{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Arena

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Arena


Alasan tutup aib

Posted: 01 Aug 2013 09:42 AM PDT

Sepang: Keletihan berpuasa menjadi alasan ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal selepas skuad bimbingannya mencatat keputusan buruk pada tiga siri perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab dari Liga J di Jepun.

Alasan yang pasti tidak dapat terima peminat setia skuad negara itu umpama mahu menutup malu kekalahan memalukan skuad negara menentang tiga kelab berbeza sebelum ini.


Skuad negara tewas 0-2 kepada kelab Divisyen Satu Shimizu S Pulse dan paling aib tewas besar 0-5 masing-masing kepada kelab di zon penyingkiran Liga J, Shonan Bellmare dan kelab Divisyen Dua, Tokyo Verdy.

"Pengajaran yang saya dapat di sini, kita tidak harus bermain dengan kelab yang boleh dikatakan mempunyai tahap permainan tinggi ketika bulan puasa. Kalau kita datang ke Jepun pada masa akan datang, mungkin bukan ketika Ramadan.


"Kita perlu sedar pada perlawanan kedua, kita main jam 11 pagi dan perlawanan ketiga, 3 petang. Kita main tiga babak dan keletihan itu datang pada babak kedua dan ketiga.


"Apapun, saya tetap hormat pemain sebab mereka berusaha memberikan yang terbaik ketika berpuasa dan ada ketikanya kita mampu beri tekanan kepada pihak lawan. Saya rasa ini persiapan yang bagus untuk perlawanan menentang Barcelona," katanya selepas tiba dari Jepun semalam.

Foto

RAJAGOBAL pikul tugas hingga kontrak berakhir 31 Disember.

Ditanya mengenai desakan demi desakan supaya beliau segera mengundur diri berikutan prestasi buruk berterusan skuad negara, Rajagobal berkata: "Saya tidak tahu kenapa ada pihak yang suka sangat saya undur diri.


"Tapi saya bukan penakut. Saya akan pikul tugas saya hingga kontrak berakhir 31 Disember. Selepas itu barulah majikan buat keputusan dan saya juga akan buat keputusan." Rajagobal turut membidas kritikan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini yang memintanya melepaskan jawatan.

"Ini bulan Ramadan, jangan buat dosa. Kalau kita nak kritik, biarlah tepat dan konkrit.


"Kalau mereka datang ke Jepun dan tengok prestasi sebenar pemain dalam bulan Ramadan, itu tak apa. Tapi, mereka tidak ada di situ, mereka hanya memberikan komen berdasarkan keputusan perlawanan, itu tidak adil. Kritikan mereka sepatutnya berdasarkan fakta, itu sajalah yang saya nak beri nasihat.


"Sebelum ini pun ramai yang kritik, ramai yang ganggu tapi saya tak akan lari daripada fokus saya," katanya.


Tiga siri perlawanan persahabatan di Jepun itu dianggap sebagai persiapan skuad negara menjelang kunjungan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona ke Malaysia, 10 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02

Real sah mula runding

Posted: 01 Aug 2013 09:37 AM PDT

Los Angeles: Real Madrid mengesahkan sudah memulakan rundingan untuk cuba mengikat Gareth Bale, menurut jurulatih Carlo Ancelotti ketika spekulasi menyebut kelab gergasi Sepanyol itu sedia memecah rekod perpindahan dunia buat pemain sayap itu.

"Sukar bercakap mengenai Bale kerana dia bukannya pemain Real ketika ini," kata Ancelotti semalam.


"Kelab ini mula berunding untuk cuba mencari jalan penyelesaiannya dan kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku," menurutnya dalam laman web rasmi kelab www.realmadrid.com.

Kelab Bale, Tottenham Hotspur berdepan pelbagai persoalan mengenai bintang sayap mereka itu, yang diundi pemain terbaik musim lalu oleh rakan seangkatan Liga Perdana Inggeris selepas menjaringkan 26 gol.


Pengurus Spurs Andre Villas-Boas menyatakan ketika kunjungan pramusim ke Hong Kong minggu lalu mereka berunding dengan pemain berusia 24 tahun itu mengenai kontrak baru.


Namun Bale menghangatkan spekulasi apabila mendedahkan tiada sebarang perjanjian ditandatangani.

Sejak itu laporan di Britain dan Sepanyol menyebut Real bersedia membayar lebih daripada £80 juta (RM394 juta) yang mereka bayar kepada Manchester United ketika mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo pada 2009.


Akhbar sukan Sepanyol Marca mendakwa Spurs meminta bayaran £125 juta (RM616 juta) terhadap pemain itu.

Bale menghabiskan lima jam di pusat latihan Spurs, Enfield di utara London kelmarin dan memberitahu Villas-Boas dia berminat menyertai Real, menurut laporan televisyen Sky Sports.


Real kini berada di Amerika Syarikat, menyertai kejohanan pramusim membabitkan kelab England, Chelsea, AC Milan dan Inter Milan dari Itali, Valencia dan Los Angeles Galaxy. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat