Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Lima maut dalam letusan gunung berapi di Indonesia Posted: 10 Aug 2013 09:42 AM PDT JAKARTA 11 Ogos - Lima orang maut selepas Gunung Berapi Rokatenda meletus sehingga mengakibatkan abu dan batuan panas merebak sejauh 2,000 kilometer ke kawasan pantai berdekatan. "Dalam kejadian yang berlaku pada hari jumaat pada pukul 8.27 minit malam itu, tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak maut. "Kami telah menemui mayat orang dewasa, tetapi masih mencari mayat kanak-kanak (yang terbunuh). Usaha mencari berdepan kesukaran kerana kawasan itu masih sangat panas, kata Ketua Pusat Vulkanologi & Mitigasi Bencana Geologi, Badan Geologi (PVMBG), Surono. Gunung Berapi Rokatenda berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak Oktober lalu, selepas pihak berkuasa melarang orang ramai melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 3 kilometer dari kawah. Pulau itu didiami oleh kira-kira 7,000 orang penduduk. - AFP |
Lebanon ikrar 'usaha yang luar biasa' untuk bebaskan mangsa culik warga Turki Posted: 10 Aug 2013 09:39 AM PDT BEIRUT 11 Ogos - Menteri Dalam Negeri Lebanon, Marwan Charbel berjanji bahawa kerajaannya akan melaksanakan 'usaha yang luar biasa untuk memastikan pembebasan dua rakyat Turki yang diculik di Beirut semalam, kata media kerajaan. Katanya lagi, Lebanon akan turut melakukan segala usaha untuk melindungi rakyat Turki di negara ini. "Kami akan meneruskan siasatan untuk mencari dua rakyat Turki (tersebut), Lebanon akan menentang mana-mana kes penculikan dan kerajaan akan melakukan segala-galanya untuk membebaskan mereka, katanya. Jumaat lalu, dua anak kapal Turkish Airlines telah diculik oleh kumpulan bersenjata di lapangan terbang Beirut, ketika dalam perjalanan ke sebuah hotel. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |