{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Cukai baharu PBT bantu rakyat

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
fikri.rosly@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 10 Ogos - Kadar cukai baharu yang akan diperkenal bertujuan memberi keutamaan kepada penduduk tempatan untuk memiliki hartanah di negeri ini selain meningkatkan hasil pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui cukai yang dibayar oleh pegangan asing.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peningkatan hasil yang dinikmati PBT itu juga secara langsung dapat diterjemah kepada keberkesanan dalam mentadbir kawasan di bawah seliaan masing-masing.

"(Kadar) cukai harta berbeza yang akan diperkenalkan bakal memberi lebih banyak pendapatan kepada pihak berkuasa tempatan sekali gus meningkatkan keberkesanan. Saya juga menggalakkan PBT memberi semula kepada masyarakat dengan menubuhkan yayasan, ada yang sudah wujud tetapi tidak aktif.

"Yayasan ini akan menerima satu peratus daripada jumlah hasil yang diperoleh PBT dan diwujudkan bertujuan memberi semula kepada masyarakat sekali gus dapat mendekatkan rakyat dengan kerajaan," katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Johor Bersama Media, di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan tentang usaha yang dijalankan kerajaan negeri untuk mengkaji taburan kaum di bandar bagi memupuk perpaduan di negeri ini.

Khaled dilantik Penaung Kelab Media Johor

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Mohamed Khaled Nordin menerima watikah pelantikan sebagai penaung Kelab Media Johor daripada Mohd. Fauzi Ishak (kanan) di Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 10 Ogos - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilantik sebagai Penaung Kelab Media Johor yang baharu menggantikan bekas Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Watikah pelantikan itu diserahkan Presiden Kelab Media Johor, Muhamad Fauzi Ishak dalam majlis di sini baru-baru ini.

Setiausaha Akhbar kepada Mohamed Khaled, Mohd. Ainuddin Aliff Salehuden pula dilantik sebagai Penasihat Kelab Media Johor.

Muhamad Fauzi berkata, warga Kelab Media Johor yang mempunyai seramai 150 orang ahli yang terdiri daripada pengamal media di negeri ini berbesar hati dengan penerimaan Mohamed Khaled selaku penaung berkuat kuasa Selasa lalu.

"Kami berasa amat gembira dengan keterbukaan Datuk Seri Mohamed Khaled untuk menerima pelantikan selaku Penaung Kelab Media Johor selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu pada 14 Mei lalu.

"Diharap dengan pelantikan beliau, hubungan akrab pihak kerajaan negeri dengan pengamal media di negeri ini yang telah sedia terjalin sejak dahulu lebih erat," katanya.

Dalam majlis yang berlangsung selama sejam itu, Mohamed Khaled turut beramah mesra dan berbuka puasa bersama-sama pengamal media yang hadir selain menyampaikan sumbangan kepada kelab.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat