{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


MPSPK naik taraf kemudahan asas

Posted: 19 Aug 2013 11:14 AM PDT

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

ISMAIL Said (kiri) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan MPSPK, Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 19 Ogos - Usaha untuk menaik taraf persekitaran beberapa lokasi tumpuan pelancongan di daerah ini akan dilakukan bagi memastikan terus menjadi daya tarikan kepada pengunjung dalam tempoh terdekat.

Yang Dipertua Majis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Datuk Ismail Said berkata, langkah berkenaan penting berikutan Sungai Petani dan daerah Kuala Muda umumnya mampu menjadi satu destinasi pelancongan popular di kawasan utara.

"Saya berhasrat menaik taraf persekitaran beberapa kawasan pelancongan sedia ada seperti Galeri Hutan Paya Bakau Jeti Semeling, Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Pusat Arkeologi Lembah Bujang dan Guning Jerai untuk memastikan sektor itu terus berdaya maju.

"Antara langkah yang akan diambil adalah membaik pulih landskap dan memastikan agar kebersihannya sentiasa terjaga," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri MPSPK di sini hari ini.

Lebih 3,000 pengunjung pelbagai kaum hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Ismail yang baharu dilantik menjadi Yang Dipertua MPSPK berkata, selain sektor pelancongan, beliau turut memberikan tumpuan terhadap usaha menaik taraf tandas awam sedia ada dalam kawasan pentadbiran MPSPK.

"Berdasarkan tinjauan saya, keadaan tandas awam kita kini berada dalam keadaan kurang memuaskan. Justeru, kita akan mengambil langkah segera mengatasi beberapa masalah terutamanya dari segi kebersihan.

"Tandas awam yang bersih amat penting kerana mencerminkan imej penduduk kawasan bandar Sungai Petani ini," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail memberitahu, beliau mengamalkan pendekatan pintu terbuka bagi membolehkan perkhidmatan MPSPK ditingkatkan.

"Rakyat yang mengalami sebarang masalah atau ingin mengemukakan cadangan untuk menambah baik perkhidmatan MPSPK boleh datang berjumpa saya di pejabat. Saya sedia menerima sebarang teguran dan cadangan," katanya.

RM10,000 dikutip untuk Persatuan OKU Al Bulkhary

Posted: 19 Aug 2013 11:14 AM PDT

OMARDIN Mauju (tengah) memperkatakan sesuatu ketika menyampaikan sumbangan bagi tabung Persatuan OKU Al Bulkhary, Permatang Damar Laut pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pergerakan Pemuda Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang di Pulau Pinang, kelmarin.

PULAU PINANG 19 OGOS - Sumbangan RM10,000 berjaya dikutip pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pergerakan Pemuda Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang (PPGLMPP) bagi membaik pulih bangunan Persatuan Orang Kelainan Upaya (OKU) Al Bulkhary, Permatang Damar Laut di sini semalam.

Majlis perasmian bantuan itu didahului oleh Presiden Majlis Pendekar Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju yang memberikan sumbangan RM1,000.

Menurut Ketua Pemuda PPGLMPP, Noor Mohamed Abdullah, kutipan itu dibuat bagi membolehkan golongan istimewa tersebut menjalani kehidupan harian mereka dengan lebih selesa.

Katanya, dalam tempoh dua minggu pihaknya akan memastikan bangunan itu dibaik pulih semula dengan hasil kutipan tabung kilat terbabit.

"Kita buat kutipan kemudian beli barangan yang perlu digantikan. Ahli persatuan akan menyumbangkan tenaga kerja secara sukarela untuk menggantikan barangan baru itu termasuk mengecat semula bangunan tersebut.

"Ini merupakan tahun kedua kita buat program sebegini, tahun lepas kita bantu sebuah rumah anak yatim di Butterworth dan kita tidak kira bangsa dan agama dalam membantu insan tersayang ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan OKU Al Bulkhary, Fatimah Kader Bacha berterima kasih kepada pihak yang membantu golongan istimewa di sini.

Beliau berkata, dia terkejut kerana dalam tempoh empat jam bantuan kilat yang dikutip untuk persatuannya menjangkau RM10,000.

"Saya berterima kasih kepada PPGLMPP yang berusaha membantu kami," ujarnya.

Persatuan OKU Al Bulkhary menempatkan 50 OKU yang berusia 16 hingga 35 tahun dengan bantuan 10 kakitangan.

Rata-rata mereka mempelajari bengkel kemahiran membuat kraftangan daripada bahan buangan.

Elak ketirisan - Raja Muda Perlis

Posted: 19 Aug 2013 11:14 AM PDT

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail ditemani Tuanku Syed Sirajudin Areeb Putra Jamalullail (kanan) menyerahkan bungkusan Aidilfitri kepada pegawai Kastam Thailand sambil disaksikan oleh Azlan Man (tiga dari kanan) dan Zull Aznam Haron di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis, baru-baru ini.

PADANG BESAR 19 Ogos - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu agensi penguat kuasa di sempadan meningkatkan kawalan dan penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang ancaman terhadap negara.

Titah baginda, pelbagai ancaman yang dihadapi seperti penyeludupan dadah dan senjata api, pemerdagangan manusia, bahan api serta pencerobohan warga asing boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada negara.

"Ketirisan sempadan bukan sahaja boleh meningkatkan kadar jenayah, tetapi lebih membimbangkan pencerobohan pengganas," titah baginda pada majlis penyerahan kuih raya daripada kerajaan negeri Perlis kepada pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, di sini kelmarin.

Turut berangkat pada majlis di Kompleks Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan putera baginda, Tuanku Syed Sirajudin Areeb Putra Jamalullail.

Ketibaan baginda di Kompleks UPP itu disambut Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron; Panglima Briged Sempadan Tentera Darat, Brig. Jen. Mohd. Ramli Jaafar dan Panglima 6 Briged Tentera Darat, Brig. Jen. Datuk Zulkapli Rahamat.

Selepas penyerahan bungkusan kuih raya di kompleks itu, baginda berdua menaiki bas khas ke pekan Siam di selatan Thailand untuk menyerahkan bungkusan kuih kepada anggota-anggota pentadbiran dan penguatkuasaan Thailand.

Baginda turut melakukan tinjauan di sekitar kawasan pekan itu dan mendengar taklimat daripada para pegawai kanan keselamatan Thailand.

Lawatan itu turut disertai oleh Menteri Besar Perlis, Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat