{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Import dari Thailand akan dihentikan mulai 2015

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 12 Ogos - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yakin kebergantungan kepada sumber bekalan sayur-sayuran dari Thailand akan dapat dihentikan dengan mensasarkan pengeluaran 100 peratus sumber bekalan tempatan menjelang 2015.

Pengarah FAMA negeri, Wan Abdullah Wan Chik berkata, dengan pelbagai program yang dilaksanakan, beliau yakin ia dapat membantu mengurangkan kemasukan barangan import khususnya dari negara jiran itu.

"Setakat ini kira-kira 34 peratus bekalan dari Thailand dibawa masuk ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) manakala 66 peratus lagi adalah daripada sumber bekalan tempatan.

"Peratusan tersebut menunjukkan bahawa kita tidak terlalu bergantung kepada sumber bekalan luar dan tidak mustahil untuk kita mencapai sasaran bagi tempoh tiga tahun lagi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wan Abdullah berkata, kini pelbagai usaha sedang giat dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

"Jalinan kerjasama ini dilaksanakan di mana LPP serta LKIM akan membantu membekalkan produk seperti ayam, ikan serta sayur-sayuran untuk dipasarkan oleh pihak FAMA.

"Selain itu, program kepada para pemborong juga dijalankan melalui Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak supaya mereka dapat mengambil bekalan sayuran terus daripada petani tempatan tanpa perlu mengambil bekalan dari Thailand," katanya.

Beliau berkata, RTC di Tunjong dekat sini merupakan tempat yang menyediakan bekalan keperluan harian serta sayur-sayuran segar setiap hari dan sehingga kini mempunyai seramai 634 orang peniaga.

"Pada tahun lalu hasil jualan yang berjaya dicapai ialah sebanyak RM205 juta iaitu melebihi daripada jumlah yang disasarkan sebanyak RM180 juta.

"Sehingga Jun tahun ini, hasil jualan telah berjaya mencapai sebanyak RM102 juta dan saya yakin ia dapat melepasi sasaran jualan tahun lepas," katanya.

Lebih 10,000 meriahkan Rumah Terbuka UMNO Tanah Merah

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

MUSTAPA Mohamed (kiri) diiringi oleh Ikmal Hisham Abdul Aziz (dua dari kanan) beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Tanah Merah di Tanah Merah, Kelantan, kelmarin.

TANAH MERAH 12 Ogos - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Tanah Merah meriah dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Majlis yang bermula seawal pukul 10 pagi itu berlangsung di pekarangan Bangunan UMNO bahagian di sini ternyata sesak dengan kehadiran orang ramai bagi merasai pelbagai juadah yang disediakan.

Paling menarik ialah daging kambing bakar yang disediakan sebanyak 10 ekor untuk dinikmati oleh tetamu.

Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan isterinya, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah.

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz ternyata amat teruja dengan sambutan luar biasa warga Tanah Merah terhadap majlis tersebut.

"Rumah terbuka ini merupakan wadah untuk mengeratkan silaturahim sesama warga Tanah Merah," katanya ketika ditemui di sini.

Dalam pada itu, lebih 4,000 pengunjung menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Kota Bharu yang berlangsung di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Jalan Telipot, Kota Bharu bermula pukul 12 tengah hari hingga 4 petang.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan kepimpinan UMNO bahagian itu.

RM70 juta bina jalan pintas Pasir Puteh-Tok Bali

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

ZAWAWI Othman (dua kiri) dan Zulkifle Ali (tiga dari kiri) menyaksikan pertunjukan bantuan kecemasan oleh Pasukan Bomba Sukarela Kota Bharu di Jalan Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini. - utusan/Torek Sulong.

PASIR PUTEH 12 Ogos - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM70 juta bagi membina jalan pintas Pasir Puteh ke Tok Bali yang dijangka dibuka kepada pengguna pada akhir bulan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak yang juga Penyelaras Pembangunan Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, pembinaan jalan itu akan memendekkan perjalanan dari pusat bandar ke Tok Bali yang merupakan pusat pendaratan ikan, daripada 17 kilometer kepada 10 kilometer.

Menurutnya, laluan baharu itu akan turut membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di dalam kawasan bandar terutama setiap kali menjelangnya musim perayaan.

"Pembangunan jalan yang disediakan itu bukan sahaja bertujuan membangunkan beberapa lokasi penempatan baharu di Tok Bali yang kini hanya indah khabar daripada rupa tetapi menjadi jalan alternatif untuk ke Bachok dan jalan susur keluar dari pusat bandar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis kempen keselamatan jalan raya anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan (JBPK) di sini baru-baru ini.

Zawawi dan ADUN Selising, Zulkifle Ali ditauliahkan sebagai bapa angkat JBPK dalam membantu menggerakkan aktiviti kempen kebombaan di negeri ini.

Antara kempen keselamatan jalan raya yang dikenal pasti berupaya memberi kesedaran kepada pengguna lalu-lintas adalah lakonan kemalangan membabitkan kecederaan serius oleh Pasukan Bomba Sukarela.

Zawawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh berkata, laluan berkenaan dibina merentasi Sungai Semerak melalui Kampung Gong Kulim sehingga ke Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tok Bali, dijangka akan turut memesatkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di kawasan itu.

Beliau berkata, pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat baharu di Tok Bali perlu disegerakan walaupun tapak pembinaannya sudah lama disediakan.

Hal ini kerana katanya, jarak perjalanan semakin pendek apabila laluan itu siap sepenuhnya iaitu antara lima hingga 10 minit dari Balai Bomba dan Penyelamat di bandar ini.

"Bagaimanapun ini tertakluk kepada keperluan pembangunan yang bakal berlaku di Tok Bali. Tapak untuk lokasi balai bomba telah sedia ada dan akan dibangunkan bagi kepentingan industri laut serta maritim pada masa akan datang," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat