Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 20 Jul 2013 01:04 PM PDT Kuala Lumpur: Dulu wanita ini dan pasangannya dibiar merempat bawah jejambat di tepi Sungai Klang, di sini, namun selepas kelahiran bayi sulung, Isnin lalu, 'skrip' kehidupan mereka tiba-tiba berubah. Maya, 23, suaminya, Zaki, 29, serta bayi lelaki mereka dipaksa mengikut keluarga pulang ke kampung wanita berkenaan di Arau, Perlis, walaupun sebelum ini dia mendakwa langsung tidak dihiraukan keluarga. Insiden perebutan bayi itu berlaku kira-kira sejam di pekarangan Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur kelmarin, antara Maya dan tiga abang serta bapa saudaranya yang datang dari Perlis untuk mengambil mereka bertiga sebaik pasangan gelandangan itu dibenarkan keluar pada hari sama. Wartawan Metro Ahad yang berada di situ atas pelawaan Zaki mendapati, suasana tegang antara Maya dan keluarganya turut menarik campur tangan rakan gelandangan mereka yang hadir untuk melawat, seterusnya mencuri tumpuan kakitangan HKL serta pesakit lain. MAYA (berkerusi roda) keluar dari Wad Bersalin, HKL sebelum dibawa tinggal bersama keluarga angkat. ZAKI, Maya dan bayi tinggal sementara di rumah keluarga angkat di pinggir ibu kota.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/21 |
Posted: 20 Jul 2013 01:04 PM PDT Georgetown: Aksi sekumpulan mat rempit menunjukkan lagak di jalan raya berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 3 pagi, Muhamad Nor Faiz Khan, 16, maut di lokasi kejadian selepas cedera teruk di kepala dan badan apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang kereta. Lebih menyayat hati apabila kejadian berlaku kurang 100 meter dari rumahnya di Flet Mutiara Idaman, di sini, malah beberapa rakan mangsa meninggalkannya sejurus kemalangan berlaku. Menurut sumber, sebelum kejadian, kumpulan remaja bermotosikal terbabit cuba menunjukkan lagak mereka dengan menunggang secara berbahaya di sekitar kawasan itu. MUHAMAD Nor maut di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, semalam.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |