{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Elaun nelayan tidak dibayar

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

Sebahagian daripada nelayan yang tidak menerima Elaun Sara Hidup Nelayan sejak dua bulan lalu, berkumpul di jeti Kuala Kemasin di Bachok untuk meluahkan masalah mereka, semalam. - Mingguan/Torek Sulong

BACHOK 20 Julai - Lebih 100 nelayan pantai yang sebelum ini menerima elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan, mendakwa tidak menerima pembayaran sejak dua bulan lalu.

Nelayan terbabit mendakwa, pembayaran elaun itu yang kebiasaannya dibayar setiap bulan, tidak dibuat selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu dan ia sangat membimbangkan mereka yang majoriti hidup susah.

Sehubungan itu, nelayan terbabit merayu supaya pembayaran elaun sara hidup itu dibayar bagi membolehkan mereka membuat persediaan Hari Raya Aidilfitri.

Seorang nelayan Kuala Perupuk, Muhamad Izwan Mohd Nor, 24, berkata, masalah yang dialami golongan nelayan itu telah dimaklumkan kepada pihak berkaitan namun gagal mendapat jawapan yang memuaskan.

Beliau berkata, pembayaran elaun sara hidup itu tidak sepatutnya dikaitkan dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) di sini yang kini menjadi isu politik setempat kerana sebahagian besar penerimanya adalah penyokong kuat BN.

"Kami khuatir pembayaran yang tertunggak itu menyebabkan kehidupan nelayan tradisional yang rata-rata miskin tidak dapat berbelanja menjelang Syawal nanti. Hari Raya semakin hampir namun elaun untuk Jun dan Julai masih tidak diterima," dakwanya ketika ditemui di pangkalan Kemasin dekat sini hari ini.

Mohd. Fadlillah Mohd. Yusof, 30, dari Kuala Kandis pula berkata, wang elaun sara hidup yang diterimanya digunakan khusus untuk menampung perbelanjaan bapanya yang uzur.

"Dua bulan sudah terkumpul sebanyak RM400 dan mana kami nak cari wang banyak itu?. Bila dapat elaun ini dulu kami amat bersyukur sebab kami anggap ia hasil pembelaan Kerajaan Persekutuan dan pimpinan UMNO setempat.

"Wang itu jugalah saya gunakan untuk perbelanjaan dapur, membeli gas memasak, bayar bil dan sebagainya. Kami nelayan tradisional yang memukat di sekitar pesisir pantai tidak mempunyai pendapatan yang banyak berbanding nelayan laut dalam," katanya.

Mohd. Fadlillah berkata, sekiranya pembayaran elaun sara hidup ini terus tertunggak dalam tempoh yang lama, akan menyebabkan kehidupan nelayan semakin terhimpit terutama menjelang musim tengkujuh hujung tahun ini.

Nik Mat Raja Daud, 52, dari Kuala Mengabang berkata, dia yang menyara lapan orang anak termasuk empat masih bersekolah, sangat merasakan kesan daripada kegagalan pihak berkenaan membayar elaun tersebut seperti sebelumnya.

"Ini saat genting bagi kami nelayan yang kais pagi makan pagi. Kami mohon perkara ni diselesaikan segera terutama pada bulan puasa dan menjelang hari raya nanti. Banyak yang boleh digunakan dengan duit RM400 yang tertunggak itu," katanya.

Kelantan perhalusi fatwa kekang ajaran syiah

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

Oleh YULPISMAN ASLI

KOTA BHARU 20 Julai - Pejabat Mufti Kelantan dalam proses membuat penambahbaikan terhadap fatwa berkaitan ajaran syiah di negeri itu bagi mengekang penyebarannya dalam masyarakat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) berkata, penambahbaikan itu perlu dilakukan bagi membolehkan fatwa yang dikeluarkan kelak tidak menimbulkan sebarang persoalan dan dapat dikuatkuasakan sepenuhnya.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya telah mengeluarkan fatwa tentang ajaran syiah di negeri itu, namun terdapat beberapa perkara yang perlu dibuat penambahbaikan bagi mengukuhkan lagi fatwa yang dibuat.

"Dulu kita dah gazetkan fatwa tentang ajaran syiah di negeri ini, tetapi hendak memperkemaskan fatwa itu (bila dibawa di mahkamah), maka penambahbaikan dilakukan. Apabila siap, fatwa itu akan digazetkan dalam waktu terdekat.

"Masalah sama pernah berlaku ketika kita mengeluarkan fatwa mengharamkan pergerakan Arqam yang mana terdapat ruang dan perlu diperkemaskan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan Kedah dilaporkan akan menguarkan sekatan penyebaran syiah dalam usaha membendung penularan ajaran itu dalam kalangan penduduk di negeri berkenaan.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, kewujudan fatwa tersebut juga akan membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan demi menyelamatkan akidah umat Islam.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, pihak berkuasa di negeri itu sentiasa memantau pergerakan ajaran syiah yang dilaporkan bergerak secara 'low profile' termasuk membuat pendaftaran gerakan mereka di mahkamah.

"Apa tujuan mereka buat pendaftaran di mahkamah tidak dapat dipastikan, namun secara umumnya, ajaran syiah di Kelantan agak terkawal," katanya.

Mohamad Shukri menegaskan, berdasarkan undang-undang tubuh negeri Kelantan, ajaran selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, tidak dibenarkan diamalkan di negeri itu.

Beliau berkata, antara ajaran syiah yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah mencerca secara terbuka para sahabat Nabi Muhammad SAW, kecuali Saidina Ali.

"Justeru, ajaran ini tidak boleh dibiarkan bagi mengelak pertembungan serta pertelagahan antara syiah dan sunni sebagaimana berlaku di sesetengah negara Islam," katanya.

Kerajaan Terengganu timbang terus bantu Farid

Posted: 20 Jul 2013 11:14 AM PDT

KOTA BHARU 20 Julai - Kerajaan Negeri Terengganu menimbang untuk memberikan bantuan berterusan kepada anggota trafik, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, yang terlibat dalam kemalangan ketika bertugas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Terengganu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, Mohd. Mahadi Musa berkata, perkara tersebut telah pun dipanjangkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said untuk tindakan selanjutnya.

"Insya-Allah kita akan membantu keluarga anggota berkenaan dengan memberikan bantuan secara berterusan memandangkan anak-anaknya masih kecil.

"Lagipun beliau merupakan anak kelahiran Kuala Ibai, Terengganu. Memang menjadi dasar kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyatnya selaras dengan slogan Janji Ditepati," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa melawat anggota polis tersebut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semalam.

Dalam sesi lawatan tersebut, Mohd. Mahdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada isteri anggota polis berkenaan, Norazwani Same.

Farid Hasni yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka dipinjam untuk bertugas di PRK Kuala Besut bersama dengan seorang rakan setugas sedang meronda di pusat-pusat mengundi sebelum dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan dalam kejadian di Kampung Alor Peroi, Besut kira-kira pukul 4.40 petang Rabu lalu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat