{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Sakit lutut , sendi

Posted: 21 Aug 2013 05:02 PM PDT

Artritis gugat kehidupan normal, beri kesan kepada kemurungan

John Croft, sudah melewati usia 81 tahun tetapi mampu melakukan aktiviti kegemaran, memetik gitar dan menyanyi riang seakan orang muda. Malah, John juga bergerak, bangun, duduk dan menggenggam apa saja objek tanpa rasa sakit.

Yang nyata, meskipun menginjak usia sebegitu, ia tidak menghalang John melakukan apa saja kegiatan, aktiviti sosial tanpa masalah berbanding sebilangan insan seusianya tidak lagi bermaya dan mungkin juga berhadapan dengan pelbagai penyakit seperti sakit sendi.

Bagaimanapun, siapa menyangka di sebalik lincah pergerakannya, saintis marin dari New Zealand itu pernah didiagnosis menghidap artritis atau radang sendi, 10 tahun lalu.

"Lebih mengecewakan saya, kelincahan memetik gitar terpaksa dihentikan apabila artritis mula menyerang bahagian jari dan bahu kanan. Sehinggakan, pergerakan paling mudah seperti menarik langsir tidak mampu dilakukan sendiri.

"Tetapi selepas mengamalkan makanan tambahan dan senaman sendi, saya beransur-ansur sembuh dan kini kehidupannya normal dengan bebas melakukan pelbagai aktiviti tanpa masalah, " katanya ketika ditemui pada sambutan hari lahirnya sempena pelancaran produk makanan tambahan, NuvaFlex B, di ibu kota, baru-baru ini.

Sambil berlawak beliau menyifatkan, tidakkah timbul kegembiraan apabila penderita artritis yang duduk di kerusi roda boleh mengunjungi kelas aerobik atau lukisan jika kaedah rawatan semula jadi tanpa pembedahan.
Meskipun John tidak dikenali di Malaysia, saintis marin dan penulis buku ternama ini dikenali dunia sebagai 'Lelaki Kupang' kerana beliau adalah individu yang bertanggungjawab memperkembangkan program penyelidikan esktrak kupang hijau dan produk terapeutik berasaskan marin sejak lewat 1960.

Beliau juga terbabit dalam bidang kaji hayat, kaedah penternakan dan kegunaan terapeutik kupang hijau, iaitu sumber asal kepada produk, Biolane yang membantunya menghilangkan deritanya sebagai pesakit artritis.

Jejaskan sendi

Artritis bukan penyakit luar biasa ia berlaku pada nisbah satu bagi 1,000 orang di seluruh dunia. Hakikatnya, artritis adalah penyakit radang pada sendi atau tisu sendi yang menunjukkan gejala kesakitan, ketegangan pada sendi dan bengkak.

Lebih daripada 100 jenis penyakit artritis dan yang paling kerap dihidapi adalah osteoartritis berpunca daripada pemusnahan tisu rawan pada sendi. Jika anda mengenali seseorang yang menderita akibat artritis atau anda sendiri menghidap penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan upaya, pasti anda tahu masalah sendi yang menyakitkan itu juga membabitkan keradangan sekurang-kurangnya pada satu sendi.

Lebih menakutkan, artritis mampu menjejaskan setiap sendi dalam tubuh manusia. Antaranya adalah sendi lutut, tangan, kaki dan tulang belakang, malah ia mampu menggugat setiap aspek kehidupan manusia.

Kemurungan, tekanan dalam hubungan, tidak berdaya memutar objek, tidak mampu melakukan kerja rumah, berjalan menggunakan alat bantuan dan menyebabkan keupayaan menggenggam atau memusing objek hilang adalah aspek keharmonian kehidupan yang digugat oleh penyakit ini.

Daripada lebih 100 jenis artritis yang dikenal pasti, osteoartritis dan reumatoid adalah paling lazim dideritai pesakit.

Orang muda juga derita

Mungkin ramai beranggapan artritis hanya dideritai orang yang sudah berusia. Bagaimanapun, laporan menunjukkan penyakit itu turut menyerang semua peringkat usia termasuk kanak-kanak dan remaja.

Bagi golongan sebelum berusia 16 tahun, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun atau kepada bayi, ia dikenali sebagai Juvenile Idiopathic Arthritis (JIA) atau Still's.

Bagaimanapun, persoalan kenapa ia turut menyerang golongan muda masih belum jelas diketahui puncanya. Ia mungkin terjadi hanya sementara atau boleh jadi kepada peringkat kronik, namun artritis jenis ini berbeza dengan apa yang terjadi bagi golongan dewasa.

Seperti dideritai golongan dewasa, artritis yang menyerang kanak-kanak dan golongan muda turut menjejaskan kualiti kehidupan harian mereka apabila menyerang buku lali dan lutut si kecil, di samping, mengalami kemerahan, bengkak serta kesakitan berpanjangan.

Justeru, ibu bapa juga perlu peka terhadap perubahan pada anak kecil dengan memantau bagaimana bayi mereka merangkak dan berjalan tanpa kesakitan atau tangisan.

Terapi semula jadi

Kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia berumur melebihi 65 tahun ke atas lebih berisiko berhadapan masalah sakit lutut yang dikaitkan dengan osteoartritis ini.

Berdasarkan data di negara ini juga menunjukkan, wanita dua kali ganda mengalami masalah artritis berbanding lelaki.

Kajian Program Kawalan Penyakit Reumatik Berorientasi Komuniti (COPCORD) di Malaysia menunjukkan, 23 peratus rakyat berusia 55 tahun mengadu sakit lutut, manakala 39 peratus 65 tahun berhadapan situasi sama.

Kebiasaannya, antara rawatan penyakit jenis ini adalah penggunaan aspirin dan terapi magnet. Walaupun ketika ini tiada rawatan konvensional mampu menyembuhkan osteoartritis dan reumatoid artritis, beberapa kemajuan memberangsangkan sudah berjaya ditemui melalui kaedah rawatan semula jadi.

Malah, pelbagai kaedah digunakan sesetengah pesakit untuk menghilangkan sakit lutut termasuk mengamalkan makan makanan tambahan.

Inilah juga menjadi amalan, John Croft yang mengambil makanan tambahan, Biolane sebagai salah satu rawatan alternatif tambahan, sakit lututnya.

Berdasarkan pengalaman, beliau yang turut menulis empat buku - Life in the Sea; Relief from Arthritis: Deep Sea Shark Liver Oil; Health from the Sea dan Freedom from Disease, berkata individu yang berisiko berhadapan dengan penyakit itu ialah disebabkan peningkatan usia, genetik dan gender.

Katanya, faktor lain adalah berat badan, kecederaan sendi atau melakukan aktiviti bahaya secara berulang kali.

"Antara yang difikirkan berkeupayaan mencegah penyakit itu adalah menurunkan berat badan dan mengelakkan trauma daripada aktiviti seperti aktiviti sukan dan harian," katanya.

Lelaki Kupang

Meskipun John tidak dikenali di Malaysia, saintis marin dan penulis buku ternama ini dikenali dunia sebagai 'Lelaki Kupang' kerana beliau adalah individu yang bertanggungjawab memperkembangkan program penyelidikan esktrak kupang hijau dan produk terapeutik berasaskan marin sejak lewat 1960.

Beliau juga terbabit dalam bidang kaji hayat, kaedah penternakan dan kegunaan terapeutik kupang hijau, iaitu sumber asal kepada produk, Biolane yang membantunya menghilangkan deritanya sebagai pesakit artritis.

Ekstrak kupang hijau New Zealand yang dikenali sebagai Biolane adalah peneraju dalam bidang ini. Kajian menunjukkan spesies yang hanya boleh ditemui di perairan New Zealand ini padat dengan gabungan nutrien enzim bioktif, kompenan semula jadi seperti asid lemak omega 3, glikosaminoglikan dan mineral marin untuk kesihatan sendi.

INFO: Tujuh faktor risiko kepada artritis luar jangkaan.
* Kafein dari kopi
* Kecederaan lutut
* Kasut tumit tinggi
* Patah Tulang
* Menaip mesej di telefon bimbit
* Jari cincin panjang (longer ring finger)
* Kaki rata

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat