{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Pesona

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Pesona


Alami komplikasi fizikal dan psikologikal

Posted:

Alami komplikasi fizikal dan psikologikal

Alami komplikasi fizikal dan psikologikal

Oleh NURUL IZZA ROSLY

SIAPA yang tidak mahu memiliki susuk tubuh menawan, ramping, kurus dan cantik persis aktres mahupun model terkenal.

Definisi cantik itu kurus, gemuk itu hodoh membuatkan ramai orang terutamanya wanita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang diidam-idamkan.

Dek takut dilabel gemuk dan disindir saiz badan besar macam gajah, ramai yang tertekan hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kurus hingga menjadi obses mencatu hidangan utama yang sepatutnya diambil tiga kali sehari secara drastik.

Ramai yang memilih diet secara salah semata-mata untuk kurus.

Walaupun sudah mencapai berat badan ideal, masih ada yang terus mengamalkan diet drastik kerana merasakan diri masih gemuk walaupun hakikatnya fizikal sudah seperti rangka bergerak.

Kerisauan melampau terhadap berat badan menjadi pencetus bermulanya episod ngeri dalam kehidupan mereka hingga berdepan masalah anoreksia dan bulimia nervosa.

Anoreksia nervosa dinamakan dan dijelaskan pada tahun 1868 oleh seorang doktor bernama William Gull.

Gangguan pemakanan ini mempunyai beberapa ciri iaitu keterbatasan dalam diet, corak pengendalian makanan yang pelik, kehilangan berat badan yang ketara, khuatir mengalami obesiti dan kenaikan berat badan.

Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh berkata, anoreksia berlaku dalam kalangan wanita berusia antara 12 dan 18 tahun dengan nisbah 1:800 hingga 1:100 dan berkemungkinan mereka sudah mempunyai masalah gangguan pemakanan. Perkara ini biasa berlaku kepada golongan kelas atasan.

"Ia berpunca daripada gabungan kecenderungan individu dan faktor sosial yang menggalakkannya untuk berdiet.

"Ada beberapa faktor ia berlaku iaitu genetik, disfungsi hipotalamik, sosial, psikologi individu dan keluarga," katanya ketika membentangkan kajian kes anoreksia dan bulimia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur baru-baru ini.


BERBEZA dengan anoreksia, pesakit bulimia cenderung makan dalam jumlah yang banyak dan kemudian memuntahkannya kembali.


Faktor sosial

Ujarnya, paling popular ialah faktor sosial dan ramai pelajar mengalami masalah tersebut kerana pengaruh rakan sebaya selain ingin menjadi seperti model atau pelakon luar negara yang memiliki tubuh kurus dan kecil.

Pengaruh sedemikian menyebabkan mereka berdiet, hilang berat badan selepas berlapar sehinggakan rasa lapar itu tidak lagi bermakna kerana telah mempengaruhi mental mereka.

"Ibu bapa perlu mengenal pasti sama ada anak-anak mereka mengalami masalah ini dengan melihat pada simptom psikiatri iaitu pengasingan sosial, kemurungan, cemas, terlalu mementingkan kesempurnaan, tingkah laku obsesi impulsif, rigid dan sebagainya.

"Golongan ini bukan sahaja berdepan komplikasi fizikal tetapi psikologikal mereka turut terganggu. Mereka memerlukan sokongan keluarga dan rawatan," ujarnya.

Penghidap anoreksia juga berdepan dengan masalah kesihatan lain seperti dehidrasi, ketidakseimbangan elektrolit, ketidaksuburan, masalah buah pinggang, kelahiran pramatang, hipotermia, serangan jantung dan osteopenia.

Berkongsi faktor penyebab yang sama, seseorang yang menghidap bulimia pula mempunyai kecenderungan mengambil makanan dalam kadar yang banyak kemudian memuntahkan semuanya.

Proses pemulihan

"Biasanya, bagi merawat pesakit anoreksia dan bulimia ini, kita akan mengenal pasti puncanya serta melakukan pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental mereka.

"Kaunseling turut diberikan selain pelan diet pemakanan oleh pakar bagi mengembalikan semula berat badan secara berperingkat-peringkat," katanya.

Dalam pada itu, pakar pemakanan hospital yang sama, Lim Ai Leng memberitahu, proses pemulihan yang dilakukan melibatkan ahli psikiatri, doktor, pakar pemakanan dan ahli keluarga.


CARA yang terbaik untuk kurus ialah dengan melakukan senaman. - Gambar hiasan


Apabila seseorang pesakit dikenal pasti, penilaian akan dibuat daripada pelbagai aspek termasuk berat, tinggi, sejarah dan penyusutan berat badan serta simptom klinikal direkodkan sebelum pelan diet mereka dilakukan.

"Mereka ini sangat bijak. Mereka akan mengelakkan diri daripada mengambil makanan bergoreng, berminyak dan makanan manis selain mengira setiap kalori dalam makanan yang diambil.

"Jadi bagi merangka pelan diet untuk mereka, jangan sekali-kali menyebut mengenai minyak, lemak, makanan manis dan pencuci mulut kerana mereka tidak akan ikut diet yang diberikan," katanya sambil memberitahu, seseorang pesakit itu diberikan sekurang-kurangnya 1,200 kalori sehari.

Tambahnya, sasaran realistik adalah untuk menambah 0.5 hingga satu kilogram berat badan dalam seminggu manakala rawatan akan mengambil masa selama lapan hingga 12 minggu.

Apa yang penting sepanjang tempoh pemulihan ialah meningkatkan berat badan pesakit sedikit demi sedikit.

Tidak semua pesakit akur dan patuh dengan pelan diet yang diberikan. Ia semestinya memerlukan kesabaran untuk mendapatkan kepercayaan mereka.

"Jika anda mempunyai ahli keluarga yang berdepan masalah anoreksia dan bulimia, nasihatkan mereka serta dapatkan rawatan segera sebelum terlewat.

"Andai sudah terlambat, pelbagai komplikasi penyakit kritikal akan dialaminya sehingga boleh membawa maut," ujarnya.

Petua beraya dengan ceria

Posted:

Petua beraya dengan ceria

Petua beraya dengan ceria


MENYAMBUT lebaran sepatutnya menjadi perkara yang indah kerana berpeluang berjumpa dengan ahli keluarga dan sanak-saudara.


INSYA-ALLAH kurang seminggu lagi kita akan sama-sama meraikan hari raya. Aidilfitri bukan sahaja hari untuk meraikan kemenangan setelah menghadapi segala ujian dan cabaran ketika berpuasa, malah sinonim dengan hari untuk berkumpul bersama ahli keluarga tersayang.

Namun, satu isu yang tidak pernah lekang mengenai hari raya ialah masalah balik beraya. Saya masih berdepan dengan aduan berkaitan balik beraya biarpun ramai yang mengamalkan kaedah mengikut giliran.

Ya! Bergilir pun belum dapat memuaskan hati semua pihak. Sudah namanya manusia. Bukan kerana gilirannya dicuri tetapi kerana giliran tersebut tidak diterima sepenuh hati. Ini menimbulkan rasa terasing.

Sebenarnya, isu tersebut tidak perlu timbul sungguhpun sikap dan amalan tradisi setiap keluarga berbeza.

Perbezaan itulah yang akan menjadikan hidup anda lebih unik dan ceria. Tujuan saya berkongsi isu ini adalah semoga anda belajar menerima keunikan tersebut dan meraikan hari raya ini dalam suasana yang ceria tanpa mengira dengan siapa anda meraikannya.

Pertama: Berlapang dada menerima giliran beraya

Jangan rasa tertekan kerana giliran beraya kali ini bukan bersama keluarga anda.

Ingat! Bukan anda sahaja yang mempunyai ibu bapa dan sanak- saudara. Pasangan anda juga serupa. Kalau pun ibu bapanya sudah tiada, tidak bermakna kampung halamannya tidak perlu dikunjungi lagi.

Hari raya ini juga menjadi hari pasangan anda berkumpul bersama ahli keluarga lain untuk kembali mengenang detik-detik ceria bersama ibu bapa mereka yang telah pergi.

Benarkan pasangan anda merasai saat-saat gembira dalam hidupnya sama seperti diamembenarkan anda merasai saat-saat gembira bersama ibu bapa dan sanak-saudara anda.


BERKUMPUL beramai-ramai, bertukar-tukar cerita dan bertanya khabar merupakan perkara yang sering dilakukan apabila pulang ke kampung halaman. - Gambar hiasan.


Kedua: Bersedia lebih awal

Saya yakin ramai yang menyediakan segala kelengkapan untuk beraya lebih awal. Tidak kurang juga yang menunggu saat-saat akhir.

Isu yang berkait dengan persediaan ini adalah faktor kewangan. Dalam keadaan ini, isteri perlu bijak merancang.

Bukan dengan cara menggunakan segala pendapatan anda tetapi berdikit-dikit menabung dari peringkat awal. Tabungan semestinya melibatkan pendapatan suami dan bukan pendapatan isteri semata-mata.

Usahakan untuk persediaan keperluan sahaja, bukan kemewahan. Anda tidak perlu bersaing dengan orang lain dan mengikut emosi.

Ketiga: Persediaan mental dan emosi

Adakalanya berkumpul bersama ahli keluarga bukan suatu kegembiraan, sebaliknya menyakitkan hati kerana hal-hal lama yang menghiris hati anda timbul semula.

Jika anda berdepan isu ini, usahakan untuk tampil bersahaja seolah-olah kisah lama itu tiada lagi di minda. Ya! Berpura-pura agar suasana yang sepatutnya ceria boleh kekal ceria.

Jangan fikirkan emosi sendiri semata-mata tetapi kenangkan juga emosi ibu bapa yang pastinya tidak gembira jika mereka sedar ada yang tidak kena antara anda dengan saudara lain.

Cara terbaik untuk meneruskan hidup bersama kenangan silam yang masih kekal dalam ingatan ialah dengan membenarkan minda anda ditambah dengan kenangan-kenangan baharu yang boleh membahagiakan kehidupan anda.

Keempat: Kenang ibu dan bapa

Saya yakin, ada yang terfikir tidak mahu pulang ke kampung disebabkan kisah silam. Saya merayu, jika anda masih punya ibu dan bapa, pulanglah!

Kita tidak tahu bila ajal bakal menjemput. Jika bukan kedua orang tua kita, mungkin kita sendiri yang dijemput dulu. Selagi ada hayat dipinjamkanNya, gunakan kesempatan yang ada untuk menceriakan hati kedua-dua ibu bapa anda.

Keceriaan yang diberikan buat ibu dan bapa juga kebahagiaan untuk diri anda. Walaupun mungkin bukan sekarang, tapi mungkin bagi detik-detik akan datang. Anda tidak akan rugi sedikit pun kerana telah membahagiakan kedua-dua ibu bapa anda.

Rai Aidilfitri ikut landasan syariat

Posted:

Rai Aidilfitri ikut landasan syariat

Rai Aidilfitri ikut landasan syariat


BERJALAN kaki menuju ke tempat solat sunat Aidilfitri merupakan satu lagi perkara sunat yang menjadi amalan Rasulullah. - Gambar hiasan


ALHAMDULILLAH syukur kepada Allah SWT serta selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW atas kesempatan umur sehingga kita dapat berada pada penghujung Ramadan yang mulia ini.

Terasa pantas Ramadan berlalu meninggalkan kita. Namun realitinya, Ramadan kali ini pantas pergi seolah-olah seorang tetamu yang segera berkemas pulang kerana tuan rumah tidak meraikan kehadirannya.

Dalam kesedihan untuk meninggalkan Ramadan, janganlah kita leka dan lupa tentang ketibaan bulan Syawal yang Allah hadiahkan sebagai tanda kemenangan setelah sebulan berperang melawan nafsu.

Berikut ialah cara meraikan Aidilfitri mengikut syariat dan sunah Rasulullah.

* Bertakbir

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Ia bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah selepas solat sunat Aidilfitri.

* Ucapan Selamat Hari Raya

Menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunah Nabi sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya:

"Apabila para sahabat Rasulullah bertemu pada hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain 'taqabbalallahu minna waminka' (semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu). - Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Jilid 5, muka surat 270-271. Hadis hasan.


BERTAKBIR pada 1 Syawal ialah amalan yang disyariatkan. - Gambar hiasan


* Meneruskan qiamulail

Jika sepanjang bulan Ramadan kita bersungguh-sungguh menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah terutamanya solat tarawih, ia seharusnya diteruskan pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajud.

* Mandi sunat hari raya

Disunatkan mandi pada pagi hari raya sebagaimana tatacara mandi wajib, iaitu sebelum berangkat ke masjid.

Ali bin Abi Thalib pernah ditanya mengenai mandi sunat. Adakah boleh mandi sunat setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi sunat pada hari Jumaat, hari Arafah, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha." - Imam Syafie dalam Musnad al-Syafi'i, Jilid 1, muka surat 118-119.

* Makan sebelum solat Aidilfitri

Disunatkan kaum Muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.

* Memakai pakaian yang indah

Disunatkan kaum Muslimin menghias diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya.

Imam Syafie berkata: "Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." - Ringkasan Al-Umm, Jilid 1, muka surat 327.

* Berjalan kaki ke tempat solat

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan.

Ali Abi Thalib berkata:

"Termasuk sunah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat Tirmizi.

* Tempat solat hari raya

Sunat mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musolla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunah Nabi. Apakah musolla itu berbeza dengan masjid?

Abu Said al-Khudri RA berkata:

"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah keluar menuju ke musolla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat lain)." - Hadis riwayat Bukhari.


TIDAK salah untuk bergembira pada hari raya asalkan tidak keterlaluan dan menyalahi syariat.- Gambar hiasan


* Mengerjakan solat Aidilfitri

Antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri ialah solat Aidilfitri sebanyak dua rakaat.

Ibn Abbas berkata:

"Rasulullah telah keluar pada Hari Raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat Bukhari.

* Bergembira pada hari raya

Islam ialah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan.

* Mengerjakan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal

Sabda Rasulullah:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama.

Dalam pada itu, dalam kemeriahan Syawal, janganlah kita leka bergembira sehingga lupa beramal ibadah dan tidak lagi solat berjemaah di masjid atau surau.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat