Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Interpol syak Al-Qaeda terlibat kejadian lari dari penjara Posted: 03 Aug 2013 11:05 AM PDT LYON 4 Ogos - Polis Antarabangsa Interpol mensyaki penglibatan Al-Qaeda dalam kejadian `lari dari penjara baru-baru ini di sembilan buah negara termasuk Iraq, Libya dan Pakistan. Interpol dalam kenyataannya hari ini berkata bahawa `lari dari penjara membawa kepada kejadian beratus-ratus pengganas dan penjenayah melarikan diri pada bulan lalu dan telah mengeluarkan amaran keselamatan. Ia juga telah meminta 190 negara anggota membantu menentukan sama ada mana-mana peristiwa baru-baru ini untuk diselaraskan dan dikaitkan dengan segera, lalu membawanya kepada pengetahuan pihak berkuasa bagi tujuan pencegahan serangan lain. Amaran Interpol itu hadir sehari selepas Amerika Syarikat mengeluarkan amaran perjalanan di seluruh dunia dan mengarahkan kedutaannya di seluruh negara Islam ditutup buat sementara waktu kerana terdapat cancangan Al-Qaeda untuk menyerang kepentingan AS di Timur Tengah atau Afrika Utara pada bulan Ogos.-AFP |
Ramai akauntan Malaysia hijrah Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT MELBOURNE 3 Ogos - Rakyat Malaysia merupakan antara ribuan akauntan asing yang diimport kerajaan Australia menerusi program migrasi tenaga mahir, walaupun satu daripada jabatannya memberi amaran bahawa industri itu telah berlebihan. Akhbar Herald Sun melaporkan, akauntan masih dimasukkan dalam senarai Jabatan Imigresen sebagai profesion yang diperlukan Australia dan atas sebab itu, hampir 7,000 diberikan visa tetap pada 2011-2012, kumpulan tunggal pekerjaan terbesar. Jumlah itu termasuk lebih 2,000 rakyat China, 1,260 dari India, 367 lagi Sri Lanka dan jumlah sama bagi rakyat Malaysia dan Pakistan. Bagaimanapun, Jabatan Pendidikan, Pekerjaan dan Hubungan Tempat Kerja melaporkan, terdapat lebihan bekalan akauntan dengan purata 30 permohonan bagi setiap kekosongan jawatan. ''Sebahagian besar pemohon telah diberi pertimbangan tidak sesuai oleh majikan walaupun kebanyakan mereka mempunyai kelayakan. ''Kebanyakannya tidak mempunyai pengalaman berkaitan, atau pengetahuan khusus industri, tidak cukup layak dan kemahiran komunikasi yang lemah,'' kata laporan Pasaran Buruh Penyelidikan Akauntan 2011-2012. Pakar penghijrahan Universiti Monash, Dr. Bob Birrell berkata, akauntan akhbar adalah kumpulan tunggal terbesar pekerja asing mahir tetapi jabatan kerajaan sendiri mengakui berlaku kekurangan akauntan di Australia. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |