{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Tun Rahman mahu kerajaan DAP Pulau Pinang tunai janji PRU-13

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

PULAU PINANG 26 Ogos - Kerajaan DAP Pulau Pinang diingatkan menunaikan janji-janji yang dibuat semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas berkata, sudah tiba masanya kerajaan negeri melaksana segala perancangan dan janji itu demi memenuhi keperluan rakyat.

"Saya juga menyeru kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya dapat menjalankan tugas dengan baik.

"Mereka juga hendaklah sentiasa bekerjasama serta saling mempercayai pegawai-pegawai dan kakitangan yang ada di negeri ini," katanya.

Abdul Rahman berucap semasa istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri sempena ulang tahun kelahiran ke-75 beliau di Dewan Sri Pinang, di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri bertanggungjawab mengatasi semua masalah yang dihadapi rakyat demi kemajuan negeri.

"Di samping itu, saya juga berharap pegawai-pegawai kerajaan negeri menjalankan tugas dengan penuh azam, profesional, komited, adil, telus dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

"Jangan cuba mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan tanggungjawab demi kepentingan sendiri yang akan merosakkan pentadbiran dan menyusahkan rakyat," ujarnya.

Terdahulu, Abdul Rahman memeriksa kawalan kehormat Tentera Darat Malaysia diikuti persembahan nyanyian lagu Negaraku serta Untuk Negeri Kita dan tembakan meriam 17 das.

Dalam majlis itu, sebanyak 1,085 orang dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat didahului Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Empat individu menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Muhamad Zabidi Zainal; Pengarah Urusan IGB Berhad, Robert Tan Chun Meng; Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Datuk Dr. Md Salleh Yaapar serta ahli perniagaan, Datuk Seri H'ng Bok San.

Serah surat tandatangan perwakilan kepada ROS

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke Siew Fook dicabar supaya mengemukakan sejumlah 500 surat salinan asal yang ditandatangani oleh para perwakilan DAP kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam tempoh seminggu ini.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim (gambar) berkata, tindakan itu perlu memandangkan surat tersebut membuktikan para perwakilan telah menerima notis mesyuarat dan tidak dapat hadir pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 15 Disember tahun lalu.

Berikut adalah kenyataan Zamil:

1. Ekoran sidang akhbar DAP pada 19 Ogos 2013, KITA masih menunggu Lim Guan Eng dan Anthony Loke untuk mengemukakan kepada pihak ROS sejumlah 500 surat salinan asal yang ditandatangani oleh para perwakilan DAP yang buat pengakuan bahawa mereka telah menerima notis mesyuarat dan tidak dapat hadir pada pemilihan CEC tarikh 15 Disember 2012.

Sudah pasti surat pengakuan daripada perwakilan DAP ini mestilah bertarikh sebelum 15 Disember 2012 dan bukan selepasnya.

2. KITA cabar Lim Guan Eng dan Anthony Loke untuk mengemukakan 500 surat salinan asal tersebut kepada pihak ROS dalam masa seminggu supaya pihak ROS dapat temuduga dan siasat kesemua 500 orang perwakilan dan pastikan kesahihan dan ketulenan surat pengakuan mereka.

KITA mencadangkan supaya ROS mendapatkan kerjasama daripada pihak polis bahagian forensik untuk mengesahkan sama ada surat pengakuan ditulis sebelum atau selepas 15 Disember 2012.

3. KITA minta Anthony Loke letak semua jawatan dalam parti jika gagal mengemukakan 500 surat asal yang dikatakan pengakuan oleh 500 ahli perwakilan DAP yang tidak hadir dan mengundi semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.

Pihak ROS juga wajar meminta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyiasat jika wujud gejala rasuah dalam perkara ini. Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap Anthony Loke jika didapati ada unsur-unsur penipuan atau rasuah.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat