Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Volvo sasar jualan berganda dengan V40 Posted: 20 Aug 2013 11:09 AM PDT Goran Larson (duduk) bersama Keith Schafer (tengah) dan pengurusan kanan Volvo bergambar pada majlis pelancaran Volvo V40 di Midvalley, Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 20 Ogos -Volvo Car Malaysia (VCM) menyasarkan jualan kenderaannya meningkat lebih sekali ganda kepada 1, 800 buah tahun hadapan dengan model terbaharu, V40 menyumbang 40 peratus daripadanya. Pengarah Urusannya, Keith Schafer berkata, ketika ini, jualan tahunan jenama Volvo sekitar 700 hingga 750 buah dan V40 dijangka menjadi pemangkin peningkatan jualan bermula tahun ini. "Untuk permulaan, kami menyasarkan mampu menjual 300 hingga 400 buah V40 dalam tempoh 12 bulan pertama dan bakal meningkat ke hampir 1, 000 buah menjelang tahun keduanya di Malaysia. "Kami yakin model V40 mampu memenuhi cita rasa pemandu di Malaysia yang sentiasa menginginkan kereta yang selamat dan berprestasi tinggi, katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis pelancaran model baharu berkenaan di sini hari ini. Beliau berkata, V40 yang termasuk dalam segmen C dipasang sepenuhnya di kilang VCM yang telah beroperasi sejak 46 tahun lalu di Shah Alam. "Malaysia merupakan satu-satunya kilang Volvo di luar Eropah dan ketika ini telah memasang model S60, V60, S80, XC60, XC90 dan terbaharu V40. "Kami juga mengeksport kenderaan dari kilang tersebut ke pasaran Thailand dengan kadar 500 buah setahun dan merancang meningkatkannya pada masa depan," jelasnya. Sementara itu, V40 ditawarkan dalam tiga varian iaitu V40 T4, V40 T5 dan V40 Cross Country dengan harga masing-masing RM173,888, RM188,888 dan RM198,888 dengan jaminan selama lima tahun beserta lima tahun penyelenggaraan percuma termasuk alat ganti. Antara ciri-ciri standard yang terdapat pada model ini adalah teknologi City Safety yang membolehkan kenderaan berhenti secara automatik ketika kelajuan di bawah 50 kilometer sejam (km/j) jika terdapat halangan, berbanding model sebelum ini yang berfungsi pada kelajuan di bawah 30 km/j. Antara inovasi baharu yang ditawarkan adalah sistem maklumat titik buat (BLIS) yang dipertingkatkan, sistem amaran lalu lintas silang di bahagian belakang, sistem parkir automatik dan sistem keselamatan dengan penarafan lima bintang dariapda Euro NCAP. Orang ramai kini boleh menempah V40 di sembilan pusat jualan Volvo di seluruh Semenanjung dan Sabah dengan jangkaan penghantaran dalam tempoh dua hari jika ditempah hari ini. |
Naza Italia sasar jual 52 buah Ferrari tahun ini Posted: 20 Aug 2013 11:09 AM PDT Dari kiri, David Hector Ratnaike, Simon Ingfield, Wan Ahmad Wan Abas dan Maruan Mohd. Said bersama model Ferrari FF versi 'Tailor Made' semasa majlis pelancarannya di Petaling Jaya, semalam. PETALING JAYA 20 Ogos - Pengimport dan pengedar kereta mewah Ferrari, Naza Italia Sdn. Bhd. (Naza Italia) menyasarkan untuk menjual sebanyak 52 buah kereta Ferrari sepanjang tahun ini selepas melancarkan program buatan khusus reka bentuk dalaman kenderaan itu hari ini. Pengurus Besarnya, Wan Ahmad Wan Abas berkata, permintaan terhadap kenderaan itu dijangka meningkat berikutan kuasa beli pelanggan di negara ini yang tinggi. Katanya, para pelanggan juga dijangka memberi sambutan yang baik terhadap program buatan khusus tersebut. "Program buatan khusus kami akan memberi lebih banyak pilihan eksklusif kepada para pelanggan di negara ini. "Kos tambahan bagi buatan khusus ini dianggarkan RM500,000 dan kami menganggarkan sebanyak dua unit akan dibuat khusus setahun di negara ini,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran program buatan khusus reka bentuk dalaman Ferrari di sini. Yang turut hadir pada majlis itu ialah Naib Presiden Kanan Kumpulan Naza, Datuk Maruan Mohd. Said, Ketua Jualan ASEAN, Ferrari Timur Jauh, Simon Inglefield dan Pengurus Kanan Jualan Naza Italia, David Hector Ratnaike. Program buatan khusus reka bentuk dalaman Ferrari telah dilancarkan di peringkat dunia di Korea Selatan, Julai lalu. Terdapat lima jenis model Ferrari ditawarkan kepada pelanggan di negara ini setakat ini iaitu Ferrari California dengan harga RM1.7 juta (termasuk cukai atas jalan), Ferrari 458 Italia (RM2.1 juta), Ferrari 458 Spider (RM2.2 juta), Ferrari FF (RM3.2 juta) dan F12berlinetta (RM3.2 juta). Ketika ditanya mengenai jumlah pemilik Ferrari di negara ini, kata Wan Ahmad, Malaysia mempunyai kira-kira 600 unit Ferrari yang mana 70 peratus daripada pemiliknya berada di Lembah Klang. Katanya, sebanyak 150 ahli telah mendaftar dengan Kelab Ferrari Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |