{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Hip

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Hip


OMG juara Liga Lawak Superstar

Posted: 08 Dec 2013 03:12 PM PST

Hulu Klang: Selepas 10 minggu berentap, kumpulan OMG dinobatkan sebagai juara sulung Liga Lawak Superstar, sekali gus membawa pulang wang tunai RM250,000 dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Studio Finas, malam tadi.

OMG yang dianggotai Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan, berjaya mengetepikan cabaran kumpulan Apa Kasih Toq yang dibarisi Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle, untuk berpuas hati sebagai naib juara dengan wang tunai RM75,000.

Pada pusingan separuh akhir kedua Liga Lawak Superstar yang lalu, kumpulan Aku Diandra yang terdiri daripada Ilya, Qazeem Nor dan Sheera Iskandar, diumumkan pemenang tempat ketiga untuk hadiah wang tunai RM50,000.

5 permainan

Kumpulan Aku dibarisi Bell Ngasri, Hairi Safwan dan Idzham Ismail di tempat keempat untuk membawa pulang wang tunai RM25,000.

Untuk persembahan pusingan akhir Liga Lawak Superstar musim pertama ini, kumpulan OMG dan Apa Kasih Toq dikehendaki melaksanakan 5 permainan iaitu 'Mengecut', 'Peniru Besar', 'Penyanyi Berkepala 3', 'Awal & Akhir' dan 'Karaoke Uncle'.

Semua finalis dinilai menerusi markah yang diberikan juri tetap terdiri daripada Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli, juri awam serta undian SMS.
Acara yang dipancarkan secara langsung menerusi saluran TV3 itu dikendalikan oleh pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Adibah Noor dan Afdlin Shauki.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat