{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Sedia tapak rumah buat belia

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

MOHAMAD Hasan (tujuh dari kanan) berkongsi kegembiraan dengan peneroka Lui Selatan Satu dan Dua pada Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Peneroka Felda di Padang Awam Felda Lui Selatan, Jempol, Negeri Sembilan, semalam.

JEMPOL 26 Ogos - Kerajaan negeri sedang membuat penelitian bagi melaksanakan dasar pembesaran kampung menerusi cadangan pemberian tapak rumah kepada generasi belia yang sedang mencari rezeki di kawasan kampung.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, perkara itu masih di peringkat cadangan dan proses penelitian dan perincian dilakukan dengan mengambil kira beberapa faktor selain maklum balas daripada agensi terbabit.

"Melalui projek ini kita bercadang memberikan tapak tanah kosong kepada generasi belia yang masih tinggal di kampung kerana bekerja di kawasan tersebut. Buat masa ini kita sedang menilai jika ada tanah-tanah kerajaan yang kosong dan berdekatan dengan kampung tradisional.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi bagi melancarkan projek ini. Perbincangan lanjut juga melibatkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi tujuan membuat jalan dan mengadakan sebuah perkampungan baharu yang tersusun," jelasnya.

Mohamad ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Hak Milik kepada 494 peneroka Felda di Padang Awam Felda Lui Selatan, dekat sini hari ini.

Katanya, jika semua berjalan lancar, proses mengenal pasti lokasi dan keluasan tanah dapat diselesaikan akhir tahun ini.

"Jika semua generasi belia meninggalkan kampung dan mencari rezeki di bandar pastinya kawasan kampung akan sunyi. Hidup di bandar ini memerlukan kos yang tinggi apatah lagi jika mahu membeli rumah sendiri.

"Walaupun mereka hanya mencari rezeki di kampung, namun mereka sudah ada masa depan yang cerah apabila diberikan tapak rumah. Malah, kita bercadang menyediakan ruang untuk bercucuk tanah berdekatan dengan tapak perumahan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad menjelaskan, pihaknya telah mendengar taklimat mengenai perumahan generasi baru Felda dan yakin projek tersebut dapat dijalankan segera.

"Projek rumah generasi baru Felda tidak dibina di semua kawasan Felda kerana bergantung kepada kawasan yang mempunyai keluasan tanah kosong yang mencukupi.

"Setiap keluarga hanya layak memohon sebuah rumah sahaja. Pihak Felda juga telah menetapkan beberapa syarat utama untuk memohon rumah antaranya sudah berkahwin dan bekerja di kawasan Felda," katanya.

Peranan media mampu pengaruhi minda orang muda - Idris

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

IDRIS Haron (duduk, tengah) bersama para peserta Kolokium Media dan Patriotisme 2013 di Hotel Avillion Legacy, Melaka, semalam.

MELAKA 26 Ogos - Peranan yang dimainkan media pada masa kini dilihat mampu mempengaruhi minda serta menjadi panduan kepada golongan muda terutama dalam penyampaian fakta dan kebenaran.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, anak-anak muda masa kini membaca apa yang ditulis dan diterjemah media seterusnya berpegang kepada apa yang mereka fahami sebagai panduan pada masa hadapan.

Menurutnya, media perlu memainkan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan supaya maklumat yang disampaikan dapat dijadikan bahan rujukan kepada golongan muda masa kini.

"Sehubungan itu, media masa kini perlu telus dan adil dalam menyampaikan berita serta menceritakan sesuatu fakta dan maklumat supaya tidak diputar belit pihak tidak bertanggungjawab sehingga menolak kebenaran tentang sesuatu perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kolokium Media dan Patriotisme (Cospasm) 2013 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Md. Rawi Mahmud; Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Prof. Madya Mohd. Adnan Hashim dan Pengurus Besar Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep), Datuk Aziz Ujang.

Kolokium selama dua hari itu merupakan anjuran penuntut Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Iksep.

Idris berkata, penganjuran program itu amat bersesuaian dengan sambutan Hari Kebangsaan bagi memberi pendedahan kepada peserta untuk menghubungkan peranan media dan patriotisme.

Sementara itu, Mohd. Adnan memberitahu, pihaknya percaya program yang diadakan mampu menjadi medan menyuarakan pandangan dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan peranan media dan semangat patriotisme.

"Program ini juga diharap dapat menyemai dan menyuburkan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda," ujarnya.

494 peneroka lega terima geran tanah

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

JEMPOL 26 Ogos - Penantian selama 31 tahun untuk mendapatkan hak tanah akhirnya menjadi kenyataan bagi 494 peneroka Felda Lui Selatan Satu dan Dua, dekat sini selepas mereka menerima geran tanah masing-masing hari ini.

Penyerahan geran tanah itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Padang Awam Felda Lui Selatan, dekat sini, hari ini.

Menurut seorang peneroka, E. Sannasy, 68 dari Felda Lui Selatan Satu, dia amat gembira dan berterima kasih di atas pemberian geran itu yang kini menjadikan dirinya pemilik sah selepas menunggu sekian lama.

''Apabila saya terima sahaja geran itu tadi, saya tidak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan gembira saya. Usaha saya selama ini akhirnya berbaloi dan kerana Felda hari ini saya memiliki geran tanah sendiri.

''Sedih juga tadi apabila teringat saat bersusah payah ketika baru menyertai Felda. tetapi hari ini semuanya sudah berubah malah Felda sangat maju," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, kini tanahnya sedang dalam proses penanaman semula dan dia bersyukur apabila Felda terus menghulurkan pelbagai bantuan.

''Untung jadi peneroka, pelbagai bantuan kami terima. Walaupun Felda sudah maju dan dikenali kami tetap dibantu sehingga ke hari ini. Antara bantuan yang diterima adalah bantuan hari raya, durian runtuh dan bantuan pembesaran rumah," ujarnya.

Tambah seorang lagi penerima, Mohd. Nabe Pich, 33, dia terpaksa mengambil geran mewakili ibunya, B.Ramtam Bebee 57, yang meninggal dunia baru-baru ini.

''Ibu meninggal dunia ketika Ramadan yang kedua akibat masalah paru-paru. Kini saya tinggal di rumah ibu di Felda Lui Selatan Satu dan membantu menjaga kebun.

''Agak sedih juga kerana ibu tidak dapat hadir untuk memegang sendiri geran ini. Saya akan menjaga geran ini dengan baik kerana inilah bukti hasil titik peluh ibu membesarkan saya,"ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat