{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Mustapa umum pertahan jawatan MT

Posted: 05 Aug 2013 10:30 PM PDT

KOTA BHARU 6 Ogos - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan untuk mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan bagaimanapun berkata, keputusan untuk mempertahankan jawatan tersebut mungkin akan berubah sekiranya berlaku sesuatu di luar jangka.

"Saya menawarkan diri untuk bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO, tidak lebih daripada itu. Apa yang ada hari ini sudah cukup. Alhamdulillah.

"Setakat ini saya pertahankan Ahli Majlis Tertinggi kecuali ada hal-hal di luar jangkaan selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama ketua jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini malam tadi. - UTUSAN

KITA desak Anwar, Karpal isytihar harta

Posted: 05 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

Zamil Ibrahim, Anwar Ibrahim, Karpal Singh

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menyokong desakan agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengisytiharkan harta masing-masing.

Pemimpin KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi membersihkan nama mereka berdua daripada dikaitkan dengan urus niaga sulit seperti didedahkan 6,000 surat misteri yang diedar di sekitar Permatang Pauh.

Anwar dan Karpal perlu berani mengisytiharkan harta dan semua akaun bank sama ada di dalam mahupun di luar negara sebagai satu tindakan untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka berdua ini bersih dan telus.

Tindakan menyembunyikan harta dan akaun-akaun bank hanya akan menunjukkan wajah sebenar tokoh pembangkang sebagai hipokrit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Kerusi Undang-Undang Jenayah, Jawatankuasa Peguam Negeri Pulau Pinang, Ranjit Singh Dhillon mendesak Anwar dan Karpal mengisytiharkan harta masing-masing bagi membersih nama dalam isu tersebut.

Awal minggu ini, bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail mendedahkan 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan urus-niaga dua pemimpin pembangkang itu.

Namun, Anwar dan Karpal ketika membuat laporan polis terhadap pengedaran surat misteri tersebut menafikan dakwaan wujud urus niaga antara beliau dengan Karpal, sebaliknya mendakwa perkara itu fitnah UMNO.

Dalam pada itu, Zamil berkata, parti KITA juga mendesak Anwar memberi kelulusan bertulis kepada Bank Negara untuk membenarkan pengisytiharan kepada media tentang akaun-akaun bank yang tertulis atas nama beliau.

Langkah ini akan menyenangkan siasatan pihak berkuasa dalam usaha membersihkan nama Anwar dengan kadar segera kerana banyak akaun-akaun bank didakwa milik Ketua Pembangkang ditulis dalam surat tersebut," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat