{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Sakit tulang belakang

Posted: 31 Jul 2013 03:55 PM PDT

Pembedahan minima invasif bantu kurangkan kesakitan

Sakit belakang biasa dialami oleh sesiapa saja. Mungkin sakit disebabkan kemalangan atau terjatuh, duduk terlalu lama ketika membuat sesuatu kerja dan macam-macam sebab lagi.

Antara 'penyakit' itu yang kerap dihidapi orang ramai ialah prolaps disk atau cakera tergelincir, iaitu bahagian dalam lembut cakera (nukleus pulposus) terkeluar, (herniates) dan lemah dalam bahagian luar cakera.

Oleh itu, sakit belakang antara dibimbangi kerana menjejaskan rutin harian termasuk sukar bergerak. Teknik rawatan diperlukan ketika ini ialah menerusi pembedahan minima invasif (MIS) tulang belakang.

Hospital Pakar Ampang Puteri menjadi hospital pertama di Malaysia menawarkan pembedahan MIS tulang belakang yang rawatannya berbeza dengan kaedah konvensional.

Pengarah Perubatan, Hospital Pakar Ampang Puteri, Datuk Dr Abd Wahab Ghani, berkata berbanding prosedur pembedahan tulang belakang konvensional MIS dibantu dengan peralatan canggih berkomputer dan teknik pembedahan minima mengurangkan kesakitan.

Katanya, kelebihan prosedur itu mengurangkan rasa sakit, cepat sembuh, memendekkan masa pembedahan, kurang kerosakan pada tisu lembut selain saiz tusukan pembedahan yang lebih kecil sekali gus menyebabkan bekas tusukan kurang berparut.

"Sebagai perbandingan kaedah pembedahan tulang belakang konvensional memerlukan pemotongan yang panjang dan tempoh pemulihan yang panjang. Pakar bedah membuat potongan panjang melalui kulit, otot dan ada kalanya tulang. Tempoh pemulihan untuk pembedahan jenis ini selalunya lebih sakit dan memakan masa lama dan panjang untuk pulih," katanya pada sidang akhbar mengenai prosedur pembedahan tulang belakang secara langsung di hospital berkenaan, baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Spine View, Sam Park dan Pakar Klinikal, Spine View, Wendy Twardzik.

Program itu dianjurkan bersama, 'NovaMedika Group Sdn Bhd' syarikat pengedar peralatan pembedahan, 'SpineView Inc'. Berpusat di California, syarikat berkenaan adalah pakar dalam pembangunan peralatan rawatan tulang belakang.

Sistem Penyahmampatan SpineView MIS digunakan bagi memudahkan capaian dan penggambaran di bahagian serviks, toraks atau lumbar tulang. Ia menggunakan peralatan pembedahan bagi prosedur tulang belakang intervensional seperti diskektomi, nukleotomi dan foraminotomi.

Cepat sembuh

Dr Abd Wahab berkata, ketika ini MIS sudah menjadi pilihan popular di kebanyakan hospital di seluruh dunia kerana ia bukan saja menjimatkan masa, lebih utama proses penyembuhan adalah lebih pantas.

Belebihan kaedah ini ialah pesakit boleh melihat apa yang dilakukan doktor dan bahagian yang dibedahnya melalui gambaran endoskop secara langsung.

Sementara itu, Wendy berkata, sejak teknik berkenaan diperkenalkan hampir dua tahun lalu, sudah ramai pesakit yang melalui prosedur berkenaan dengan pesakit paling muda pernah dikendalikan ialah lelaki muda berusia 22 tahun yang menderita sakit belakang akibat kemalangan.

"Pada pandangan saya pesakit muda amat bermanfaat melalui kaedah ini kerana mereka akan 'menggunakan' tulang belakang mereka lebih lama dan panjang," katanya.

Pakar Klinikal, Spine View, Wendy Twardzik, menjelaskan tujuan pembedahan jenis ini adalah untuk mencapai kesan sama dengan pembedahan terbuka.

Antara kelebihan prosedur ini dalam pembedahan 'open lumbar' (bahagian bawah tulang belakang) yang dulunya menyebabkan pembedahan sebesar lima ke enam inci. Kaedah pembedahan boleh menyebabkan kerosakan pada tisu normal.

"Menerusi MIS ia membantu mengurangkan 'gangguan' pada otot. Bukaan kecil kira-kira lapan milimeter diperlukan untuk memasukkan peralatan. Disebabkan teknik ini 'kurang' mengganggu otot lain, ada pesakit boleh berjalan selepas pembedahan dilakukan. Contohnya, pesakit lakukan pembedahan pada Khamis dan bekerja semula pada Isnin," katanya.

INFO :

Kaedah Pembedahan Minima (MIS) :

  • Kaedah ini mengurangkan kecederaan tisu biologi pada tempat peralatan instrumen.
  • Ia boleh disifatkan 'melangkau kecederaan' dialami pesakit. Pembedahan terbuka yang digunakan untuk tujuan sama.
  • Prosedur ini membabitkan penggunaan alat yang laparoskopi dan jauh kawalan manipulasi instrumen dengan pemerhatian secara tidak langsung tempat pembedahan melalui endoskopi atau peranti serupa, dan dijalankan melalui kulit atau melalui rongga badan atau pembukaan anatomi.

Kelebihan:

  • Torehan bersaiz kecil, cepat sembuh dan kembali sihat.
  • Penggunaan kamera membolehkan pemandangan lebih baik dan jelas sekali gus hasil
    pembedahan lebih baik.
  • Kurang komplikasi akibat jangkitan kerana luka kecil besar kemungkinan hanya perlu
    mengambil antibotik.
  • Disebabkan parut torehan yang kecil ia memberi nilai kosmetik lebih tinggi kepada
    pesakit.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat