Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Surau kontroversi dirobohOleh MAZLINA ABDUL MAJID
KOTA TINGGI – Kontroversi sebuah surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar di sini yang mencetuskan kemarahan penduduk kerana membenarkan penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan dirobohkan semalam. Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, surau tersebut dirobohkan oleh pemilik pusat peranginan itu sendiri. "Kerja-kerja meroboh surau dimulakan dengan membuka bumbung diikuti dengan struktur utama bangunan termasuk kerja-kerja mencabut dan meleraikan sistem pendawaian elektrik," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. Menurut beliau, kerja-kerja merobohkan surau yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu terpaksa ditangguhkan pada pukul 3 petang semalam kerana hujan dan akan disambung semula hari ini. "Surau tersebut sudah 80 peratus dirobohkan dan saya yakin isu ini sudah selesai," kata beliau. Pada 12 Ogos lalu, beberapa akhbar mendedahkan klip video yang tersebar melalui Facebook mengenai aktiviti sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di surau tersebut. Pendedahan tersebut mencetuskan kemarahan pelbagai pihak sehingga seorang rakyat Singapura yang merupakan pemilik pusat peranginan itu dilucut taraf pemastautin tetap (PR) oleh Kementerian Dalam Negeri. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Ibu derma organ anak matiOleh ZAKI SALLEH TAHIRAH menunjukkan gambar anaknya Aliah yang meninggal dunia akibat kemalangan baru-baru-baru ini. GEORGE TOWN – Demi melihat kanak-kanak lain yang mempunyai masalah organ hidup gembira semula, seorang ibu bersetuju mendermakan organ anak perempuannya yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kulim, Kedah. Tahirah Sheikh Daud, 38, bersetuju mendermakan hati, buah pinggang dan jantung anaknya, Allahyarham Aliah Sofea Amran, 10, kepada Hospital Pulau Pinang (HPP). Aliah, anak ketiga daripada empat beradik dirempuh kereta ketika melintas jalan untuk ke kedai yang terletak di depan rumah bapa saudaranya di Kulim pada 11 Ogos lalu. Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian otak meninggal dunia pada 14 Ogos. "Saya hanya fikir biar kanak-kanak yang memerlukan organ ini dapat kehidupan baharu walaupun pemergian anak saya adalah kehilangan besar yang cukup dirasai," kata Tahirah yang bekerja di sebuah kilang di sini. Menurut ibu tunggal itu, pengalaman melihat kesengsaraan pesakit kanak-kanak semasa berada di HPP dengan ada yang meraung kesakitan menimbulkan keinsafan buatnya sebelum dia berbincang dengan ahli keluarga dan bersetuju menderma organ Aliah. "Sebelum kemalangan itu, Aliah memberitahu dia bermimpi pergi ke Mekah dan berpesan kepada saya supaya tidak perlu risau mengenai dirinya kerana dia mampu urus diri sendiri," katanya yang percaya mimpi itu merupakan petanda kepadanya bahawa Aliah akan pergi selama-lamanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Angkara pemandu mengantukANGGOTA bomba dan polis menjalankan siasatan di tempat kemalangan yang mengorbankan lima beranak di Ledang dekat Muar semalam. LEDANG – Perjalanan pulang lapan sekeluarga ke rumah mereka di Parit Bakar di sini selepas menziarahi saudara yang meninggal dunia di Kuantan, Pahang bertukar tragedi apabila lima daripadanya maut setelah terlibat dalam nahas ngeri semalam. Kejadian pukul 5.30 pagi di Batu 8, Bukit Kangkar, Jalan Tangkak-Muar dekat sini itu berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki mangsa merempuh sebuah treler yang diletakkan di tepi jalan. Kemalangan tersebut mengorbankan Ramlah Bakar, 66, Basiron Kasiran, 74, dan isterinya, Rokiah Osman, 62. Turut terbunuh ialah dua adik Rokiah iaitu Mahani, 56, dan Jasilah, 42. MPV itu dipandu oleh Jasilah. Tiga anak Mahani, Siti Hajar Abdul Rahman, 20-an, kritikal manakala Siti Nur Ain, 21, dan Siti Nur Shuhada, 18, pula patah kaki. Rokiah, Ramlah dan Jasilah maut di tempat kejadian manakala Mahani dan Basiron meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar. Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, kejadian berlaku apabila pemandu MPV tersebut dipercayai mengantuk sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh treler tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |