{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda besout - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda besout - Google Blog Search


<b>felda besout</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 04 Dec 2013 12:00 AM PST

Dua hari selepas Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan durian runtuh di Felda Jengka 8 pada 8 Mei lalu, majlis penyerahan cek dimulakan bagi Felda Wilayah Trolak yang disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir di padang awam Felda Besout 2.

Seramai lebih 2,000 peneroka dari 21 tanah rancangan Felda dalam Wilayah Trolak hadir ke majlis tersebut, 17 dari Negeri Perak dan 4 dari Negeri Selangor.


Sehari kemudiannya (11 Mei), saya menyampaikan cek durian runtuh kepada setiap peneroka di Felda Besout 2 seramai 399 orang dan Felda Besout 1 (520 orang). Boleh dikatakan kehadiran penerima seratus peratus.

Ramai juga muka yang saya tak pernah jumpa dalam program-program yang saya hadiri sebelum ini. Hati rasa puas kerana dapat berucap dan menyampaikan mesej Perdana Menteri dan Felda berkaitan penyenaraian FGVH kepada mereka.

Pagi tadi (12 Mei) saya menyampaikan pula durian runtuh kepada 271 penerima di Felda Besout 3. Kerana jumlahnya tidak seramai di Besout 1 dan 2, saya mengambil masa yang agak panjang dalam ucapan. Tambahan lagi, ada di kalangannya yang mungkin pertama kali mendengar saya berucap, atau mungkin pertama kali juga secara live mendengar ucapan pemimpin UMNO.

Syukur, mereka kusyuk mendengar. Semoga hati yang pekat diracun pemimpin pakatan DAP-PAS-PKR sebelum ini semakin sembuh.

Apapun, apa yang saya ucapkan adalah ikhlas lahir dari hati seorang anak peneroka Felda. Walaupun agak pahit, tapi buah pahit yang tak pernah ditelan mungkin menjadi penawar. Saya mahu melihat ayah-ayah dan ibu-ibu saya mengecapi rezeki yang dihidangkan oleh Felda melalui penyenaraian FGVH.

Esok (Ahad) saya akan menyampaikan cek broom di Felda Besout 4 (8.30 pagi), Felda Besout 5 (11.00 pagi) dan kampung saya sendiri Felda Sungai Behrang (2.30 petang).

Saya akan bersama menyampaikan broom di Felda Sungai Klah pada 15 Mei jam 2.30 petang. Kemudian pada 16 Mei di Felda Trolak Timur (8.30 pagi) dan Felda Trolak Selatan (2.30 petang) sebelum yang terakhir, Felda Trolak Utara pada 17 Mei jam 8.30 pagi.

Terima kasih PM. Terima kasih Felda.

Sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada pengasas Felda, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussin.

<b>felda besout</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 03 Dec 2013 12:00 AM PST

Timbalan Presiden MBFM Melawat Tapak KJKF Siri Ke-3 Di Besout 2

20131025_172332

TROLAK – Selepas kejayaan Karnival Jom Ke FELDA (KJKF) 2013 siri pertama dan kedua di FELDA Palong 6 dan FELDA Papan Timur, Pertubuhan Usahawan Generasi FELDA Malaysia (PUGFM) meneruskan langkah ke FELDA Besout 2 untuk KJKF 2013 siri ketiga.

KJKF 2013 di FELDA Besout 2 bermula hari ini (Jumaat) jam 3 petang tadi.

Antara program yang berjalan sepanjang petang tadi antaranya adalah Bengkel Lakonan Bersama FINAS dan Fauziah Nawi, Program Khatam Al-Quran beramai-ramai, Pertandingan Azan dan Sukan Rakyat.

Malam ini pula akan berlangsung persembahan Nasyid sekitar jam 8.30 malam dan Forum Hal Ehwal Perdana pada jam 9 malam.

Panelis jemputan untuk Forum Perdana malam ini adalah Al-Sheikh Ismail Hashim, bekas Pensyarah YADIM.

Sambutan dari penduduk tempatan pada hari pertama agak menggalakkan.

Turut hadir mengunjungi tapak KJKF 2013 untuk memberikan sokongan adalah Timbalan Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Ahmad Shaari Bin Abd Samat.

Beliau sempat mendaftar sebagai ahli Fan Club KJKF serta meninjau kawasan sekitar tapak karnival.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Presiden PUGFM, Noor Hisham Abd Ghani, atas kejayaan PUGFM yang membawakan KJKF 2013, antara karnival luar bandar terbesar di Malaysia.

20131025_171802

20131025_171823

20131025_171900

20131025_171910

20131025_171912

20131025_172326

20131025_172332

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada October 25, 2013 - 7:37 pm oleh Shazuein Azmaini

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat