Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Taraf PR pemilik resort dilucut
- Tiga kerabat Diraja parah, seorang maut
- Mengamuk selepas dihalang kahwin
Taraf PR pemilik resort dilucut Posted: Taraf PR pemilik resort dilucut
KUALA LUMPUR – Taraf pemastautin tetap (PR) pemilik resort Kampung Sedili Besar di Kota Tinggi, Johor dilucutkan serta-merta ekoran sikap lelaki kelahiran Singapura itu yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini merupakan kali pertama kerajaan mengambil tindakan yang sebegitu tegas. "Tindakan ini dibuat selepas kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat kajian mendalam terhadap pemilik resort itu, pasal taraf pemastautin tetap ini hanyalah satu kemudahan yang diberikan kerajaan Malaysia dan bukan satu bentuk keistimewaan," kata beliau kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Persatuan Pengasih di sini semalam. Pada 10 Ogos lalu, lelaki bernama Syed Ahmad Syed Salim Alkaff, 45, yang merupakan pemilik sebuah resort di Sedili Besar membenarkan surau di resort berkenaan digunakan untuk upacara keagamaan bagi sekumpulan penganut Buddha. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Tiga kerabat Diraja parah, seorang maut Posted: Tiga kerabat Diraja parah, seorang mautOleh JAZALY AMRY JAAFAR ANGGOTA bomba mengeluarkan salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Gua Musang semalam. GUA MUSANG – Tiga kerabat Istana Kelantan yang juga dua pupu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V parah selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan yang turut membabitkan seorang maut di Kilometer 25.9 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Bukit Sejuk, Gua Musang di sini pada pukul 7.30 pagi semalam. Kemalangan yang membabitkan empat kenderaan itu berlaku selepas kereta Proton Saga dinaiki ketiga-tiga mereka iaitu Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissel, 38, dan dua adiknya, Tengku Fatimah Ainura, 34, serta Tengku Farini Amelina, 26, dipercayai hilang kawalan sehingga bertembung dengan tiga kenderaan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter. Seorang daripada tiga kerabat itu dikatakan tercampak keluar dari kenderaan. Ketiga-tiga mereka merupakan anak kepada Tengku Feissal Sultan Ibrahim yang juga sepupu ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Mengamuk selepas dihalang kahwin Posted: Mengamuk selepas dihalang kahwinOleh MUHAMMAD ZIKRI PONTIAN – Seorang lelaki yang gagal menahan marah selepas hajatnya untuk berkahwin lagi dihalang isterinya bertindak membelasah wanita berkenaan dengan kayu dan peralatan perabot hingga cedera dalam kejadian di Kampung Parit Wakaf, Tenggayun di sini kelmarin. Lebih tidak berhati perut, lelaki berkenaan turut memukul anak lelakinya yang berusia 17 tahun dengan senjata yang sama hanya kerana mangsa mengajak rakan-rakannya datang beraya di rumahnya. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin (gambar) berkata, pihaknya bertindak menahan lelaki berusia 40 tahun tersebut selepas menerima aduan daripada anak perempuan pasangan itu yang berusia 18 tahun pada pukul 9.25 malam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |