{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Mashitah umum akan bertanding jawatan Exco Wanita

Posted: 25 Aug 2013 09:03 PM PDT

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim hari ini mengumumkan untuk bertanding bagi merebut jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan yang akan diadakan September ini.

Menurut beliau, keputusan dibuat selepas berbincang dengan rakan-rakan dan selepas melihat keperluan dalam membantu parti menghadapi tohmahan pihak pembangkang.

"Peranan wanita dalam perjuangan UMNO tidak dapat dinafikan lagi dan saya yakin akan dapat turut membantu dengan pengalaman dan ilmu yang ada.

"Keyakinan saya untuk bertanding dikuatkan lagi dengan kaedah pemilihan baru yang mana akan menjadikan pemilihan lebih telus dan adil," kata beliau ketika sidang akhbar di sini pagi ini. - UTUSAN ONLINE

Guan Eng takut dijatuhkan

Posted: 25 Aug 2013 11:12 AM PDT

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my

R. Ramanan, Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membelakangkan perlembagaan parti apabila tergesa-gesa menjalankan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) menunjukkan beliau takut musuh-musuh politiknya mengumpulkan tenaga untuk menjatuhkannya.

Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan berkata, ini kerana sebagai pemimpin, Guan Eng bukanlah seorang pemimpin yang berpengaruh dalam parti tersebut dan perkara berkenaan terbukti apabila beliau pernah kalah teruk dalam pemilihan peringkat cawangan di Melaka sebelum ini.

Menurut Ramanan, kekalahan Guan Eng dengan hanya meraih tempat ke-17 daripada 19 calon yang bertanding itu memaksa bapanya, Lim Kit Siang memapah beliau ke Pulau Pinang bagi menyelamatkan karier politik Ahli Parlimen Bagan berkenaan.

Namun begitu, dalam keadaan Guan Eng tidak berpengaruh dalam kalangan ahli DAP kini, dia boleh juga meneruskan lakonannya di hadapan rakyat negara ini. Mungkin selepas ini jika Guan Eng kalah, dia boleh bekerja dengan pelakon Hollywood, Tom Cruise di Amerika Syarikat.

Kini Guan Eng hanya berlindung di Pulau Pinang. Dia takut memberi ahli DAP hak mereka untuk terlibat dalam pemilihan yang adil dan bebas seperti termaktub dalam Klausa 8 Artikel 13 Perlembagaan DAP," katanya di sini hari ini.

Menurut Ramanan, dalam perlembagaan itu jelas menyebut bahawa semua ahli yang menang di cawangan boleh bertanding di posisi CEC dalam pemilihan parti, namun Guan Eng membelakangkan fakta tersebut.

Walau bagaimanapun katanya, tindakan tidak membenarkan pemimpin DAP lain seperti Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass; Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asogan dan bekas ADUN Teratai, Jenice Lee bertanding pada CEC jelas bertentangan dengan perlembagaan tersebut.

Tegasnya, perkara itu serius memandangkan kesemua pemimpin DAP itu juga mempunyai hak untuk bertanding berikutan kesediaan beberapa cawangan mencalonkan mereka untuk CEC kali ini.

Ironinya, setelah bertahun-tahun menabur penipuan bahawa kononnya Barisan Nasional (BN) tidak adil sambil melaungkan DAP sebagai parti paling demokratik, hari ini ramai ahli sudah sedar siapa Guan Eng sebenarnya.

Dinasti Lim ingat mereka boleh mempergunakan ahli-ahli dengan menggunakan kaedah pecah dan perintah, namun hakikatnya pengaruh dinasti ini tidak sebesar mana. Mereka tidak mempunyai aura kepimpinan seperti yang dimiliki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat