felda lok heng - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda lok heng - Google Blog Search |
Sejarah <b>Felda Lok Heng</b> Barat - portal <b>felda lok heng</b> barat blok 2 Posted: 22 Aug 2013 03:33 AM PDT LATAR BELAKANG FELDA LOK HENG Salam muhibah kepada semua pembaca yang di hormati, disini saya kongsikan sedikit info tentang asal usul sejarah dan latar belakang Felda Lok Heng, mungkin ianya antara maklumat yang sangat berharga kepada kita semua khususnya anak jati warga Felda Lok Heng sendiri untuk mengetahui asal usul "LOK HENG". Semoga ianya berguna kepada kita semua dan adik-adik yang masih dibangku sekolah agar menjadi pembakar semangat untuk turut sama berbakti di tanah yang bertuah ini. Di percayai nama Felda Lok Heng ditemui daripada nama pekebun cina yang bernama "Lok Heng" pada tahun 40-an. Beliau adalah merupakan seorang warga cina yang pertama pernah meneroka kawasan ini yang dahulunya hutan belantara. Jolokan "Lok Heng" kekal kerana bertapaknya nama dan kisah beliau. Namun begitu, kesahihan sejarah ini tidak dapat disahkan. Felda Lok Heng Barat berkeluasan keliling seluas 2,053.46 hektar. Mempunyai 4 peringkat I,II,III,IV. Felda Lok Heng Barat telah dibangunkan pada tahun 1976 dengan tanaman kelapa sawit. Jumlah peneroka yang pertama adalah seramai 484 orang, kemasukan pertama peneroka ini adalah bermula dari tahun 1982 hingga tahun 1987. Alamat rancangan Felda Lok Heng Barat : Pejabat Felda Lok Heng Barat81900 Kota Tinggi Johor No Telefon : 07-8947469 No Fax : 07-8947612 Maklumat kawasan Parlimen : Nama Ahli Parlimen : YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid Nama kawasan Parlimen : Parlimen Kota Tinggi Maklumat Dewan Undangan Negeri (Dun) Nama Adun : YB Haji Rasman Ithnain Nama Kawasan Dun : Sedili Kecil Felda Long Barat, Lok Heng Timur & Lok Heng Selatan Gugusan FELDA Lok Heng yang terletak di Mukim Sedili Kecil dalam Daerah Kota Tinggi adalah terdiri daripada tiga buah tanah rancangan peneroka FELDA iaitu Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur dan Felda Lok Heng Selatan. Felda Lok Heng Selatan telah dibangunkan pada tahun 1978 dengan tanaman kelapa sawit seluas 1768.44 hektar. Pada peringkat awalnya, kawasan ladang Felda Lok Heng Selatan adalah kawasan ladang Felda Lok Heng Barat dan Felda Lok Heng Timur yang mana kebanyakan kawasannya tidak berapa ekonomik, rendah dan berpaya. Kawasan ini telah dipulihkan dan dibangunkan semula. Maka, wujudlah rancangan Felda Lok Heng Selatan Tanah rancangan Felda Lok Heng Selatan telah dibangunkan pada tahun 1978 dan mula diduduki oleh peneroka baru secara rasmi pada Januari 1986 bagi peringkat 01 seramai 110 orang tidak termasuk ahli keluarga masing-masing dan pada Februari 1987 bagi peringkat 02 seramai 261 orang tidak termasuk ahli keluarga masing-masing. |
PORTAL <b>FELDA LOK HENG</b> BARAT: Juara AKKF 2013 Posted: 22 Aug 2013 04:17 AM PDT FELDA LOK HENG BARAT JUARA AKKF 2013 Tuah akhirnya memihak kepada Felda Lok Heng Barat selaku juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2013 merangkul ganjaran bernilai RM1 Juta. Syukur kehadrat Ilahi kerana setelah dihampakan pada tahun 2012 di mana kejuaraan itu berpihak kepada Felda Nitar 2, akhirnya giliran Felda Lok Heng Barat mara mengukir sejarah. Berbekalkan semangat yang tidak kenal erti putus asa dan kesungguhan warganya menceriakan kampung dengan pelbagai landskap, kebersihan, bunga-bungaan dan infrastruktur dalam saling melengkapi keperluan warga disini, saguhati "duit raya" kali ini bakal melakar sejarah baru kepada warga Felda Lok Heng Barat khususnya kerana pengumumannya masih di dalam 'mood' hari raya. Keratan akhbar ini menunjukkan warga Felda Lok Heng Barat gembira dengan kemenangan yang dimiliki bagi tahun 2013. Semoga dengan kejayaan ini menaikkan lagi semangat warga Felda Lok Heng Barat dalam menjaga keceriaan, keharmonian, serta budaya yang dipertahankan. Selain itu juga, harapan kami warga belia selaku anak jati Felda Lok Heng Barat sangat mengharapkan agar kesejahteraan ini berkekalan dan sering bertambah baik dari masa ke masa. Semoga dengan dana dan peruntukan yang sedia ada mampu menaik taraf kemajuan dan infrastruktur Felda Lok Heng Barat melangkah lebih jauh kehadapan dengan kemajuan teknologi dan kemudahan ke peringkat lebih sempurna. Suatu kebanggaan yang mampu digarap buat seluruh warga Felda Lok Heng Barat. Kini, nama Felda Lok Heng Barat merupakan suatu nama yang kian terserlah dan bakal menjadi tumpuan umum samada masyarakat dalam mahupun luar. Justeru, dengan ganjaran yang diberikan diharap warga peneroka mampu tersenyum lebar dan menyambut kemenangan ini dengan penuh rasa kesyukuran kehadrat Allah SWT. Tahniah kepada seluruh warga Felda Lok Heng Barat yang bertungkus lumus memastikan kemenangan milik kita, tidak dilupakan juga setinggi tahniah dan penghargaan kepada pengurus Felda Lok Heng Barat khususnya serta warga kerja dan 'orang kuat' yang bersungguh sungguh memastikan kampung kita sentiasa ceria, meriah, berwarna warni, berbudaya serta sentiasa maju kehadapan. Ucapan 'Terima kasih' diberikan kepada felda-felda berdekatan terutama Felda Lok Heng Timur, Felda Lok Heng Selatan yang sentiasa berganding bahu dalam memajukan kelompok Gugusan Felda Lok Heng ini terutama dari aspek infrastruktur, teknologi, pembangunan belia, modal insan dan sahsiah diri dalam setiap warga felda disini. Keharmonian dan kesejahteraan ini adalah kemenangan milik kita bersama. Semoga integriti bersatu padu ini berkekalan dan menjadikan Felda Lok Heng kian disegani dan mampu berdaya maju seiring "Gagasan 1Malaysia", memartabatkan FELDA di mata dunia. |
You are subscribed to email updates from felda lok heng - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |