{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda chini - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda chini - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda chini</b> timur - Google Blog Search

Posted: 03 Jul 2013 10:24 PM PDT

Kejayaan Tawan Everest Harus Dijadikan Inspirasi Buat Generasi Kedua FELDA

PEKAN

PEKAN – Kejayaan lima anak peneroka menawan Gunung Everest baru-baru ini seharusnya memberi inspirasi kepada generasi kedua Felda yang lain untuk terus berdaya saing bagi mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Semangat 'Malaysia Boleh' anak-anak muda Felda itu membuktikan tidak ada perkara mustahil dicapai selagi ada kemahuan dan semangat juang tinggi.

Kejayaan itu jelas membuktikan kesungguhan dan usaha gigih yang dilakukan dalam sesuatu perkara mampu membuahkan hasil yang diinginkan.

Maka tidak hairanlah di mana sahaja lokasi jelajah wira dan wirawati Everest berlangsung, sambutan warga Felda cukup meriah termasuk yang berlangsung di Felda Chini Timur 3 dekat sini baru-baru ini.

Apatah lagi salah seorang pendaki iaitu Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22, merupakan anak kelahiran Felda Chini Timur.

Kumpulan yang diketuai Siti Hanisah Sharuddin, 23, bersama empat rakannya tiba kira-kira pukul 3.30 petang dan sempat menghabiskan masa dua jam di situ sambil beramah mesra dengan masyarakat Felda berkenaan.

Selain Muhammad Hafizuddin dan Siti Hanisah yang merupakan pencipta rekod pendaki wanita termuda dalam misi negara itu, turut serta dalam siri jelajah tersebut, Mohd. Nasuha Shamsudin, 21; Mohamad Asyraf Mohd. Halim, 25, dan Myrza Fasha Md. Hamyrudin, 25.

Malah tiga daripada lima pendaki itu berasal dari Pahang iaitu Mohd. Nasuha dan Myrza Fasha dari Felda Tersang 3, Raub selain Muhammad Hafizuddin dari Felda Chini Timur 1, Pekan.

Bagi belia Felda yang hadir pada program itu, kejayaan pendaki terlibat membuktikan anak-anak Felda bukanlah seperti dahulu apabila ada yang terlibat dengan pelbagai aktiviti sosial seperti lumba haram, penagihan dadah dan sebagainya.

Kini anak-anak Felda mampu seiring dengan kemajuan negara. Jika diberi peluang seperti itu, pasti ramai anak Felda yang mampu membanggakan negara.

Seorang belia Felda, Norfariana Razak, 17, berkata, semangat lima orang wira dan wirawati itu sangat dikagumi dan menjadi inspirasi kepadanya untuk berjaya pada masa akan datang seterusnya mengharumkan nama warga Felda.

"Kelima-lima wira, wirawati Felda ini adalah ikon warga Felda dan juga negara. Mereka juga adalah idola saya, kerana saya juga berhasrat menjadi seperti mereka suatu hari nanti.

"Saya juga berharap suatu hari nanti saya turut menjadi salah seorang yang boleh mengharumkan warga Felda dan negara," katanya.

Harith Amar Zafri, 17, berkata, mereka adalah ikon warga Felda yang berani menempuh cabaran dan akhirnya dengan semangat tanpa mengenal erti putus asa, mereka telah berjaya mencapai kejayaan.

"Saya kagum dengan semangat juang yang telah ditunjukkan oleh wira dan wirawati Felda itu dalam merealisasikan impian menawan gunung tertinggi di dunia itu," katanya.

Bagi, Nor Fashah Ahmad, 17, berkata, dia berasa begitu bangga dengan kejayaan mereka sekali gus dapat mengharumkan nama warga Felda dalam kalangan masyarakat di negara ini.

"Saya amat bangga dengan kejayaan mereka menakluki puncak Everest dan kejayaan ini telah membuka mata saya dan golongan belia yang lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan," katanya. – Utusan Malaysia

Artikel disiar pada July 4, 2013 - 1:24 pm oleh Nor Azlina Shaari

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat