Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Metallica hiburkan 30,000 peminat Posted: 21 Aug 2013 08:51 PM PDT KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kumpulan thrash metal veteran dari San Francisco, Amerika Syarikat, Metallica berjaya menghiburkan hampir 30,000 peminat pada konsert pertama mereka di negara ini yang berlangsung di Stadium Merdeka, di sini semalam. Metallica yang dianggotai oleh James Hetfields selaku vokalis dan gitaris, Lars Ulrich (dram), Kirk Hammett (gitaris) dan Robert Trujilo (bassis) itu beraksi selama kira-kira dua jam 20 minit tanpa henti buat para peminat yang lama menantikan konsert tersebut. Sudah 31 tahun Metallica ditubuhkan dan kumpulan ini sudah agak lama dalam industri ini. Saya pasti selama itu anda semua menantikan konsert ini dan yakin kami masih belum terlambat untuk menghiburkan anda di sini," kata James Hetfields pada konsert yang mengenakan tiket berharga dari RM198 hingga RM650 itu. Pada konsert anjuran Galaxy itu, Metallica mempersembah sebanyak 19 buah lagu yang dipetik daripada album pertama mereka, Kill 'em All (1983) sehinggalah Death Magnetic (2009) yang mana lebih 70 peratus daripadanya adalah lagu-lagu klasik kumpulan terbabit. Antara lagu yang dibawakan oleh Metallica bertajuk Hits The Light, Master of Puppets, Harvester of Sorrow, Fade To Black, Ride The Lightning, Welcome Home (Sanitarium), Sad But True, Orion, One, For Whom The Bell Toll, Blackened, Battery dan Seek and Destroy. - UTUSAN |
Posted: 21 Aug 2013 10:13 PM PDT Oleh GARRET DAWUM AKTRES comel, Nad Zainal agak kekok digandingkan dengan Azwan di depan kamera. SEGELINTIR artis tidak selesa untuk berbicara soal sudah berpunya atau sebaliknya. Ada yang mengambil sikap berahsia, tak kurang juga mengunci mulut kemas kemas, mengelak dari menjawab soalan media. Mereka ini sekali gus sengaja mencipta spekulasi pihak lain, hingga lama kelamaan ada yang memakan diri. Dua pasangan sejoli, Nad Zainal dan Azwan Kombos bagaimanapun lebih terbuka dengan mengakui kisah cinta. Tetapi awas, mereka sama sekali tidak mahu menjaja kisah itu untuk menaikkan nama dalam persada seni. Meskipun kedua-duanya baru sahaja dikenali, pasangan ini senang untuk bercerita tentang cinta tetapi tidak mahu kisah itu terus diuar-uarkan dengan begitu meluas. "Cukuplah orang tahu kami bercinta, tidak perlu sampai mengorek lebih dalam," itu prinsip pasangan muda ini. Bukan sekatan Nad mengakui hatinya yang sudah dimiliki tidak menghalang langkahnya untuk meluaskan kerjaya sebagai pelakon. Pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin yang berusia 23 memberitahu, walaupun dia sering dilihat bersama Azwan, tetapi mereka faham akan kerjaya masing-masing. "Bukannya hendak berkepit setiap masa, tidaklah saya ingin bersamanya selalu. Dia ada kerja sendiri, saya pun ada hal yang perlu diuruskan. Jadi, sikap memahami memang penting bagi pasangan seperti kami. "Satu sahaja, kami tidak akan mendedahkan terlalu banyak tentang cinta kerana sudah bersetuju untuk tidak bercerita tentang hal peribadi," kata si cantik sambil tersenyum. Di luar, mereka seperti pasangan berkasih yang lain. Mesra, manja dan saling bergandingan, tetapi Nad mengakui dia agak kekok apabila 'bertemu' dengan kekasih hatinya di depan kamera. "Saya selesa menjadi kekasihnya di dunia realiti. Aura kami sebagai kekasih, kawan dan teman bercakap memang kuat kerana sudah lama mengenali. "Tetapi saya juga kena terima hakikat bahawa agak kekok bersama dan tidak ada aura untuk berlakon bersama. Sebetulnya saya rasa kekok dan geli bila bersama dengan dia di depan kamera. Saya rasa sangat dibuat-buat. "Sebab, saya ni kalau dekat luar memang tidak reti hendak buat-buat pose ayu. Saya akui memang sukar nak dapat keserasian bila kami berlakon bersama," katanya berterus terang. Nafi sembunyi status Memang mereka ini dilihat sangat bahagia. Berbanding Azwan pula, walaupun banyak spekulasi bahawa mereka cuba untuk sembunyikan kisah cinta, semua itu sebenarnya tidak benar. Menurut lelaki berusia 28 ini, dia tidak pernah merahsiakan soal cinta di hati. Malah katanya, Nad juga tidak kisah mana-mana pihak yang mengetahui hubungan itu. Mereka berbangga kerana mahu saling bertanggungjawab kepada diri masing-masing, meskipun hanya dalam ikatan sebagai kekasih. "Sekiranya ditanya, saya menjawab ya, saya kekasihnya. Bagi saya, tidak perlulah merahsiakan apa-apa. Kami juga sudah bercinta lama. Saya sangat mengenali Nad sebab hubungan kami sekarang sudah mencecah dua tahun. "Jika sebelum ini banyak gosip yang dilontarkan kepada Nad bahawa sedang bercinta dengan orang lain, saya tidak mudah melatah. "Jujurnya, saya memang ada bertanya kepadanya tentang gosip itu juga. Bagaimanapun, Nad membalas dengan mengatakan yang saya lebih mengenali dirinya. Oleh sebab itu, saya tidak percaya kepada gosip tersebut," kata jejaka kacak dari Sabah ini. Bagi pelakon baharu yang meningkat naik di persada seni menerusi filem Lu Fikirlah Sendiri dan Belukar ini, dia tidak kisah dan sangat memahami Nad. Dia selalu positif dalam pelbagai aspek kerana mereka berada dalam industri yang sama. Dalam pada itu, pasangan ini juga mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi tidak meletakkan sasaran masa kerana semuanya diserahkan kepada jodoh. Kedua-duanya mengakui pernah berjumpa keluarga masing-masing. Bagaimanapun, buat masa sekarang ini, mereka sedang sibuk dengan karier. "Tidak dinafikan, kami memang pernah berbincang berkenaan hal berkahwin. Jika panjang jodoh kami, insya-Allah. Minta doakan yang terbaik buat kami," kata Azwan lagi. Ketika kekasih hati yang sedang rancak membina nama dalam dunia lakonan, Azwan juga mengakui sedikit sebanyak timbul rasa cemburu dek perkembangan pantas buah hatinya itu dalam industri lakonan. Lantas timbul dakwaan mengatakan Azwan secara tidak langsung menumpang populariti Nad memandangkan wanita itu lebih dikenali ramai. Sementelah berita kisah cinta mereka secara tidak langsung membuatkan nama Azwan turut menjadi bualan ramai. "Saya akui rasa cemburu itu ada tapi dari segi prestasi dia. Saya pun rasa tercabar dan saya kena berikan yang terbaik dalam setiap lakonan. "Saya akui saya masih baru dan banyak lagi yang perlu belajar. Kalau pasangan Nad dalam lakonan tu saya tak rasa cemburu pun, sebab saya sendiri pun pelakon. Jadi saya faham itu adalah kerja. "Soal tumpang populariti dia, itu tak benar. Saya nak berdiri atas bakat sendiri. Kalau ada pun yang kata saya tumpang populariti Nad, itu mungkin hanya tempias saja," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |