Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Pengawal keselamatan maut ditembak di Kajang
- Penumpang panik punca bot karam
- Dua sahabat baik maut kemalangan
Pengawal keselamatan maut ditembak di Kajang Posted: Pengawal keselamatan maut ditembak di Kajang03/08/2013 8:31pm KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24 di Cheras Perdana, Kajang di sini, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini. Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 petang tadi, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya yang berada di bilik tidur rumah itu tidak diapa-apakan. "Suspek yang datang ke rumah mangsa menggunakan kereta Iswara berwarna hitam dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama. Abdul Rashid berkata, mangsa merupakan bekas banduan serta dibebaskan dari penjara pada Jun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen LRT dekat sini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa pernah terbabit dengan lima kes dadah dan polis akan menyiasat sama ada kejadian itu berunsurkan dendam atau sebaliknya. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - Bernama |
Penumpang panik punca bot karam Posted: Penumpang panik punca bot karam03/08/2013 8:28pm KOTA TINGGI - Seorang mangsa yang selamat menceritakan bagaimana penumpang bot pancung yang turut dinaikinya menjadi panik setelah bot dipukul ombak, sehinga menyebabkan bot itu karam. "Kami panik lalu berkumpul di bahagian tepi sebelah bot menyebabkannya tidak seimbang dan terbalik. Bila sudah jatuh ke laut, saya dapat dengar orang dan kanak-kanak menjerit dalam gelap," kata Edey Muliadi, 26, ketika ditemui di Pengkalan Daerah Maritim Tanjung Sedili di sini hari ini. Pengendali jengkaut di Puchong, Selangor ini berkata, sejurus selepas itu, cuaca mulai hujan dan mereka cuba berpaut pada bot yang sudah terbalik itu, namun ia karam selepas beberapa minit kerana tidak dapat menampung berat mereka. Dia berkata, dia bersama tiga lagi mangsa yang selamat kemudiannya berenang dan berpaut pada dua bekas minyak petrol dari bot itu yang terapung. Dalam kejadian pukul 10 malam itu, sebuah bot pancung yang dipercayai membawa 44 warga Indonesia untuk pulang menyambut Aidilfitri di Batam, karam antara perairan Sedili dan Penawar di sini akibat dipukul ombak besar. Mereka sebelum itu dipercayai berlepas dari Tanjung Siang. - Bernama |
Dua sahabat baik maut kemalangan Posted: Dua sahabat baik maut kemalangan03/08/2013 6:01pm ALOR SETAR - Niat dua sahabat untuk mengunjungi ibu rakan mereka yang terlantar sakit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut digilis sebuah kenderaan di Kilometer 72.3 Lebuh Raya Utara Selatan menghala Utara, Pendang dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Ekhromee Muhammad Fauzee, 19, dan Muhammad Mohd Rozi, 19, terpelanting ke lorong laluan kanan selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan sebuah lagi motosikal rakan mereka, Mohamad Fairuzi Musa. Muhammad Ekhromee dan Muhammad maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan lain manakala Mohamad Fai ruzi, 19, cedera ringan. - KOSMO! |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |