Kosmo Online - Rencana Utama
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Rencana Utama |
Bunraku papar kisah dongeng Jepun Posted: Bunraku papar kisah dongeng JepunPUTERI Yaegaki menari riang di sekitar taman sambil memikirkan tunangnya, Takeda Katsuyori. Namun, liuk-lentuknya mula berubah setelah memakai mahkota. Wataknya berubah menjadi agresif apabila empat ekor rubah menyentuh mahkota kesayangannya yang disimpan di sebuah tempat di taman itu. Skrip yang dibaca oleh pencerita (tayu) semakin lantang dan pantas ketika Puteri Yaegaki berada berhampiran tasik untuk melihat bayangan wajahnya di permukaan air. Situasi bertambah cemas apabila wajah puteri bertukar menjadi seekor rubah pada bayangan permukaan air tasik itu. Tiga orang pemain gitar tiga tali (shamisen) pula memainkan alunan yang cemas ketika tuan puteri sedang bersedih kerana tidak dapat menerima bayangan wajah yang menakutkan dirinya sendiri. Di sebalik watak puteri itu, kelihatan seorang lelaki tua dibantu oleh dua orang yang memakai pakaian serba hitam (ashizukai) tenang dalam mengendalikan boneka watak tuan puteri itu. Mereka seolah-olah dipukau oleh pencerita. Pergerakan boneka Kisah tersebut merupakan antara babak yang dipaparkan dalam persembahan teater tradisional masyarakat Jepun iaitu Bunraku di ibu negara baru-baru ini. Delegasi dari Osaka, Jepun iaitu Bunraku Minosuke-Kai merupakan antara syarikat yang bertanggungjawab membawa teater yang dianjurkan oleh Kelab Jepun Kuala Lumpur, Kedutaan Jepun di Malaysia, Yayasan Jepun dan Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac). "Ini merupakan pengalaman pertama saya bersama keluarga menonton teater Bunraku. Saya amat tertarik dengan pergerakan boneka dalam setiap persembahan Bunraku. Ia seoalah-olah hidup dan menjiwai setiap bait perkataan yang disampaikan oleh pencerita," ujar salah salah seorang penonton Haslinda Abd. Halim, 34, ketika ditemui Kosmo! sejurus selepas menonton persembahan teater Bunraku di KLPac baru-baru ini. Menurut ibu kepada empat orang cahaya mata ini, keluarganya meminati seni teater lebih-lebih lagi teater yang menggunakan patung dan boneka sebagai peralatan utama dalam persembahan. BONEKA dalam persembahan Bunraku diukir menggunakan batu, tanah liat dan kayu oleh pakar di Osaka, Jepun. "Saya pasti akan membawa anak-anak menonton teater dari luar negara di Malaysia. Menerusi persembahan Bunraku ini, ia sekali gus memberi idea mengenai corak kostum boneka dari Jepun kepada anak-anak saya yang terlibat dalam seni persembahan boneka tangan di sekolah mereka," ujarnya. Dalam hierarki pementasan teater Bunraku, pengendali boneka merupakan individu yang paling dihormati dan terpenting dalam kumpulan teater itu. Kanjuro Kiritake III merupakan satu-satunya pengendali boneka dalam syarikat Bunraku Minosuke-Kai. Minat Kanjuro Kiritake III terhadap boneka dalam persembahan boneka tradisional Jepun yang dikenali sebagai Bunraku bermula sejak Mei 1965. Ketika itu, dia masih menuntut di tahun dua sekolah menengah dan sering mengikut dan membantu ayahnya, Kanjuro Kiritake II, mengadakan persembahan di Osaka, Jepun. Seperti kanak-kanak lain, sifat ingin tahu yang membara menyebabkan dia terus menggali seni persembahan tersebut. Setiap gerak-geri ayahnya yang mengawal pergerakan kepala, mata, kening dan mulut boneka dengan sempurna menawan hatinya untuk mendekati seni kuno itu. Menyedari minat Kanjuro, bapanya telah menghantar beliau menuntut ilmu dengan seorang guru Bunraku yang disegani di Osaka iaitu Minosuke Yoshida III. Kini, pada usia 60 tahun, Kanjuro telah menjadi seorang pengendali boneka yang terkenal di Osaka. Malah, beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di sebuah akademi Bunraku di bandar tersebut. Bermula sejak Zaman Edo iaitu kira-kira 400 tahun lalu, Bunraku merupakan salah satu seni persembahan warisan Jepun yang setaraf dengan Nohgaku dan Kabuki. Teknik penceritaan Seni persembahan yang berasal dari Osaka itu menggabungkan teknik penceritaan dengan iringan muzik dan persembahan drama boneka. Pementasan Bunraku mempunyai 125 kisah berbeza pada Zaman Edo. Setiap kisah dibawa oleh watak-watak berbeza mengikut jalan cerita yang tertulis dalam buku yang diturunkan daripada satu generasi ke generasi lain. Dua watak utama dibawa oleh dua pengendali boneka utama dalam satu-satu pementasan dan dibantu oleh pengendali boneka berpakaian serba hitam (ashizukai). Pengendali boneka dalam Bunraku memerlukan masa yang panjang untuk mahir sepenuhnya. "Sebuah boneka dalam sesuatu persembahan dikendalikan oleh tiga individu. Sebagai ketua, saya mengawal pergerakan kepala dan tangan kanan boneka, manakala bahagian tangan dan kaki kiri pula dikawal oleh dua pembantu. "Saya mengambil masa selama 15 tahun untuk mahir. Bagaimanpun, untuk mahir dalam segenap aspek persembahan Bunraku seperti menyelaraskan boneka dengan muzik dan pencerita, ia mengambil masa selama tiga dekad," kata Kanjuro yang menghabiskan lebih daripada separuh umur untuk mendalami Bunraku. Beliau ditemui pada sidang akhbar persembahan sulung Bunraku di Asia Tenggara yang bertempat di KLPac baru-baru ini. KEMAJUAN ekonomi di Osaka tidak menjejaskan pembangunan seni tradisional di Jepun. Kisah dongeng Persembahan Bunraku bukan sekadar menggerakkan satu watak boneka, tetapi setiap gerak-geri, kelopak mata boneka itu mampu menghidupkan cerita. Menonton Bunraku ibarat menonton persembahan wayang kulit di negeri Kelantan. Ia sarat dengan elemen-elemen tradisional dan kisah-kisah dongeng masyarakat Jepun dahulu kala. Ia merupakan salah satu hiburan kebanyakan masyarakat setempat di Osaka sekitar tahun 1950-an hingga 1970-an. Osaka merupakan merupakan bandar ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Yokohama. Bandar yang terkenal sebagai destinasi pelancongan di negara itu mempunyai kepadatan penduduk berjumlah 2.5 juta. Namun, Bunraku kurang digemari dalam kalangan orang muda. Bunraku dipersembahkan di Teater Bunraku Kebangsaan Osaka sepanjang tahun. Rata-rata penonton setia terdiri daripada wanita pertengahan usia. Persembahan bermula pada sebelah petang hingga waktu malam. "Golongan lelaki lebih gemar menonton pada cuti hujung minggu," jelas Kunjaro bahawa bahasa yang digunakan dalam pementasan Bunraku menggunakan bahasa Jepun kuno semasa Zaman Edo. Bagaimanapun, bahasa yang kurang difahami oleh masyarakat di Jepun itu menyebabkan Bunraku kurang diminati oleh golongan muda Jepun. Sehubungan itu, sari kata digital disediakan pada setiap persembahan. Dalam usahanya mengangkat seni tradisi tersebut, beliau dan pasukan pementasannya menghabiskan sebanyak 136 hari setahun untuk melawat seluruh tempat di Jepun bagi mengadakan pementasan Bunraku. Ia merupakan salah satu cara mereka menghidupkan seni tradisi ini. Sekurang-kurangnya 20 buah bandar di Jepun berjaya mereka jejaki setiap tahun. Mereka turut mengadakan persembahan selama dua minggu di setiap bandar. "Pada bulan Jun dan Disember pula, kami mengadakan persembahan di sekolah-sekolah sekitar Osaka dan Tokyo bagi memupuk minat kanak-kanak agar terus menghargai seni tradisi ini," jelasnya. Keseluruhan daripada kehidupan Kanjuro dihabiskan untuk mendalami ilmu-ilmu yang terkandung dalam pementasan Bunraku. PERANAN Takemoto Tsukomadayu (kiri) sebagai pencerita (tayu) dan pemain alat muzik shamisen, Tsuruzawa Enza merupakan tulang belakang dalam setiap persembahan Bunraku. Antara cabaran terbesar pementasan ini ialah penghayatan watak. Setiap karakter boneka memerlukan saya sentiasa fokus untuk menghidupkan boneka-boneka tersebut. "Saya kini berusia 60 tahun dan adakalanya perlu mengendalikan boneka seorang puteri. Usia pada setiap boneka tidak berubah seperti usia saya. Keserasian itu harus diwujudkan dan diserlahkan dalam setiap pementasan," katanya. Tambah beliau, pengendali boneka perlu mengetahui cara untuk mempelbagaikan emosi dan watak dalam setiap watak agar terus menambat perhatian penonton. Sementara itu, pencerita (tayu) dan pemain alat muzik seperti gitar yang mempunyai tiga tali iaitu shamisen merupakan dua tulang belakang dalam setiap pementasan Bunraku. Menurut Takemoto Tsukomadayu, selaku pencerita yang bersama Kanjuro dalam setiap pementasan memberitahu, skrip yang dibacanya itu merupakan teks asal dan berusia lebih 300 tahun. "Sebagai pencerita, saya cuba menyampaikan setiap kisah mengikut gaya lama di samping menyelitkan elemen-elemen kontemporari dengan kehidupan masyarakat masa kini," ujarnya yang berpengalaman selama 43 tahun dalam teknik penceritaan pementasan Bunraku. |
Posted: Tanaman padi mengganti gandumJENTERA membajak tanah digunakan oleh para petani untuk menanam padi di bawah Skim Gezira di Sudan. ANAK padi yang baru ditanam menjulur keluar dari tanah kering Sudan. Ia kelihatan kecil seperti bilah-bilah rumput, namun tanaman tersebut melambangkan impian negara itu untuk menjadi salah satu skim pertanian pengairan yang terbesar di dunia. Bakri Elamin Awad al-Karim memiliki sebuah plot kecil di rantau Gezira yang luas terbentang di antara Sungai Nil Biru dan Putih di selatan Khartoum. Bantuan dari Jepun telah membantu mengubah petani di Sudan mencatat pengeluaran hasil yang lebih baik dan pendapatan tinggi ekonomi pertanian yang berskala besar. Pada zaman kegemilangannya pada sekitar tahun 1920-an, ketika Sudan berada di bawah pemerintahan kolonial British dan Mesir, Skim Gezira telah disebut-sebut sebagai model pembangunan Afrika. Di bawah skim tersebut, tarikan graviti digunakan mengalirkan air paip dari Sungai Nil Biru untuk mengairi ratusan hektar tanaman pokok kapas. Tetapi kekurangan pelaburan dan penswastaan sedikit demi sedikit telah membawa kepada kerosakan infrastruktur, terusan dan benteng. Analisis mengatakan, kebanyakan ladang di rantau itu bergantung kepada ketiga-tiga perkara tersebut dan ini seterusnya menyebabkan ekonomi negara itu merudum. Potensi Tidak seperti bahagian lain di benua Afrika atau Asia, padi masih menjadi tanaman yang agak janggal di Sudan. Sebaliknya, sekoi merupakan bijirin ruji negara itu bersama dengan kekacang dan gandum. Kapas juga masih ditanam di sana. "Lebih ramai petani perlu menanam padi kerana ia mampu memberikan mereka hasil tanaman yang baik," ujar Karim melalui seorang penterjemah. Tanah milik Bakri juga digunakan sebagai ladang demonstrasi untuk tanaman padi yang dianggap Menteri Pertanian Gezira, Abdullah Mohammed Osman, sebagai satu tanaman yang berpotensi. "Sistem tanaman tradisional di dalam skim pengairan besar tidak berbaloi dari segi ekonomi. Ini kerana produktiviti tanaman itu tidak terlalu tinggi.PADI Sudan memberi harapan kepada para petani meraih pendapatan yang lebih tinggi. Begitu juga dengan pendapatan petani," kata menteri yang pernah mengkaji pengeluaran buah-buahan di Mesir. Jelasnya, padi akan meningkatkan hasil tanaman dan pendapatan petani, di samping menyediakan sumber mata wang asing kepada Sudan dan menyumbang kepada keselamatan makanan kebangsaan. Pengeluaran Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ironinya, Sudan tidak mampu memberi makan kepada kira-kira 31 juta rakyatnya. Lebih 12 peratus daripada mereka dijangka memerlukan bantuan makanan tahun ini. Abdullah berkata, hasil pengeluaran padi secara purata mencatat kira-kira 1.3 tan bagi setiap 0.4 hektar tanah iaitu hampir dua kali ganda daripada pengeluaran gandum. Ia juga mencatat kira-kira 50 peratus lebih tinggi daripada hasil sekoi. "Tahun lalu, pendapatan bersih untuk setiap petani padi mencecah kira-kira 3,600 pound Sudan (RM2,686) bagi setiap 0.4 hektar berbanding 1,400 pound Sudan (RM1,044) untuk tanaman lain," jelas menteri itu lagi. Tambahnya, memiliki bekalan benih mampan, racun herba, teknologi nyahsekam dan pakej bijirin yang bersih merupakan kunci untuk memperluaskan pengeluaran tanaman padi ini. "Kini kita boleh menghasilkan beras tanpa sebarang masalah. Untuk proses ini dan memenuhi keperluan pasaran antarabangsa adalah satu cabaran awal buat kami. "Malah, sekiranya kami dapat menggantikan 50,000 tan beras yang diimport Sudan setiap tahun dengan kos 15 juta pound Sudan (RM16 juta) pasti akan menjadi satu permulaan yang baik," ungkapnya. Bagaimanapun, masih terlalu jauh untuk Sudan menjadikan padi sebagai tanaman masa depan dan sumber berpotensi untuk dieksport. Skim Gezira yang disokong Jepun bermula pada tahun 2010 dan diperluaskan kepada hampir 190 hektar tanah pada tahun lalu. Berbanding dengan jumlah keseluruhan saiz ladang dalam skim ini iaitu kira-kira 840,000 hektar, ia diibaratkan seperti sebutir beras dalam ladang yang besar. SALIRAN air yang digunakan bagi mengairi kawasan-kawasan sawah padi. Kemudahan "Sudah tentu, kita tidak boleh menangani segala-galanya dalam satu masa," Ketua Penasihat dari Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), Osamu Nakagaki. JICA telah menyediakan benih, penanaman dan peralatan pengilangan serta memberi latihan di luar negara kepada lebih 70 jurutera pertanian dari Sudan. Kesemua jurutera tersebut telah menyampaikan pengetahuan mereka kepada lebih 200 petani daripada kira-kira 116,000 orang yang bekerja di dalam Skim Gezira dan kawasan pengairan kecil berhampiran. Pengeluaran kapas, gandum dan sekoi merosot pada tahap paling rendah dan ramai petani berhijrah dari Gezira untuk mencari peluang kerja yang lebih baik. Laporan yang dikeluarkan oleh Tabung Kanak-Kanak PBB tahun lalu membayangkan terdapat kekurangan terhadap penyelenggaraan terusan. Wartawan veteran, Mahjoub Mohamed Salih pernah menulis satu artikel Jun lalu berkaitan penswastaan membawa kepada keruntuhaninfrastruktur lain di bawah skim ini. Walaupun demikian, Abdullah berkata, kerajaan memberi peluang kepada petani untuk memilih sendiri tanaman apa yang ingin ditanam. "Para petani perlu mempunyai pendirian masing-masing. Terpulang sama ada mereka mahu mencuba tanaman padi ini atau tidak," tegasnya. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Rencana Utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |