{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Guru wanita ditipu 'tukang tilik nasib'

Posted: 02 Aug 2013 02:38 AM PDT

LABUAN: Gara-gara terperdaya promosi iklan tilik nasib, seorang guru wanita kerugian hampir RM280,000.

Guru berumur 41 tahun itu membuat laporan polis setelah menyedari dirinya ditipu berikutan tukang tilik lelaki itu terus meminta duit sedangkan ramalan sebelumnya tidak memberi pulangan seperti dijanjikan.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata menurut laporan dibuat wanita itu pada Khamis lepas, dia menerima iklan tilik nasib dalam peti surat rumahnya pada November tahun lalu.

Katanya wanita itu yang tertarik dengan iklan itu telah menghubungi suspek di nombor telefon pada iklan itu dan suspek memaklumkan dirinya seorang sami dan "master" ilmu tilik dan mampu mengubah nasib wanita itu.


"Suspek mengatakan kepada mangsa yang beliau mempunyai nasib baik dan bakal beroleh keuntungan besar. Terpengaruh dengan ramalan, mangsa bersetuju untuk satu upacara sembahyang dicadangkan suspek dengan wang pendahuluan RM600 yang dimasukkan ke dalam akaun suspek.


"Selepas upacara sembahyang itu, suspek telah mengirim gambar keputusan nombor ekor 4-digit yang kononnya mangsa telah memenangi hadiah pertama. Ekoran daripada itu, tuntutan wang berterusan daripada suspek kepada wanita berkenaan berlarutan sehingga hampir RM280,000 dengan alasan untuk upacara sembahyang," katanya.

Adzhar berkata polis sedang memburu suspek dan menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan promosi atau bentuk iklan yang mencurigakan yang boleh merugikan mereka sendiri. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02

JAKIM putuskan video menghina Islam

Posted: 02 Aug 2013 01:09 AM PDT

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan status klip video '1 Hari Di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata SKMM akan merujuk kepada Jakim mengenai video itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Ahmad Shabery berkata kes itu akan diserahkan kepada Peguam Negara jika Jakim memutuskan ia mencemar kesucian agama.


Maznah Mohd Yusof, 38, yang dikenali sebagai Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube baru-baru ini.


Maznah direman dua hari hingga hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor untuk membantu siasatan setelah diambil keterangan di Bukit Aman semalam.

Jamil Khir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM600,000 kepada 3,000 pengawal keselamatan dan sumbangan bernilai RM40,000 kepada 100 pendakwah bebas di sini hari ini.

Mengenai fahaman syiah di negara ini, Jamil Khir berkata pihak jabatan mufti terutamanya di Selangor, Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain sudah mengambil keterangan daripada pihak yang mendakwa mereka sebagai penganut syiah.

"Ada jabatan lain juga telah memanggil dan memberikan mereka kaunseling," katanya.

Selain itu, katanya usaha mengekang penyebaran fahaman itu yang telah diharamkan di negara ini akan terus dipergiatkan sama ada melalui media, mahupun 'road show' ke pelbagai tempat untuk menyedarkan masyarakat.

Beliau turut sependapat dengan ulama tersohor Dr Yusof al-Qadrawi seperti dilaporkan akhbar hari ini yang mengisytiharkan golongan Syiah merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.

"Sebab itu Malaysia melalui fatwa sejak 1984 dan yang diperkemaskan lagi pada 1996 oleh jawatankuasa muzakarah fatwa dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mEmutuskan Syiah adalah pegangan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Ia juga diiktiraf salah di Malaysia. Jadi saya rasa ianya selaras dengan Dr Yusof Qadrawi seperti disebutkan dalam pandangan beliau," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat