{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Atlet Malaysia dinasihat tidak memandu lewat malam

Posted: 01 Aug 2013 02:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berikutan kemalangan jalan raya meragut nyawa pemain hoki kebangsaan Chua Boon Huat hari ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menasihatkan atlet negara tidak memandu lewat malam.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi, berkata ia bertujuan mengelakkan tragedi itu berulang lagi.

"Memang betul kemalangan maut tidak boleh dijangka, ia adalah ketentuan tapi saya mahu menasihat atlet negara supaya tidak memandu pada lewat malam kerana khuatir perkara sama akan terjadi lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pemain hoki kebangsaan berumur 33 tahun itu maut dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Sieh menyifatkan kejadian itu sebagai satu kehilangan besar bagi negara dan menambah kata tragedi sama pernah berlaku pada tahun 1988 kepada penjaga gol kebangsaan, mendiang Datuk R Arumugan.

"Saya sedih dengan kehilangan ini kerana beliau (Chua) masih mempunyai harapan cerah dalam industri sukan untuk menaikkan nama skuad hoki kebangsaan kita, tambah pula beliau masih muda dan bertenaga.

Sieh berkata, kemunculan semula Chua dalam skuad hoki negara memberikan nafas baru dengan pengalaman dan ketangkasan yang dimilikinya selepas berehat seketika dalam sukan itu.
Tambahnya, beliau berharap pemain lain akan tetap bersemangat dan mengambil iktibar daripada kisah tragis yang melanda Chua.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong, berkata mendiang bukan sahaja merupakan contoh seorang atlet yang berjaya dalam sukan hoki tetapi sukan lain juga.

"Beliau adalah seorang yang bersungguh-sungguh dalam kerjayanya sebagai seorang atlet di mana beliau tahu serta faham apa tugasnya sebagai seorang atlet sebab itu beliau dapat bertahan lama dalam sukan ini.

"Mendiang juga boleh dikatakan sebagai seorang pemain yang paling cergas dilahirkan dalam skuad hoki negara dan merupakan contoh atlet yang bagus kerana sentiasa mengambil berat tentang kecerdasan di padang," katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Chua melalui laman sosialnya.

Beliau dalam akaun twitter dan facebooknya berkata, Chua adalah seorang bintang hoki yang sudah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Khairy juga menyifatkan mendiang sebagai seorang atlet yang cemerlang, berdisiplin, sentiasa positif dan menjadi inspirasi kepada pemain-pemain muda dalam skuad hoki negara.

- BERNAMA

Inkues kematian mangsa tertimbus di Jalan Macalister ditetapkan 2-6 September

Posted: 01 Aug 2013 02:29 AM PDT

GEORGETOWN: Inkues bagi mengesahkan kematian seorang penjual nasi, Lim Chin Aik yang dipercayai tertimbus di dalam kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister, di sini ditetapkan dari 2 hingga 6 September depan, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas Jabatan Peguam Negara bersetuju mengadakan inkues berhubung kejadian itu setelah dimaklumkan oleh timbalan pendakwa raya.

"Keluarga Lim sudah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai penyiasat. Beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu di mahkamah," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Difahamkan inkues itu juga bagi membolehkan sijil kematian dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, selain bertujuan memudahkan urusan tuntutan insurans oleh keluarga mangsa.

Pada kejadian ribut 13 Jun lalu, Lim, 44, dikhuatiri tertimbus di dalam tanah selepas pasukan mencari dan menyelamat menemui beberapa cebisan sebuah kereta Honda City berwarna kelabu yang terbenam di kawasan runtuhan itu dua hari selepas kejadian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi kemudiannya mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilaporkan hilang sejak hari kejadian selepas keluar untuk mengambil anaknya di sekolah.

Susulan itu, pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan mengesan mangsa, tetapi operasi terpaksa dihentikan sepenuhnya pada 17 Jun bagi mengelak struktur bangunan warisan di kawasan tersebut terjejas.
Insiden itu turut meragut nyawa seorang pekerja asing, Jahir Sulaiman, 46, apabila lori yang dinaikinya bersama rakan sekerja dihempap penebat kilat Menara Umno runtuh.

Dalam perkembangan lain, Gan berkata polis merampas 91 komputer bernilai kira-kira RM300,000 yang diubah suai menjadi mesin judi dalam 'Ops Dadu' bersepadu yang dilancarkan sejak 24 Julai sehingga semalam.

Katanya, sepanjang operasi yang dijalankan di beberapa lokasi tumpuan kaki judi seperti Jalan Pattani, Lebuh Macallum, Sungai Nibong, Air Itam, Batu Ferringhi itu, polis menahan 22 pemain judi termasuk tiga warga Myanmmar dan sembilan pemilik premis berusia antara 23 dan 39 tahun.

Beliau berkata, polis akan menggempur pusat permainan judi berkomputer dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan perjudian haram di daerah ini.

Katanya, pemilik premis boleh didakwa mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953, manakala pemain judi pula ditahan mengikut Seksyen 7(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat