Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Malaysia luah kebimbangan keadaan kemanusiaan di Syria
- Malaysia tetap merupakan destinasi pelaburan menarik
- Seminar khusus untuk lelaki lebih fahami hak wanita
Malaysia luah kebimbangan keadaan kemanusiaan di Syria Posted: Malaysia luah kebimbangan keadaan kemanusiaan di Syria20/08/2013 9:55pm KUALA LUMPUR - Malaysia meluahkan kebimbangan mengenai isu kemanusiaan yang semakin buruk di Syria dan menggesa agar langkah segera diambil bagi menyalurkan bantuan sewajarnya. Selain itu, Malaysia juga berasa terkejut dengan jumlah kematian membabitkan orang awam dalam konflik di negara berkenaan. Perkara itu antara yang dibangkitkan Malaysia pada sesi perbahasan Majlis Keselamatan mengenai perlindungan terhadap orang awam ketika konflik bersenjata api di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), di New York semalam. Malaysia yang diwakili Kuasa Usaha Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB, Raja Reza Raja Zaib Shah, turut menggesa agar pembunuhan dan pelanggaran hak asasi manusia yang berleluasa, terutama terhadap orang awam itu dihentikan segera. "Pihak yang berkenaan juga harus menangani keperluan orang awam dan membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan. "Kami percaya peluang ke arah penyelesaian politik yang dipimpin oleh rakyat Syria masih ada dan satu-satunya opsyen bagi mengakhiri konflik," katanya. - Bernama |
Malaysia tetap merupakan destinasi pelaburan menarik Posted: Malaysia tetap merupakan destinasi pelaburan menarik20/08/2013 9:25pm KUALA LUMPUR - Malaysia masih merupakan sebuah destinasi pelaburan yang menarik dari segi struktur kos, asas-asas yang stabil dan sistem yang cekap. Ketua Penyelidikan dan Hubungan Pelabur UOB, Jimmy Koh berkata, bagi tahun ini dan selepas itu, dengan prospek yang lebih cerah dalam persekitaran luar, pelaburan akan mengalir masuk semula dalam landskap politik negara yang lebih pasti dan stabil. "Pelaburan akan mengalir masuk walaupun terdapat kebimbangan tentang kedudukan fiskal negara ini," katanya pada satu taklimat media di sini hari ini. Koh berkata satu lagi kebimbangan ialah hutang isi rumah yang semakin meningkat. "Ini semakin meningkat walaupun dengan pertambahan pendapatan, disebabkan sebahagiannya, oleh pembiayaan gadai janji," kata beliau. Koh berkata pembuat dasar, bagaimanapun, telah bertindak untuk meredakan kepesatan pasaran harta. Beliau berkata, berbeza daripada Barat, negara-negara Asia, termasuk Malaysia, mencatatkan penabungan yang kukuh untuk menampan kesan hutang isi rumah. "Hasil daripada penabungan yang kukuh, ada platform besar bagi pertumbuhan dalam industri perbankan," katanya. - Bernama |
Seminar khusus untuk lelaki lebih fahami hak wanita Posted: Seminar khusus untuk lelaki lebih fahami hak wanita20/08/2013 9:26pm KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merancang memperbanyak seminar khusus untuk lelaki bagi meningkatkan kesedaran mereka tentang hak-hak wanita. Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, langkah itu perlu dan disifatkan antara tindakan drastik dalam membendung dan menangani isu dan kes yang semakin kerap berlaku membabitkan wanita ketika ini. Katanya kes keganasan rumah tangga, penderaan, gangguan seksual dan lain-lain yang berkaitan, bukan masalah bermusim sebaliknya perlu diselesaikan dengan cara yang betul seperti mendidik lelaki menjadi individu yang memahami hak wanita. "Kadang-kadang ada lelaki yang tidak sedar tindakan mereka itu jatuh pada kategori mendera walaupun isteri sendiri. Malah dalam satu seminar baru-baru ini, mereka mengaku kurang prihatin tentang hak wanita. "Hilang pertimbangan, panas baran, tekanan kerja antara punca kenapa mereka mengabaikan hak wanita," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program bual bicara di Radio24 hari ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |