{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


FBI Raya Sakan

Posted: 31 Jul 2013 05:08 AM PDT

Program Apa Saja FBI kendalian penyampai radio HotFM, Faizal Ismail yang tampil dengan pendekatan santai ternyata disukai penonton hingga ia tersenarai antara program paling ramai peminat di TV9.

Mengambil kira populariti inilah terbitnya idea untuk mengembangkannya sebagai program istimewa Aidilfitri yang dinamakan FBI Raya Sakan pada 11 Ogos depan atau pada hari raya keempat pada jam 8.30 malam di TV9. Program yang diterbitkan Nurhul Huda Khalid ini mengundang artis popular seperti Farah Fauzana, Scha Al-Yahya, Nabil, Almy Nadia, Nabil Ahmad dan Aizat Amdan.

Turut tampil memeriahkan program berkenaan ialah Bell Ngasri dan anak didik Faizal dalam Bintang Mencari Bintang iaitu kumpulan Tapaw dan Ajo. Seperti kebiasaan program Hari Raya, FBI Raya Sakan turut memuatkan lagu raya popular dari dulu hingga sekarang.

Bagaimanapun, kelainan yang ditampilkan ialah selebriti yang diundang itu dikehendaki mendendangkan dan 'merosakkan' lagu raya itu seperti Menjelang Hari Raya (DJ Dave), Seloka Hari Raya (Uji Rashid dan Hail Amir), Selamat Hari Raya (Saloma) dan Suasana Hari Raya (Anuar & Ellina) mengikut gaya mereka sendiri.

Foto

KELETAH selamba Bell menghidupkan program ini.

Foto

SKETSA lucu Faizal, Nabil dan Almy Nadia.

Foto

FAFAU, FBI dan Scha.


Selain memaparkan aksi nyanyian dan sembang santai, FBI Raya Sakan juga menyelitkan video mencuit hati serta sketsa pendek oleh FBI dan tetamu rumah terbukanya. Malah penonton di studio juga dapat berinteraksi dan beramah mesra bersama selebriti jemputan dengan menyertai permainan menarik yang menyerikan lagi program ini.


Pihak media yang dijemput menyaksikan rakaman program ini dapat merasai kemeriahan Aidilfitri dalam setiap elemen yang dipaparkan. Gaya pengacaraan Faizal yang santai serta dibantu oleh Bell yang bersahaja berjaya menghidupkan lagi program ini.

Nurhul Huda berkata, melihatkan program Apa Saja FBI mempunyai kelompok peminat tersendiri, TV9 tidak teragak-agak mencuba kelainan apabila menjadikannya sebagai salah satu program istimewa Aidilfitri buat peminat.

"Tahun ini TV9 mahukan sebuah program Hari Raya daripada Faizal. Selepas berbincang kami dapat idea tampilkan konsep rumah terbuka Faizal yang berbeza daripada biasa. Elemen menarik dalam FBI Raya Sakan ialah nyanyian artis jemputan yang bukan terlalu sempurna. Kalau sumbang pun sumbang dan nyanyian mereka diiringi pemuzik yang dipimpin Lok U.

"Mengenai artis undangan pula, saya mencadangkan nama yang sesuai kepada unit penjenamaan TV9 dan mereka turut bersetuju. Bagaimanapun ada nama ini terpaksa ditukar pada saat-saat akhir kerana beberapa perkara tertentu. Apapun, ia tak menjejaskan perancangan yang sudah diatur," katanya.

Jiwa Faizal tetap sebagai penyampai radio

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia dan pihak pengurusan melakukan sesi 'brainstorming' bagi mendapatkan sesuatu yang berbeza dalam pengisian programnya. Mereka juga memberikan kebebasan kepadanya apabila tampil mengacara tanpa skrip formal.

"Program ini banyak membabitkan interaksi antara saya dan penonton di studio. Malah ada juga sesi permainan diadakan bagi menambah keceriaan. Paling seronok apabila Farah yang bersama saya di konti turut muncul sebagai artis undangan. Apalagi saya tidak melepaskan peluang untuk mengusik dia.

"Bagaimanapun, dia tidak ambil hati dengan sebarang gurauan kerana masing-masing memahami antara satu sama lain. Memang tujuan saya sebenarnya nak menyelitkan elemen kelakar di dalam program ini," katanya yang semakin sinonim sebagai pengacara program terbitan TV3 dan TV9.

Menurutnya lagi, program Apa Saja FBI memberikan kepuasan buatnya apabila ditonton hampir 800,000 penonton sekali gus memenuhi sasaran yang ditetapkan TV9.

Ditanya keutamaannya sama ada terhadap karier sebagai penyampai radio atau pengacara, Faizal memberitahu jiwanya masih kuat memilih untuk bekerja di konti radio yang diceburinya sejak 10 tahun lalu.

"Bekerja di konti memerlukan saya lebih kreatif mencari idea untuk memikat pendengar, manakala dalam pengacaraan pula saya kena bekerja dengan lebih banyak pihak. Menjadi hos program TV memerlukan saya peka dengan kehendak produksi. Selain itu saya kena tahu jaga 'flow' di samping jaga tetamu agar tidak melanggar batasan yang ditetapkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/01

Dazrin jamu anak yatim

Posted: 31 Jul 2013 04:51 AM PDT

Hasratnya berkongsi kejayaan sebagai juara program Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama yang berakhir penghujung Mac lalu berjaya dilaksanakan dalam satu majlis berbuka puasa bersama anak yatim Darul Haitam, Melaka pada 20 Julai lalu.

Memilih lokasi majlis di sebuah hotel di bandar raya Melaka, pelakon Dazrin Kamarudin bersama ahli keluarganya dan 20 ahli kelab peminat Dazrin iaitu Flying D meraikan lebih 70 anak yatim dalam majlis itu.

Dazrin berkata, majlis itu diadakan bukan sekadar meraikan anak yatim, malah sebagai tanda terima kasih kepada kelab peminatnya atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sejak awal pembabitan pelakon drama Jodoh itu sehinggalah kini.

"Ini adalah nazar saya atas kemenangan sebagai juara pada program Fear Factor Selebriti Malaysia Musim Pertama dan alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar.

Foto

CERIA mendekati tetamu istimewa.

Foto

MESRA melayan dua kanak-kanak.

Foto

AHLI kelab peminat berkumpul di bulan mulia.


"Sudah lama saya merancang untuk mengadakan majlis seperti ini dan saya bersyukur ia terlaksana kini. Rasa gembira dapat meraikannya bersama orang yang begitu bermakna dalam hidup saya.


"Selain peminat dan anak yatim, pastinya saya terharu apabila seluruh ahli keluarga turut bersama-sama saya pada majlis ini. Bukan senang untuk kami berkumpul bersama disebabkan kesibukan saya yang tidak menentu dengan jadual penggambaran," kata anak kedua daripada tiga beradik ini.

Pada majlis itu juga, selain memberikan duit raya kepada mereka, Dazrin turut memberikan sedikit dana kepada rumah anak-anak Yatim Darul Haitam. Tidak ketinggalan Jakel turut menaja sepasang pakaian raya buat mereka semua.

Dazrin berkata, apa yang dilakukan diharap menjadi amalan buatnya sampai bila-bila sebagai mengambil keberkatan padanya untuk mengharungi kehidupan sebagai anak seni.

"Saya gembira dapat berkongsi rezeki yang ada dengan anak yatim, mudah-mudahan rezeki yang saya terima juga akan diberkati Allah SWT dan semoga perjalanan seni saya lebih dipermudahkan dan lancar.

"Kalau boleh saya mahu aktiviti seperti ini akan menjadi amalan buat saya setiap tahun tidak kira pada Ramadan, Syawal atau bila-bila masa saja. Semoga apa yang saya lakukan ini juga sebagai mengajar diri untuk menjadi manusia yang sentiasa merendah diri dan tidak lupa daratan," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan kariernya sepanjang Ramadan dan Syawal ini, Dazrin berkata, kali ini dia tidak berpeluang menghabiskan masa bersama-sama keluarga berikutan sepanjang waktu di lokasi penggambaran.

"Syukur rezeki dalam bidang lakonan tidak putus sehingga saya tidak mempunyai masa untuk berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga. Namun itu semua bukan alasan untuk saya bersedih, sebaliknya saya anggap ia rezeki daripada Allah SWT untuk saya manfaatkan dengan sebaiknya.

"Dari awal Ramadan, masa saya banyak dihabiskan di lokasi penggambaran. Selesai saja menjalani penggambaran drama Nur Di Aidilfitri, saya bergegas pula ke penggambaran drama Syurga Di Wajahmu.

"Saya hanya berpeluang bercuti raya selama empat hari dan pada hari kelima raya saya akan berada di lokasi penggambaran Chef Jelita bergandingan dengan pelakon baru, Amira Rosli," katanya.

Selain itu, Dazrin turut sibuk menjalani penggambaran drama 26 episod berjudul Cinta Yang Tertinggal bergandingan dengan Marsha Londoh.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/01

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat