Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Pitsterpro lancar dua model supermoto, LXM 125R dan Pitsterpro LX450 Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT dua model bergaya dengan supermoto baharu, LXM 125R dan Pitsterpro LX450 yang dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 26 Ogos - Pitsterpro Motors (M) Sdn. Bhd. menyasarkan jualan 150 unit sebulan bagi dua model supermoto baharu, LXM 125R dan Pitsterpro LX450. Motosikal Pitsterpro yang merupakan jenama dari Amerika Syarikat (AS) itu dipasang sepenuhnya secara pemasangan komponen terurai (CKD) di Rawang. Ia hasil kerjasama Pitsterpro Motors dengan Mofaz Motosikal Sdn. Bhd. (Momos), yang memasang bahagian supermoto berkenaan dan Pitsterpro bertindak sebagai pengedar tunggal di negara ini. Pengurus Besar Pitsterpro, Idon Pang berkata, motosikal LX450 adalah model supermotor pertama yang dipasang di dalam negara. "Kita yakin kedua-dua model ini akan mendapat sambutan bersandarkan kualiti, harga, ciri keselamatan dan prestasinya yang mengagumkan. "Kedua-dua model ini telah berada di pasaran dan mempunyai dua varian warna iaitu hitam dan putih," katanya selepas melancarkan dua model supermoto baharu itu di sini hari ini. Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Mofaz, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim. Model LXM 125R dijual pada harga RM6,860 (harga atas jalan) sebuah, manakala model LX450 yang berkuasa 450cc dijual pada harga RM22,123.43 (harga atas jalan). Selain itu, Pang mensasarkan untuk melantik 60 hingga 70 pengedar setiap bulan berbanding 35 pengedar sedia ada. "Ini akan menggalakkan lagi jualan supermoto itu, sekali gus membuka peluang kepada syarikat untuk menembusi pasaran luar negara," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |