{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


BN kekal di DUN Klawang, NS

Posted: 27 Aug 2013 02:17 AM PDT

SEREMBAN 27 Ogos - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu selepas Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen yang difailkan oleh Pas. - UTUSAN ONLINE

TPM hadir majlis Aidilfitri Kementerian Kesejahteraan Bandar

Posted: 27 Aug 2013 01:48 AM PDT

PUTRAJAYA 27 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan kira-kira sejam untuk menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dataran Gemilang di sini.

Timbalan Perdana Menteri yang tiba di dataran itu sejurus selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada warga Kementerian Pendidikan di Dewan Sri Siantan dekat sini pada kira-kira 1 tengah hari, disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta beberapa menteri kabinet.

Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ribuan warga Putrajaya membanjiri kawasan Dataran Gemilang untuk turut bersama dengan Timbalan Perdana Menteri bagi memeriahkan majlis itu, dan menikmati pelbagai juadah Hari Raya yang disediakan di puluhan gerai yang mengambil bahagian.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan pentas oleh beberapa artis tempatan yang diundang. - BERNAMA

KJ sokong Waytha Moorthy berundur

Posted: 27 Aug 2013 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy terus digesa supaya berundur daripada pentadbiran kerajaan jika gagal menghormati prinsip kebertanggungjawaban bersama.

Terbaharu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata sebagai anggota pentadbiran, Waytha Moorthy tidak boleh membuat kenyataan sebagai seorang anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mencabar Waytha Moorthy supaya berhenti memegang jawatan berikutan tidak puas hati dengan kematian lima lelaki dipercayai anggota kongsi gelap dalam operasi polis di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ini disokong Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis serah tugas pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di sini hari ini, Khairy berkata, timbalan menteri itu mempunyai saluran tertentu untuk menyampaikan maklumat dan pandangan kepada pihak lain termasuk menteri, dan bukannya mempertikai tindakan tertentu secara terbuka.

"Jika beliau tidak mahu menggunakan saluran tersebut dan bertegas untuk mempertikai tindakan polis dalam membanteras jenayah berat, saya rasa beliau patut meninggalkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan," kata Khairy.

Beliau menyerahkan tugas selaku pengerusi PUNB kepada Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan pelantikan itu berkuat kuasa 1 Ogos.

Khairy turut mengulas desakan supaya beliau menarik balik kenyataan berhubung dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memperakui satu laporan akhbar bertajuk 'Apa Lagi Cina Mahu'.

Menurut Khairy, NGO yang membuat gesaan itu perlu mengetahui kenyataan sebenar yang dibuatnya dalam satu sesi soal jawab Ahad lepas.

"Mereka bebas untuk melihat dan menonton video sewaktu sesi soal jawab pada Ahad untuk melihat keadaan dan kenyataan sebenar. Selagi mereka tidak boleh rujuk kenyataan yang sebenar, tidak perlulah saya jawab," katanya.

Selain itu, Khairy menyambut baik cadangan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya semua parti mewakili masyarakat India dalam BN bergabung sebagai satu parti.

"Bagus juga (cadangan) kalau kita hendak kemaskan lagi BN. Parti-parti kaum India boleh bergabung, parti Cina pun boleh bergabung untuk beri suntikan baharu dalam kalangan parti komponen kita," katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat