Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Karpal cabar Waythamoorty letak jawatan Posted: 24 Aug 2013 10:53 AM PDT PULAU PINANG 24 Ogos - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorty dicabar melepaskan jawatannya dalam Kabinet sekiranya mahu mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mempertikaikan kejadian lima penjenayah ditembak mati oleh polis di sebuah rumah di Sungai Nibong dekat sini, Isnin lalu. Pengerusi DAP, Karpal Singh yang membuat cabaran tersebut berkata, tindakan sedemikian perlu sebagai bukti beliau memang mahu memperjuangkan nasib masyarakat India. "Sekiranya Waythamoorty tetap berpegang dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, beliau patut melepaskan jawatan dalam Kabinet yang disandangnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menasihatkan Waythamoorthy supaya berhenti daripada memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya. Ahmad Zahid juga mengingatkan Waythamoorthy supaya tidak mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Hindraf. Dalam kejadian awal pagi Isnin lalu, lima ahli kumpulan kongsi gelap yang amat berbahaya kerana terlibat dalam 10 kes bunuh di tiga buah negeri, mati selepas berbalas tembakan dengan anggota polis yang menyerbu sebuah unit pangsapuri di Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong. |
Pemilihan CEC: DAP kekal calon sama Posted: 24 Aug 2013 10:53 AM PDT PULAU PINANG 24 Ogos - Biarpun dibantah pelbagai pihak termasuk dalam kalangan ahli sendiri, DAP tetap dengan pendirian untuk mengekalkan calon dan perwakilan sama bagi pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dijadualkan September ini. Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, keputusan tersebut dibuat memandangkan pemilihan semula itu bukannya pemilihan baharu. Malah, tegasnya, semua calon yang terlibat layak bertanding semula dalam pemilihan sempena Kongres Khas Nasional parti itu kelak. "Ini bukan pemilihan baharu tetapi pemilihan semula, jadi calon juga haruslah sama dan kita harap semua pihak menerima keputusan ini. "Pemilihan ini penting dalam menyelesaikan masalah berkaitan dan kita akan menghantar notis berhubung pemilihan semula ini kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa terdekat," katanya di sini hari ini. Ditanya sama ada DAP akan melantik pemerhati bebas semasa pemilihan semula itu, Karpal memberitahu, ia tidak perlu. "Saya rasa tidak perlu pemerhati bebas kerana kita sudah melantik syarikat audit antarabangsa bagi memantau pemilihan itu nanti. Kita juga berharap agar semuanya akan berjalan dengan lancar," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |