{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Keluarga

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Keluarga


Tak kan Melayu hilang di dunia

Posted: 24 Aug 2013 05:37 AM PDT

UNGKAPAN 'Tak kan Melayu hilang di dunia' cukup tersohor kerana dikatakan pernah dilafazkan oleh Laksamana Hang Tuah pada zaman Kesultanan Melaka dahulu kala.

Sejak zaman dahulu lagi, orang Melayu cukup terkenal dengan peranan sebagai ulama, penakluk, pendeta dan pahlawan yang sentiasa mengambil kira perspektif agama dalam segala tindak tanduk mereka agar kehidupan seharian dan pentadbiran diperbataskan dalam lingkungan yang dibenarkan oleh hukum syarie.

Pokok pangkalnya tersembunyi usaha menzahirkan sifat keikhlasan dalam mencari rahmat dan keredaan-Nya demi memartabatkan agama serta mengembalikan kedaulatan sesebuah bangsa yang tidak terkecuali terhakis dek percaturan modenisasi.

Baru-baru ini, .com berkunjung ke majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diinspirasikan oleh komuniti pencinta bangsa Melayu dari seluruh negara di Ladang Alam Warisan, Kampung Tengah, Seri Menanti, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan.

Istimewanya, rumah terbuka yang diadakan di destinasi pelancongan baru berasaskan kebudayaan, adat dan warisan itu turut diserikan dengan kehadiran pengunjung yang lengkap dengan busana tradisional.

Pengalaman itu cukup berbeza sehinggakan kru .com terasa bagaikan mengembara seperti dalam kisah Marty McFly dalam filem Back To The Future.

Bezanya, dia kembali ke zaman koboi dan kami kembali ke zaman kegemilangan Melayu yang cukup unik dengan pelbagai acara termasuk memanah tradisional, dekorasi busana lama, tanjak, tari silat, tarian dan dendangan lagu Melayu asli.

- SYAHRIL/ABDUL RAZAK LATIF

Tonjol warisan Melayu

PENYERAPAN nilai, semangat, kejiwaan dan budaya serta pembentukan jati diri orang Melayu dalam sesebuah tamadun mewarisi legasi yang cukup bermakna bukan sekadar dipersempitkan dengan perspektif zahir semata-mata.

Oleh sebab itu, Persatuan Alam Warisan, Persaudaraan Pemanah Melayu Tradisional Malaysia (Pertama), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Destar Alam Melayu (Perdam), Keris Warisan dan ramai lagi yang terlibat menzahirkan zaman kegemilangan dengan menghidupkan semula cara dan gaya hidup Melayu dahulu di zaman moden.

Majlis itu sekali gus mengurai unsur-unsur yang lebih abstrak seperti aspek batiniah, semangat, kejiwaan aliran pemikiran, persoalan moral, tahap pengetahuan dan idealisme demi meningkatkan kecerdasan akal orang Melayu yang sebelum ini sengaja dipandang sepi.

Bendahara Persatuan Alam Warisan, Muhamad Akmal Mohamad Dahalan, berkata, peradaban bangsa Melayu tidak seharusnya ditafsirkan hanya kepada bentuk warisan kesenian, gambar dan ukiran batu semata-mata.

Sedangkan aspek proses penerapan nilai Islam dalam bangsa ini lebih berkesan sehingga berjaya meminggirkan sebarang warisan jahiliyah.

Diharapkan majlis yang diadakan buat kali kedua ini mampu memberi kesinambungan untuk memelihara dan mempertahankan khazanah warisan turun-temurun yang lebih berharga," jelasnya.

Menurutnya, sejak zaman Hang Tuah lagi, sejarah mengatakan kita tewas berperang sesama sendiri malah sehingga hari ini, kita masih lagi berbalah sesama sendiri.

Harapan kami hanya untuk mengetuk pintu hati masyarakat Melayu untuk mencari, mengenali semula dan mengembalikan identiti jati diri orang Melayu.

Jika tahun lalu, majlis ini disertai hampir 200 pengunjung, alhamdulillah, tahun ini bilangan peserta semakin meningkat dan hampir 1,000 pengunjung datang ke Ladang Alam Warisan untuk bersama-sama merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan orang Melayu dari utara hingga ke selatan," ujarnya.

Tambahnya, tujuan destinasi ini diwujudkan hanyalah untuk mengukuhkan silaturahim sesama orang Melayu di Ladang Alam Warisan.

Sejak dibina dua tahun lalu, setiap pengunjung berpeluang melancong sambil menghayati cara dan gaya hidup masyarakat Melayu sejati.

Setiap hari Sabtu minggu pertama, pengunjung yang hadir berpeluang belajar memanah dan menunggang kuda secara percuma.

Kami juga menyediakan perkhidmatan homestay bagi mereka yang ingin menginap di sini," katanya.

Hargai nyawa, jangan kejar masa

Posted: 24 Aug 2013 05:37 AM PDT

BERHATI-hatilah ketika memandu di jalan raya kerana kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. - Gambar Hiasan

SETIAP kali tibanya musim perayaan atau cuti sekolah, perkara utama yang sering menimbulkan kebimbangan pemimpin negara adalah angka kemalangan yang direkodkan sama ada mengorbankan nyawa atau kerosakan harta benda.

Sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sebenarnya menjadi faktor utama berlakunya masalah ini walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan.

Hal ini merupakan perkara yang menyedihkan apabila rakyat Malaysia yang terkenal dengan kekayaan budi bahasa dan kesopanan hilang budi bahasa apabila berada di jalan raya.

Kemungkinan juga faktor lain yang menjadi punca keselamatan di jalan raya terjejas adalah infrastruktur jalan raya yang kurang baik di sesetengah tempat seperti jalan berlopak dan keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik. Namun perkara seperti ini boleh dielakkan sekiranya pengguna jalan raya memandu secara berhemah dan berhati-hati.

Kehilangan dan kerugian yang dialami akibat pengabaian keselamatan jalan raya bukanlah sedikit dan perkara ini dikukuhkan lagi dengan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pengangkutan.

Di antara usaha yang telah diambil oleh kerajaan adalah memperkenalkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya sebagai subjek tambahan di sekolah rendah dan menengah serta menjalankan pelbagai operasi khas khususnya pada musim perayaan seperti Ops Selamat, Ops Pacak, Ops Sikap dan Ops Statik.

Kita dapat menyimpulkan bahawa segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia tidak akan berjaya tanpa sokongan padu daripada rakyat.

Oleh itu, seluruh pengguna jalan raya selaku rakyat Malaysia yang berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara mestilah mematuhi peraturan jalan raya serta memberikan sokongan padu kepada semua usaha kerajaan dalam meningkatkan keselamatan jalan raya.

Hal ini amat penting bagi memastikan keselamatan jalan raya di Malaysia sama taraf dengan negara maju yang lain apabila tercapainya Wawasan 2020 kelak.

Semoga pengguna jalan raya lebih berhati-hati di jalan raya dan sentiasa mengingati orang yang tersayang.

SHARIFAH SYAFINAZ SYED IBRAHIM,

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn, Pulau Pinang

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat