{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Arena

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Arena


Raja dalam bahaya?

Posted: 31 Jul 2013 10:32 AM PDT

Kuala Lumpur: Mungkin sesuatu yang menggemparkan akan berlaku pada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini apabila Timbalan Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi bayangan ada keputusan penting bakal diumumkan berikutan aksi hambar skuad kebangsaan ketika ini.

Badan induk bola sepak tanah air perlu tampil dengan pendirian lebih jelas berhubung prestasi semasa Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal selepas sekadar meraih dua kemenangan sepanjang 13 perlawanan persahabatan dan kelayakan Piala Asia 2015 sejak 1 Februari lalu.


Kemampuan Rajagobal menjadi topik utama ketika ini dan ia semakin hangat dengan kekalahan memalukan skuad kebangsaan dalam dua aksi persahabatan dengan kelab liga utama Jepun, Shimizu S Pulse 0-2, Shonan Bellmare (0-5) dan kelab divisyen dua Tokyo Verdy (0-5).

Berhubung kekalahan terbaru itu, Tengku Abdullah ketika ditanya pemberita semalam berkata: "Saya tak mahu komen. Tunggu saja kejutan esok (hari ini)." Kenyataan Tengku Abdullah itu menjadikan pertemuan pegawai tertinggi hari ini yang turut membabitkan Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa cukup penting kerana ia mungkin bakal menentukan nasib Rajagobal yang mempunyai kontrak sehingga hujung tahun ini.


Sebelum ini FAM seakan-akan berlembut untuk terus memberikan peluang kepada Rajagobal yang membantu skuad negara memenangi pingat emas Sukan Sea Laos 2009 dan Piala AFF 2010 bagi menghabiskan baki pusingan kelayakan Piala Asia 2015 sebelum sebarang keputusan diambil.


Tapi mungkin dengan kekalahan demi kekalahan yang dicatatkan serta pendekatan kemenangan pada aksi persahabatan dan ranking yang dianggap tidak penting bagi pengendali negara itu menyebabkan FAM mula hilang sabar.

Foto

TENGKU Abdullah

Kerana keputusan buruk serta kerap mengadakan perlawanan dengan pasukan berstatus kelab, kedudukan Malaysia di ranking dunia tidak banyak berubah dan kini menduduki tangga ke-159 dunia.


Selepas pulang ke tanah air hari ini Harimau Malaya akan meneruskan latihan sebagai persediaan berdepan juara La Liga Sepanyol, Barcelona pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos ini yang dianggap medan ujian sebelum menentang Bahrain pada aksi kelayakan Kumpulan D Piala Asia 2015 pada Oktober nanti.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/01

Gembira di Catalunya

Posted: 31 Jul 2013 09:57 AM PDT

London: Javier Mascherano percaya rakan sepasukannya di Barcelona Cesc Fabregas gembira berada di bandar raya Catalunya itu dan mungkin sukar untuk kembali beraksi di England.

Fabregas, bekas pemain tengah Arsenal, dibida sebanyak dua kali oleh Manchester United musim panas ini namun gagal dan ketika pemain berusia 26 tahun itu masih belum menyatakan komitmennya terhadap juara La Liga itu, mesej daripada pengurusan Nou Camp jelas jurulatih baru Gerardo Martino menegaskan pemain itu tidak akan dijual.


Mascherano agak keberatan bercakap bagi pihak rakan sepasukannya namun tetap yakin Fabregas masih selesa di Barcelona, dua tahun selepas dia meninggalkan London untuk kembali ke Catalunya.

"Saya tidak bercakap dengannya, tapi dia gembira.


"Memang sukar apabila anda perlu bercakap mengenai situasi peribadi pemain lain kerana kadang kala anda tidak tahu apa sebenarnya yang mereka fikirkan.


"Tapi saya melihatnya berlatih di sini dan dia gembira. Dia membesar di Barcelona dan dia merasai semangat jersi yang dipakainya.

"Sukar jika anda membesar di sini dan terpaksa meninggalkan Barcelona kerana ia sebuah pasukan besar dan bandar raya besar, yang mana terlalu bagus bagi menjalani kehidupan lagipun keluarganya di sini." Mascherano, pemain tengah bertahan yang biasa bermain di posisi pertahanan tengah bersama Barca, tidak menolak terus kemungkinan Fabregas berpindah ke Old Trafford sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 2 September ini.


"Saya tidak tahu," kata pemain Argentina itu. "Anda tidak boleh katakan tidak tapi ketika ini saya fikir dia seorang pemain yang cukup bagus buat kami dan jurulatih dan orang yang bekerja di sini mahu mengekalkannya." Bekas rakan sepasukan Fabregas di Arsenal Alex Song bagaimanapun lebih yakin pemain Sepanyol itu akan kekal di Nou Camp dalam beberapa tahun akan datang. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/01

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat