Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- 1,911 orang tahan dalam Ops Cantas Narkotik seluruh negara
- Kelantan hitung nasib sendiri
- MSN Kelantan minta ujian doping setiap kejohanan
1,911 orang tahan dalam Ops Cantas Narkotik seluruh negara Posted: 1,911 orang tahan dalam Ops Cantas Narkotik seluruh negara26/08/2013 9:06pm KUALA LUMPUR - Seramai 1,911 orang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam Ops Cantas Narkotik selama tiga hari bermula Jumaat lepas di seluruh negara. Pengarah JSJN, Datuk Noor Rashid Ibrahim hari ini berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,772 kes telah dibuka termasuk 26 kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Polis turut merampas pelbagai jenis dadah daripada operasi itu iaitu heroin sebanyak 10,410.41 gram, syabu (6,793.35 gram), ganja (778.91 gram) dan Erimin 5 (1,097 biji). Dalam operasi itu, katanya, polis turut menangkap 30 anggota kongsi gelap terdiri daripada kumpulan Geng 04, Geng 08, Geng 555, Geng Raj dan Geng 18 yang dipercayai turut terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. "Polis tidak menolak kemungkinan mereka turut terlibat dalam pengedaran senjata api berikutan penemuan senjata itu di Perak, Pulau Pinang dan Kedah ketika melakukan serbuan di makmal memproses dadah," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini. - Bernama |
Posted: Kelantan hitung nasib sendiri26/08/2013 9:04pm KOTA BHARU - Kelantan mahu meneruskan momentum kemenangan ketika menentang Negeri Sembilan pada aksi ketiga Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi malam esok Meskipun masih segar dengan kemenangan menewaskan seteru tradisi, Terengganu 2-0 Sabtu lalu, pengendali Kelantan, Bojan Hodak enggan mendabik dada dengan keputusan tersebut, sebaliknya meramalkan pasukannya bakal berdepan ujian getir dalam perlawanan tersebut. Hodak ketika dihubungi di sini hari ini berkata, Negeri Sembilan pasti bangkit dan beraksi bermati-matian selepas mereka tumbang 3-5 kepada Pahang Sabtu lalu. - KOSMO! |
MSN Kelantan minta ujian doping setiap kejohanan Posted: MSN Kelantan minta ujian doping setiap kejohanan26/08/2013 8:18pm KOTA BHARU - Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan meminta pihak berkuasa sukan di negara ini supaya menjalankan ujian doping terhadap semua atlet yang menyertai kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan. Pengerusi MSN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, langkah itu wajar dilaksanakan secepat mungkin bagi membendung pengambilan dadah terlarang dalam kalangan atlet. "Ujian doping boleh dijadikan sebagai perkara yang wajib kepada semua atlet pada setiap kali perlawanan diadakan, bukan secara rawak sebagaimana yang diamalkan sekarang ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Mesra Raya MSN Kelantan di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai pemain simpanan Kelantan yang didakwa terbabit penyalahgunaan dadah selepas perlawanan Piala FA menentang kelab Johor Darul Takzim pada 29 Jun lepas. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |