{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Dunia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Dunia


29 maut dalam keganasan di penjara

Posted:

29 maut dalam keganasan di penjara

29 maut dalam keganasan di penjara

BANDUAN Penjara Palmasola, di Santa Cruz, Bolivia dipamerkan kepada media selepas kekacauan di fasiliti berkenaan kelmarin.- reuters


SANTA CRUZ - Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dan 50 lagi cedera dalam satu pergaduhan melibatkan dua kumpulan banduan di sebuah penjara di timur Bolivia, kata beberapa pegawai penjara.

Kekacauan itu berakhir dengan satu kebakaran besar.

Seorang mangsa yang terkorban merupakan bayi yang tinggal bersama ibu bapanya di penjara Palmasola di bandar ini.

Penjara berkenaan menempatkan seramai 5,000 banduan.

"Maklumat terkini yang diperoleh menunjukkan bahawa jumlah korban mencecah 29 orang manakala mereka yang cedera dan dikejarkan ke hospital seramai lima orang," kata pengarah penjara, Ramiro Llanos.

Sebelum ini, pihak polis menganggarkan jumlah mereka yang terkorban sebanyak 15 orang.

Komander polis tempatan, Jorge Aracena berkata, pihak berkuasa telah berjaya mengawal kekacauan tersebut.

Aracena berkata, insiden bermula awal kelmarin apabil sekumpulan banduan menceroboh masuk ke dalam sektor lain di penjara itu dan mencetuskan kebakaran.

Penjara di Bolivia mengalami masalah kesesakan serius. Beratus-ratus kanak-kanak terpaksa tinggal bersama ibu bapa mereka yang menjadi banduan di penjara kerana mereka tiada saudara-mara lain. - AFP

Polis rampas 1.3 tan metrik daun Qat

Posted:

Polis rampas 1.3 tan metrik daun Qat

Polis rampas 1.3 tan metrik daun Qat


DAUN Qat merupakan sejenis tumbuhan herba yang diharamkan di Switzerland kerana memberi kesan ketagihan yang teruk.


GENEVA - Pasukan kastam di ibu negara Switzerland di Lapangan Terbang Geneva di sini telah merampas daun Qat seberat 1.3 tan metrik sejak awal tahun ini, menurut pihak berkuasa semalam.

Rampasan tersebut merangkumi 31 operasi pihak berkuasa Switzerland sepanjang tempoh tersebut.

Jumlah rampasan itu sekali ganda lebih tinggi berbanding 2011 sebanyak 168.6 kilogram (kg) dan tahun berikutnya dengan rampasan seberat 623.5 kg.

Menurut polis, daun Qat atau nama saintifiknya Catha edulis berasal dari pokok Qat di Afrika.

Tumbuhan ini diklasifikasi sebagai dadah ringan kerana boleh menyebabkan rasa khayal.

"Daun itu dikunyah begitu sahaja dan sangat popular di beberapa buah negara Afrika seperti Somalia, Ethiopia dan Yemen," katanya.

Namun, daun itu diharamkan di Switzerland dan beberapa negara Barat lain.

Daun Qat boleh menyebabkan ketagihan manakala struktur molekul daun itu menyamai dadah jenis amfetamin.

Bukan itu sahaja, sejenis bahan kimia Cathinone, yang ditemui dalam beberapa ubat-ubatan sintetik, adalah bahan psiko-aktif yang turut menggunakan daun Qat.

Penyeludup daun Qat yang memasuki Switzerland kebanyakannya warga Somalia yang menetap di Britain. - Agensi

Lakaran mural indahkan Kathmandu

Posted:

Lakaran mural indahkan Kathmandu

Lakaran mural indahkan Kathmandu


SEORANG pelajar sekolah memerhatikan lakaran mural di sebelah sebuah kedai menjual sayur di Kathmandu, Nepal kelmarin.


KATHMANDU - Ibu kota Nepal di sini diberi wajah baharu oleh sepasukan artis seni yang ditubuhkan untuk mengindahkan bandar raya tersebut dengan melukis berpuluh-puluh mural atau lukisan dinding dan tembok.

Pengarah projek berkenaan, Yuki Poudyal berkata, mural yang dilukis itu memaparkan isu-isu sosial Nepal termasuk permerdagangan kanak-kanak.

Katanya, lakaran seni visual dinding itu diilhamkan bagi mengganti risalah politik, poster filem dan iklan membosankan yang ditampal pada dinding di sini.

Seramai 60 artis seni terlibat di dalam projek berkenaan yang dinamakan Kolor Kathmandu.

Inisiatif itu bermula Januari lalu dan sampai ke kemuncaknya pada Khamis lepas dengan pelancaran sebuah buku fotografi pada mural.

"Kathmandu merupakan sebuah bandar raya seni dan budaya.

"Namun, setelah saya kembali ke Nepal selepas lima tahun belajar di Amerika Syarikat saya melihat bandar ini dipenuhi poster yang membosankan," kata Poudyal.

Tambahnya, pasukan artis seni dari 20 negara menjadikan beberapa bangunan awam dan swasta sebagai kanvas mereka.

Dalam tempoh sebulan sahaja sebanyak 75 mural telah berjaya dihasilkan.

Kesemua mural itu memaparkan tema keagamaan dan abstrak di samping mengetengahkan masalah sosial di Nepal termasuk diskriminasi kasta. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat