Purata ayam yang dijual ialah antara 200 ekor sehari dan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad mencecah sehingga 400 hingga 500 ekor sehari. Ini bukan sahaja dalam bulan puasa tetapi pada bulan-bulan biasa," ujarnya.

Tindakan tegas jika premis membiak aedes - Ayub

Posted: 16 Jul 2013 11:49 AM PDT

AYOB Rahmat (kiri) memakaikan apron kepada peniaga Bazaar Ramadan sambil diperhatikan oleh A. Rahim Nin (dua dari kiri) di Kip Mart Segamat, Johor, kelmarin.

SEGAMAT 16 Julai - Penduduk negeri ini bakal berdepan tindakan tegas jika didapati melakukan kesalahan membiarkan kawasan kediaman atau premis perniagaan mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, penguatkuasaan merupakan langkah paling tepat memberi kesedaran masyarakat dalam usaha pencegahan berikutan peningkatan kes demam denggi.

Selepas pelbagai aktiviti seperti kempen, ceramah dan gotong-royong tidak memberi kesan yang diharapkan maka tiada sebarang kompromi terhadap kesalahan pembiakan nyamuk aedes selepas ini terhadap semua pihak termasuk pemaju dan orang perseorangan.

Tindakan ini bukanlah bertujuan mahu menyusahkan mana-mana pihak sebaliknya untuk mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab," katanya kepada pemberita semasa melancarkan Kempen Keselamatan Makanan Bulan Ramadan, di sini semalam.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Segamat, A Rahim Nin.

Menurut Ayub, setakat ini Johor menyaksikan sebanyak 1,880 kes denggi atau peningkatan 108.6 peratus dengan tujuh kematian berbanding 901 kes dengan satu kematian untuk tempoh sama tahun lalu.

Katanya, peningkatan kes denggi paling ketara adalah 1,279 kes dengan tujuh kematian di Johor Bahru iaitu peningkatan 170.9 peratus berbanding hanya 472 kes dengan satu kematian untuk tempoh sama tahun lalu.

Kulaijaya dan Pontian turut menunjukkan peningkatan membimbangkan tetapi tiada pertambahan berlaku bagi daerah Segamat, Ledang dan Muar. Sehubungan itu saya mahu penduduk negeri ini meningkatkan penglibatan dalam aktiviti membanteras denggi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ayub turut menasihatkan peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri agar tidak mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan aspek kebersihan dan amalan penyediaan makanan bersih serta selamat.

Beliau turut memberi amaran peniaga yang gagal mematuhi peraturan bakal dikenakan tindakan tegas termasuk dilarang meneruskan aktiviti jualan malah berkemungkinan berdepan tindakan mahkamah jika didapati menjual makanan tercemar.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat