Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 31 Jul 2013 04:35 PM PDT » Tengku Abdullah enggan ulas kekalahan ketiga Harimau di Jepun » Tidak mahu bicara kes Rajagobal sehingga mesyuarat hari ini Sama ada enggan merosakkan kemeriahan majlis pemberian insentif 'duit raya' kepada pemain hoki negara, Tengku Abdullah yang juga Presiden Konfederasi Hoki Malaysia dilihat cuba mengelak daripada menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru skuad negara itu. |
Posted: 31 Jul 2013 04:33 PM PDT Pengorbanan Harimau Malaya sepanjang Ramadan sia-sia Kuala Lumpur: "Kalau dengan kelab divisyen dua Jepun pun kalah 5-0, macam mana keputusannya apabila skuad Harimau Malaya bertemu Barcelona, 10 hari lagi." Itu sindiran pedas bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Hassan selepas skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal menamatkan siri latihan dan aksi persahabatan di Tokyo, Jepun dengan kekalahan memalukan 5-0 kepada pasukan tangga ke-11 liga divisyen dua negara itu, Tokyo Verdy, semalam.
Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. peminat Bola Jangan dok kutuk king gobal gak. dia pun dah wat yang terbaik, hasilnya itu yang dapat. Kena tgk gatek permain tu? adalah yang terbaik atau hanya sekadar dipingiran je. ApePownTakBuleh Kenapalaaa dok cecehkan kesalahan jurulatih? Klu player tuh sendri yg tak perform, panggil jurulatih drp langit skalipon takkan berubah prestasi. Nk belanja besar2 utk jurulatih luar? ingat siket, sports for entertainment. Tak membantu pown utk pembangunan ekonomi negara. Berpada2 siket. Tolong student2 universiti neh. lg bagus. Aidi Tahniah FAM, tolongla jgn pecat RG... sambung kontrak sbg juruletih sepanjang hayat.... leeza Setuju dgn komen-komen yg disiarkan. Rehatkan DRG sebulan atau selamanya, pemain yang bermasalah dan kurang berdisiplin elok direhatkan, ganti yg ada semangat juang dan disiplin, bukan yg hanya nak cari glamour saja. skygun Bola sepak dah hancur lebur, badminton dah parah, hoki belum tentu ada nasib, moto3 kena tinggal 3-4 kampung race ngan mat saleh, takraw kena libas dek negara lain je, apa lagi sukan yang tinggal untuk di banggakan oleh rakyat malaysia ni???? Saya setuju cadangan dan pandangan dari saudara yusof, bulan puasa ada latihan, rehat beberpa hari untuk berhari raya (raya ke-3) dah ada game lagi, pemain pun nak juga berehat dan bersama keluarga yang agak lama bgi menyambut dan meraikan bulan ramadhan (khususnya akhir2 ramadhan) dengan ibadah serta meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama kelaurga sekurang2nya seminggu...harap pekara ini tidak berlaku lagi... Walaubagimanapun itu bkn faktor utama kekalahan jika kita ada semangat kenegaraan. Sebab Polis, tentera dan semua pihak berkuasa serta Jururawat juga tak dapat berehat dan juga Hari raya terpaksa bergilir-gilir bagi menjalankan tugasnya. So kesimpulanya perlawanan perlu diteliti semula dan DRG perlu dinilai semula kerna tektikal dan caranya pengolahan dalam pasukan kebangsaan telah tepu atau kehabisan idea...harap jangan ada lagi eksperimen, sebab kebanyakkan pemain kita memunyai bakat cuma bagaimana nak wujudkan keyakinan serta kserasian antara pemain. pemain lama dan baru perlu digabungkan tp biarlah berkualiti. Umat Allah maha mengetahui apa hikmah disebaliknya fan fairuz maluda - komen anda memang legend. haha uncle bola So..sepertimana yang di jangkakan...dengan penuh harapan jurulatih yang di ganti nanti adalah berprofil tinggi...FAM terpaksa ambil jurulatih ini kerana pemain yang ada ketika ini perlu bimbingan seorang jurulatih berkualiti dan pengalaman tinggi dalam arena bolasepak antarabangsa.. Dr.Venglos atau Le roy boleh di berikan peluang sekali lagi..kumpulan pemain kite sekarang adalah yang terbaik.. kehadiran jurulatih yang berprofil tinggi akan membentuk satu pasukan yang jitu dan gah berdasarkan kepada kemampuan yang sedia ada..amat berharap FAM hari ini membuat satu keputusan yang tepat demi kebaikan dan maruah bolasepak negara dan rakyat Malaysia,peminat setia bolasepak negara ...InsyaAllah..
Datuk Raja Gopal Pemain saya pasti akan bangkit apabila bertemu Barcelona dengan memastikan bolos 11 gol pula, saya kenal pemain saya PERON "Saya kenal pemain2 saya. Seperti yg saya selalu cakap, skuad ini sasarannya adalah ketika menentang Bahrain", inilah lagu yang kerap didendangkan King Gobal. Tak sanggup dah nak saksikan kekalahan demi kekalahan. Bertindaklah FAM. fairuz maluda Raja (jurulatih) mesti ditukar dengan jurulatih yang lebih pengalaman, saya dapat bayangkan masa lawan Barcelona nanti pasti pasukan Malaysia akan dibelasah teruk, Victor Valdes pasti bersantai menjaga gawang..silap haribulan isap rokok. cukup la RG player yang ada ni semuanya u dah train since diorang under age lg. so xde alasan u boleh berikan. U failed! pak nuar Pecat saja DRJ.....sebelum banyak lagi keputusan yg memalukan negara tercatat....ambil coach luar negara...semua negara2 ASEAN guna coach dari luar negara....bila lagi Msia nak ikut? knp M'sia tak mahu tiru negara yang telah maju permainan mereka? jgn trlalu jimat sangat....jgn berjimat d tempat yang tak betul....pemain kekalkan saja...sebab Perancis membentuk pasukannya yang mantap ambil masa 10 tahun....kalau nak tukar 1, 2 org pemain saja....FIKIRKANLAH WAHAI FAM.... lam yeah! misi tak menang berjaya! hahaha Pecat saja coach raja... rasa pemain pun dah muak dengan dia, penyokong lagi la muak! yusof Kita semua sepatutnya berfikir semula kenapa Harimau Malaya kalah di Jepun iaitu dengan bolos keseluruhan 12 dan tiada sebarang gol diperolehi oleh pemain kita. Saya nampak perkara ini semacam ada sesuatu perasaan memberontak atau protes dikalangan pemain. Walaupun FAM telah berbelanja besar untuk menghantar mereka ke Jepun, tetapi pemain macam tidak berpuas hati. Kita semua termasuklah pengkritik dan juga FAM berfikir adakah pemain kita tiada perasaan atau berasa letih. Jika diperhatikan semua pemain kebangsaan ini tiada rehat walaupun LIga M ada masanya berehat semenjak awal tahun. Mereka pun manusia biasa, ingin berehat bersama keluarga lebih-lebih lagi ketika umat Islam di dunia tengah berpuasa serta melakukan amal ibadat selain membuat persiapan hari raya, tetapi mereka terpaksa dihantar ke Jepun untuk menjalani latihan. Kita ambil sahaja contoh bagaimana pemain sepaktakraw yang dihantar berlatih ke Thailand, mereka pun lari balik semula ke Malaysia. Jangan kita nak samakan dengan pemain badminton yang kini berlatih di Hong Kong kerana mereka ini rata-ratanya adalah bukan Islam kecuali seorang Jurulatih sahaja. FAM kena pastikan semula jadual latihan dan perlawanan persahabatan ini terutama yang berlangsung di bulan yang mulia seperti Ramadhan dan Syawal ini. Jika terpaksa bermain seperti yang telah ditetapkan oleh FIFA lainlah pulak (seperti Piala Dunia beberapa tahun yang lalu). Kalau diperhatikan selepas ini pada 10hb Ogos, Harimau Malaya akan bertemu Barcelona, sepatutnya FAM mempertimbangkan jadual perlawanan tersebut kerana umat Islam baru beraya untuk hari ketiga dan bagaimana perasaan pemain? Jurulatih tak pe la...Dulu semasa Le Tour De Langkawi pun pernah menjadi isu kerana bertembung dengan Tahun Baru Cina. Minta fikirkan semula kerana pemain pun ingin berehat dan menjalani ibadat juga. Ranking dunia tetap jatuh juga. rie kalau lawan dengan kelab divisyen 2 jepun pun kena 5 0... lawan divisyen 5 jepun pon belum tentu menang... sudah-sudahlah FAM... apa tunggu lagi... ambilah tindakan drastik pecat Rajagobal... bila lagi nak pecat... biar bermula dari sekarang... dah lama sangat macam ini.. Merah Padam BAGI MUKA LAGIIIIIIIII !!!! BAGI MUKA LAGIIIIIIIII !!! memalukan negara saja. Harapan kami kini cuma kepada S/U Baru dan YB Khairi J untuk buat apa-apa bagi memulihkan skuad negara. Yang lain-lain dalam FAM...entahlah nak cakap pun tak guna. Cadangan saya try cari jurulatih daripada liga J pula melatih skuad kebangsaan, bayar banyak tak apa janji ada kualiti...harap RG...tepu bosss. azam Pasukan Bola Sepak Malaysia hanya setaraf Kelab Divisyen 3 Jepun ? Esa Adam Berbaloi kepada Pengurus, Jurulatih dan Pemain kerana dapat makan angin ke Jepun. Roti Planta Penyokong, bekas pemain, bekas jurulatih, pimpinan politik dan hampir semua penyokong bola sepak negara sudah buat bising namun pimpinan FAM masih nyenyak tidur. Walaupun Rajagopal dipecat, namun 'nasi sudah menjadi bubur'. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |