Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Terlepas tali gantung
- Tahu kematian kakak pada hari ke-3
- Operasi angkat bangkai bas ambil masa tiga jam
Posted: Terlepas tali gantungOleh WAZIHA WAHID
PUTRAJAYA – Pembunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu terus menjadi misteri selepas Mahkamah Rayuan di sini semalam melepas dan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada tuduhan tersebut. Keputusan sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Hakim Datuk Linton Albert dan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat itu sekali gus mengetepikan sabitan serta hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009. Hakim Tengku Maimun yang membacakan penghakiman sebanyak empat muka surat berkata, Hakim Mahkamah Tinggi didapati tersilap dan terkhilaf ketika menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua perayu. "Melihat kepada keseluruhan kes, kami berpendapat kesan kumulatif kepada salah arah oleh Hakim Mahkamah Tinggi menjadikan sabitan terhadap mereka adalah tidak selamat," kata beliau. Kedua-dua perayu yang berdiri di kandang pesalah kelihatan terpaku selepas mendengar keputusan sebelum Sirul kedengaran mengucapkan terima kasih kepada mahkamah manakala Azilah pula meraup muka tanda lega. Azilah, 37, Sirul, 41, didakwa membunuh Altantuya, 28, di satu kawasan antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam 19 Oktober dan pukul 1 pagi 20 Oktober 2006. Jika sabit kesalahan, kedua-dua boleh digantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Tahu kematian kakak pada hari ke-3 Posted: Tahu kematian kakak pada hari ke-3Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL YOP PENG menunjukkan gambar kakaknya yang maut dalam nahas bas henti-henti di Jalan Genting Highlands. KUALA LUMPUR – Kebimbangan seorang wanita mengenai kakaknya yang dilaporkan tidak hadir ke tempat kerja terjawab apabila wanita itu, Yap Moi, 60, merupakan seorang daripada 37 mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas henti-henti di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands pada Rabu lalu. Yap Yop Peng, 57, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas majikan Yap Moi menghubunginya apabila usaha mencari wanita itu yang bekerja sebagai tukang cuci gagal. "Majikan kakak saya telah menyemak akaun banknya dan mendapati dia (Yap Moi) ada melakukan transaksi di sebuah bank di Genting Highlands. "Selepas mendapat tahu dia pergi ke sana, saya datang ke hospital dan terkejut apabila mendapati kakak saya merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam kemalangan tersebut," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.3 Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Operasi angkat bangkai bas ambil masa tiga jam Posted: Operasi angkat bangkai bas ambil masa tiga jamSEBUAH kren seberat 200 tan digunakan untuk mengangkat bangkai bas yang terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands semalam. KUALA LUMPUR – Operasi mengeluarkan bangkai bas yang terjunam kira-kira 60 meter ke dalam gaung di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands, Rabu lalu selesai pada pukul 12.45 tengah hari semalam selepas hampir tiga jam operasi dijalankan. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd. Mansor Mohd. Nor berkata, operasi yang disertai kira-kira 160 anggota keselamatan termasuk bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) itu bermula pukul 10 pagi. "Kita mengambil masa selama dua jam 45 minit untuk membawa naik bas seberat tiga tan itu dengan menggunakan sebuah kren," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian berhampiran pusat peranginan tanah tinggi itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |