{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


Jimatkan penggunaan semasa musim perayaan - Ahmad Ramzi

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

AHMAD Ramzi Jamaludin (kiri) bersama kakitangan Paip Jerantut menyerahkan sumbangan air mineral kepada wakil Jawatankuasa Masjid Tengku Ahmad Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

JERANTUT 10 Ogos - Masyarakat peneroka di tiga tanah rancangan Felda daerah ini diminta menjimatkan penggunaan air pada musim perayaan Aidilfitri sepanjang minggu ini.

Pengurus Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Jerantut, Ahmad Ramzi Jamaludin berkata, tiga kawasan itu adalah Felda Sungai Retang, Felda Padang Piol dan Felda Lepar Utara kerana dikategorikan sebagai lokasi yang kritikal.

Menurutnya, nasihat itu diberikan berikutan kebanyakan anak perantau pulang ke kampung masing-masing di daerah ini sehingga menyebabkan jumlah penggunaan air tinggi pada musim perayaan.

"Paip sedaya upaya untuk menjamin bekalan air dapat dibekalkan sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri dan berharap kerjasama penduduk supaya lebih berjimat.

"Kita juga menyediakan pelan perancangan serta alternatif tertentu untuk kerja membaik pulih jika berlaku gangguan air sepanjang musim perayaan ini berikutan penggunaan bekalan itu semakin meningkat," katanya selepas menyumbangkan 42 buah kotak air mineral kepada wakil Jawatankuasa Masjid Tengku Ahmad, Bandar Jerantut di sini baru-baru ini.

Katanya, jika penduduk terbabit mengikut langkah itu akan menjamin keselesaan masyarakat Islam berhari raya di samping mengurangkan tekanan rendah air di lokasi kritikal berkenaan.

Ahmad Ramzi memberitahu, masalah air di Kampung Baharu, dekat sini yang dilaporkan di dalam akhbar tempatan baru-baru ini akan diselesaikan oleh Paip sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.

Jelasnya, Paip akan melaksanakan langkah alternatif dengan mengambil bekalan air dari kawasan bandar Jerantut bagi mengatasi kekurangan sumber itu di kampung tersebut.

"Kami memberi jaminan kepada penduduk berkenaan tidak akan mengalami masalah terputus bekalan apabila kerja pemantauan lokasi tekanan rendah dapat diatasi kelak," katanya.

Pakar bantu peniaga tingkat pendapatan

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

KUANTAN 10 Ogos - Usaha Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mentransformasikan konsep pasar sehari sebelum ini kepada pasar tani membuktikan kesungguhan agensi itu membantu para peniaga meningkatkan pendapatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif (gambar) berkata, pengenalan konsep Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) sejak awal tahun lalu, bukan saja berjaya menjenamakan semula pasar tani tetapi turut menarik perhatian negara luar.

"Konsep pasar tani, pasar sehari sebelum ini, dan kini ada pula Pakar yang diperkenalkan FAMA membuka mata negara luar serta ada negara tertentu menyatakan minat mengambil model (pasar tani) untuk diaplikasikan di negara mereka.

"Sebagai contoh, Indonesia telah memperkenalkan konsep pasar tani yang hampir sama di Jakarta. Mereka akan memperluaskan ke seluruh negara itu dan saya percaya pihak berkuasa di sana akan cuba lakukan lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang.

"Oleh itu, adalah menjadi harapan saya sendiri dan pegawai-pegawai FAMA serta agensi berkaitan tampil dengan idea bernas secara berterusan untuk menambah baik konsep sedia ada," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pasar Tani Khas Pra-Syawal dan Program Jimat Belanja Dapur di Pasar Tani Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Pasar Tani Kebangsaan, Abu Bakar Jamaat.

Sementara itu, menurut Ahmad, pihaknya akan membuka Pakar ketiga di negeri ini bulan depan di Pekan selepas Bera dan Temerloh yang telah pun beroperasi.

Katanya, pembukaan itu selaras dengan matlamat FAMA menyediakan lebih banyak lokasi selesa kepada peniaga kecil di seluruh negara.

"Pendapatan diperoleh peniaga di 511 pasar tani dan Pakar seluruh negara sehingga Jun lalu meningkat kira-kira 30 peratus berbanding tahun lalu.

"Malah, tidak dinafikan terdapat kalangan peniaga mampu memperoleh pendapatan sehingga empat angka dalam tempoh sehari iaitu kira-kira lima jam beroperasi," katanya.

Peluang anak Felda miliki rumah sendiri

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

KUANTAN 10 Ogos - Kerajaan negeri akan mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi dijadikan tapak perumahan generasi kedua dan ketiga tanah rancangan Felda di seluruh negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Abu Bakar Harun berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dan akan melaksanakannya tidak lama lagi.

"Bagaimanapun, setakat ini, projek yang sedang dalam perancangan dan pelaksanaan ialah sebanyak 4,800 unit rumah.

"Separuh daripada rumah tersebut telah dibina dan selebihnya dalam proses tender serta kerja tanah. Semua projek ini adalah di tiga wilayah Felda iaitu Mempaga, Kuantan dan Jengka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membawa seramai 21 anak yatim dari sekitar Felda Wilayah Kuantan membeli-belah di Kuantan Parade di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri amat komited dalam membantu menyediakan rumah untuk generasi tersebut supaya mereka mempunyai kediaman mampu milik di tanah rancangan.

"Kita harap harga rumah ini berpatutan dan mengikut kemampuan golongan itu F terutama mereka yang tinggal di tanah rancangan," katanya.

Mengulas lanjut Abu Bakar berkata, projek perintis Perumahan Sentuhan Kasih bernilai lebih RM40 juta di Felda Chini Timur 2, Pekan diharap dapat membantu generasi baharu Felda memiliki rumah sendiri di tanah rancangan berkenaan.

"Selain itu projek ini juga akan memberi peluang pekerjaan kepada 100 peserta terlibat yang juga merupakan generasi kedua Felda.

"Jika projek di situ berjaya, kita akan kembangkan lagi pada masa akan datang ke kawasan tanah rancangan Felda lain di seluruh negeri ini," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat