Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 07 Aug 2013 01:16 AM PDT Oleh NOOR FAZRINA KAMAL TIGA pemilik syarikat tudung yang berjaya, (dari kiri) Nur Atikah Sulaiman, Hani Elia Rousli, dan Ainil Hawa Sazali. HASRAT menemukan tiga pengusaha tudung kontemporari muda ini dalam satu sesi fotografi sebenarnya telah lama terpendam. Justeru, kehadiran Syawal merupakan waktu yang tepat untuk menggandingkan ketiga-tiga usahawan muda, jelita dan berjaya ini. Banyak persamaan antara mereka. Masing-masing berusia 28 tahun, mengusahakan perniagaan pakaian dan tudung serta memiliki empayar perniagaan dalam kelas tersendiri. Itulah Hani Elia Rousli pemilik Al Humaira Contemporary (AHC), Nur Atikah Sulaiman pemilik Sugarscarf dan Ainil Hawa Sazali pengasas Qaira Hijab. |
Posted: 07 Aug 2013 01:16 AM PDT Ketiga-tiga usahawan wanita yang berjaya ini sedia berkongsi pengalaman dan ilmu demi memantapkan perniagaan. BAGI Ainil, Ramadan tahun ini satu pengalaman baru kerana merupakan kali pertama dia dan kakitangannya berpuasa dan berbuka di butik. Hilang rasa letih apabila melihat ramai pelanggan datang ke butik Qaira Hijab untuk membeli koleksi tudung dan baju raya. Pada tahun ini kami sekeluarga akan beraya di Teluk Intan dan Taiping, Perak. Sudah semestinya juadah seperti rendang, lemang ketupat merupakan makanan wajib yang ada pada hari raya. Saya dan suami akan mengenakan busana warna sedondon dan semestinya koleksi pakaian serta tudung saya adalah daripada Qaira Hijab. Kepada pembaca sekalian, terima kasih kerana terus menyokong Qaira Hijab dan pastikan Syawal ini anda bergaya dengan koleksi istimewa kami," ujar Ainil yang anggun mengenakan busana rona biru merah. Sementara itu, Hani pula memang tidak sabar menunggu tarikh 1 Syawal. Baginya Hari Raya Aidilfitri adalah satu tarikh yang memang sentiasa dinantikan dirinya dan suami. Kami suami isteri berasal dari kampung yang sama di Kedah. Sambutan di kampung memang sangat meriah. Tahun ini juga urusan perniagaan kami lebih teratur kerana banyak dibantu oleh warga kerja AHC. Hani memilih untuk membuat persiapan yang sederhana. Tahun ini lebih bermakna kerana ahli keluarga kami bakal menerima anak buah pertama iaitu adik kepada Hani bakal melahirkan anaknya pada awal Syawal nanti, insya-Allah," ujar Hani teruja. Bagi Eyqa pula, kesibukan menguruskan butik menyebabkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakan persiapan raya. Walaupun sibuk namun Eyqa sangat teruja apabila Sugarscarf dapat memberikan kemeriahan pada pelanggan kami yang memakai tudung dan baju raya koleksi kami pada hari raya nanti. Itulah kepuasan saya secara peribadi," jelas Eyqa yang juga akan menyambut Aidilfitri kali pertama sebagai ibu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |