Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Modenas sasar 12% penguasaan pasaran Posted: 05 Aug 2013 12:14 PM PDT Amirudin Abdul Kadir duduk di atas motosikal Can-Am Spyders sambil diperhatikan oleh Abdul Halim Ismail selepas melancarkan Kempen Penghargaan Berganda Modenas di Shah Alam, semalam. SHAH ALAM 5 Ogos - Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas), anak syarikat DRB-Hicom Bhd. menyasarkan untuk meningkatkan penguasaan pasaran motosikal kepada 12 peratus menjelang hujung tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, Amirudin Abdul Kadir berkata, pihaknya yakin sasaran tersebut dapat dicapai termasuk melalui Kempen Penghargaan Berganda Modenas yang dilancarkan sejak 1 Ogos lalu dan berlangsung sehingga 31 Disember ini. Kami menyasarkan jualan sebanyak 70,000 unit motosikal Modenas menjelang suku tahun keempat bagi Pelan Pengurusan Tahunan (AMP) kami sehingga Mac tahun depan. Pada masa ini, kita menguasai sebanyak lapan peratus pasaran motosikal di negara ini dan melalui kempen tersebut kita yakin dapat meningkatkan jualan bagi tahun kewangan semasa," katanya dalam sidang akhbar dan taklimat Kempen Penghargaan Berganda Modenas di Ibu Pejabat Modenas di sini hari ini. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Modenas yang bakal bersara, Abdul Halim Ismail dan Ketua Pemasaran Edaran Modenas Sdn. Bhd., Amarjeet Singh. Amirudin yang menerajui Modenas sejak 1 Ogos lalu berkata, pihaknya perlu meneliti terlebih dahulu tentang strategi yang dirangka bagi meningkatkan prestasi syarikat berkenaan termasuk dalam menumpukan kepada aktiviti eksport di rantau ini. Kita akan melihat kepada pasaran baru termasuk ke Eropah tetapi pada masa ini kelihatan ekonomi tidak berada dalam keadaan baik," katanya. Beliau berkata, setakat suku tahun pertama tahun ini, sebanyak 17,000 unit motosikal Modenas telah berjaya dijual dan syarikat itu akan memperkenalkan model motosikal khusus untuk pasaran ASEAN yang dijangka dapat dilancarkan menjelang April tahun depan. Mengenai harapannya dalam menerajui Modenas, Amirudin berkata, pihaknya mempunyai sasaran sendiri dengan pasukan dan kemudahan yang dimilikinya bagi bergerak lebih ke hadapan untuk menjadi syarikat pengeluar motosikal nombor satu di negara ini. Sekarang ini kita berada di tangga ke empat, kita mahu menjadi nombor satu, berilah kami sedikit masa, kita bukan sahaja mahu menjadi teraju di negara ini sahaja malah di rantau ini," katanya. |
Labur RM10 juta untuk Red Cube Johor Bahru Posted: 05 Aug 2013 12:14 PM PDT Syed Hafiz Syed Abu Bakar menyaksikan Presiden Kia Motor Pejabat Rantau Asia, T. J Park menandatangani plak perasmian Kia Red Cube Johor Bahru, baru-baru ini. KUALA LUMPUR 5 Ogos - Pengedar Kia Motors di Malaysia, Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd. (Naza Kia), telah melancarkan rangkaian Red Cube keduanya di Johor Bahru, Johor, selepas di Petaling Jaya, Selangor yang membabitkan pelaburan bernilai RM10 juta. Pusat 4s (jualan, servis, alat ganti dan mengecat) Kia Red Cube Johor Bahru itu berkeluasan 38,241 kaki persegi dan mempunyai kapasiti penyelenggaraan 45 kereta dalam sehari. Ketua Pegawai Operasi Naza Kia, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar berkata, pembukaan Kia Red Cube Johor Bahru merupakan yang pertama di selatan Semenanjung bagi memenuhi keperluan pelanggannya di sekitar Johor Bahru. Beliau berharap rangkaian terbaharu itu turut menyediakan perkhidmatan untuk pengguna di Pasir Gudang, Kota Putri, Megah Ria, Kota Masai, Taman Mawar, Bandar Permas Jaya, Plentong, Taman Molek, Johor Jaya, Desa Tebrau, Taman Daya, Pelangi Indah, Mount Austin, Setia Indah dan Johor Bahru Town. Di dalam perancangan seterusnya, Syed Hafiz berkata syarikatnya merancang untuk melabur RM6 juta bagi memperkenalkan rangkaian baharu Kia Red Cube di Rawang, Selangor dan Kuantan, Pahang. "Bagi 2013, kami menyasarkan peningkatan jualan sebanyak lapan peratus kepada 13,345 buah kenderaan Kia. Momentum setakat ini agak baik berdasarkan jualan setakat suku pertama tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Model Naza Kia yang mencatatkan jualan terbaik setakat Mei ialah Forte dengan sebanyak 2,113 buah telah terjual, sementara model Rio yang dilancarkan awal tahun lalu telah merekodkan jualan sebanyak 786 buah. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |