{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Sekat filem The New Village

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

SUNGAI PETANI 31 Julai - Filem The New Village perlu disekat tayangannya jika benar mengagung-agungkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, filem itu tidak wajar ditayangkan untuk tontonan generasi muda kerana membawa maksud negatif.

"Filem itu tidak wajar ditayangkan sebaliknya filem Tanda Putera ada imej kerana berjaya mengangkat jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang berjuang mempertahan keamanan dan kedaulatan negara," katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada sebanyak 33 anak yatim dan 37 balu, golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas bekas tentera di pekarangan Masjid An Naim Kem Lapangan Terbang di sini semalam.

Yang hadir sama, Panglima 6 Briged, Brigidier Jeneral Datuk Zulkapri Rahamat; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Datuk Tajul Urus Md. Zain dan Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah, Mohamad Che Nai.

Menyentuh mengenai sambutan Hari Pahlawan hari ini, katanya, sambutan itu bertujuan mengajak seluruh anggota masyarakat menghargai pengorbanan anggota tentera.

"Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah juga perlu dijadikan iktibar dan anggota pasukan keselamatan, termasuk polis berjaya menangani kes itu dengan jayanya dan kalangan mereka itu sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

"Marilah sama-sama, kita melakukan sesuatu bagi menjayakan sambutan Hari Pahlawan tahun ini," katanya.

Tunku Annuar hadiri sambutan Hari Pahlawan

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

Tunku Annuar Sultan Badlishah meletakkan kalungan bunga sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Kedah 2013 di Tugu Peringatan Jalan Tunku Bendahara, Alor Setar, semalam. - UTUSAN/KAMAL BASIR

ALOR SETAR 31 Julai - Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah hari ini berangkat ke majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Kedah 2013 di Tugu Peringatan Jalan Tunku Bendahara di sini.

Dalam majlis itu, Tunku Annuar turut mencemar duli meletak kalungan bunga pada istiadat penuh bermakna tersebut.

Yang turut berangkat, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Yang hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang turut menyertai Tunku Bendahara meletak kalungan bunga.

Turut meletak kalungan bunga dalam istiadat itu ialah Pengerusi Kerajaan Tempatan, Bekalan Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim, selaku Pengerusi Jawatankuasa majlis dan Panglima 6 Briged, Brigidier Jeneral, Datuk Zulkapri Rahamat.

Terdahulu, Kapten Mohd. Syazwan Najmi Kamaludin daripada Batalion 165 Risik Tentera Darat mendeklamasi sajak bertajuk Pahlawan sebaik sahaja tiupan Last Post bergema.

Hari Pahlawan disambut setiap 31 Julai sejak 1960-an bagi memberi peluang kepada rakyat menghargai pengorbanan anggota perajurit yang terkorban demi mempertahan dan menegakkan kedaulatan negara.

Dua kelab rakan muda anjur Program Segantang Beras

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

AZIZ Abdul Hamid (tengah) menyerahkan beras kepada salah seorang penduduk sambil diperhatikan oleh Inshar Man dalam Program Segantang Beras di Padang Lembu, Gurun, Kedah, baru-baru ini. - UTUSAN/ABD. RAZAK OSMAN

GURUN 31 Julai - Program Segantang Beras 2013 Peringkat Negeri Kedah berlangsung dengan jayanya di Surau Ar-Rahman, Taman Makmur, Padang Lembu di sini baru-baru ini.

Penyelaras program itu, Azwan Jamaludin berkata, dua Kelab Rakan Muda bergabung tenaga buat pertama kalinya bergabung bagi menganjurkan aktiviti itu bagi mengeratkan hubungan antara belia dan penduduk tempatan.

"Pada program ini, kami memilih lebih 40 orang penduduk tempatan termasuk ahli belia untuk menerima segantang beras, sekurang-kurangnya kami dapat menjalankan aktiviti menolong mereka menerima manfaat menjelang bulan Syawal tidak lama masa lagi," katanya.

Menurutnya, pihak penganjur sanggup berjumpa agensi tertentu dan meminta mereka menghulurkan sumbangan untuk diagih kepada orang susah di kawasan sekitar Padang Lembu.

"Kerjasama Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) Wilayah Utara, Syarikat Sidik Trading Guar Cempedak, Kedai Runcit Sinaran Ceria Guar Cempedak, Syarikat Kamil Motor Guar Cempedak dan Perniagaan Alat Tulis Jerai menyokong program ini amat dihargai," katanya.

Pegawai Belia dan Sukan daerah Yan, Inshar Man turut hadir pada majlis anjuran Kelab Rakan Muda Jerai dan Kelab Rakan Muda daerah Kuala Muda itu.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri Kedah, Aziz Abdul Hamid ketika berucap dalam majlis itu berkata, langkah diambil oleh pihak Kelab Rakan Muda tersebut perlu dicontohi oleh kelab-kelab di tempat lain.

"Buatlah aktiviti yang boleh menyeronokkan penduduk tempatan dan jika diteruskan, boleh menghindar golongan remaja daripada terjebak dengan aktiviti tidak menyenangkan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat