felda chini - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda chini - Google Blog Search |
GWGF <b>Felda</b> Gugusan <b>Chini</b> Bantu Warga <b>Felda</b> Sedar <b>...</b> Posted: 10 Dec 2013 06:20 AM PST GWGF Felda Gugusan Chini Bantu Warga Felda Sedar Keistimewaan Jadi Anak FeldaFELDA CHINI 1 – Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Felda Gugusan Chini terus mengorak langkah memastikan warga peneroka menyedari keistimewaan mereka sebagai ahli keluarga Felda, seterusnya melahirkan generasi muda berkualiti. Penolong Pegawai Perhubungan GWGF Wilayah Kuantan, Shalihin Mohammad berkata, program ceramah dan jalinan silaturahim yang diadakan bertujuan memberikan penerangan mengenai fungsi serta tanggungjawab GWGF membantu masyarakat Felda dari pelbagai sudut. Menurutnya, selain menerap pemahaman yang lebih luas, program itu juga memberi pendedahan mengenai kebaikan dan kelebihan menjadi warga Felda. "Kita perlu sentiasa teguh dengan objektif utama penubuhan GWGF iaitu mengkaji dan meneliti peranan utama generasi Felda bagi meningkatkan taraf hidup generasi kedua serta meningkatkan penglibatan mereka dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan. "GWGF sentiasa berusaha memastikan kesinambungan pembangunan masyarakat Felda kepada generasi peneroka seterusnya, selain mengenal pasti peluang-peluang yang boleh diberikan kepada generasi kedua Felda yang berkemampuan dan berkemahiran dalam bidang masing-masing," katanya ketika merasmikan majlis ceramah itu, di sini. Turut hadir, Pengarah Penerangan GWGF, Dr Ilyas Harun; Penolong Pengurus Felda Chini 1, Mohd Amizi M Ghani; Penolong Pengurus Felda Chini 2, Hamidi Hassan dan Pengerusi GPW Felda Chini 1, Patimah Khamis. Hadir sama, Pegawai Perhubungan GWGF Wilayah Kuantan, Azdri Bahtiar Abdul Aziz; ahli Seranta Felda, Norazian Md Arif dan Yusnita Che Ahmad; Imam Felda Chini 2, Ariffin Hassan; wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/Rancangan, wakil GPW, wakil belia serta sukarelawan GWGF. Sementara itu, Dr Ilyas dalam ceramahnya meminta warga peneroka sentiasa bersyukur kerana menjadi ahli keluarga Felda, di mana banyak kemajuan sudah dikecap sehingga dapat melahirkan ramai generasi Felda yang berjaya dalam pelbagai bidang. Menurutnya, ramai peneroka sudah mampu memiliki kenderaan sendiri, malah ada keluarga yang mampu memiliki lebih daripada sebuah kereta. "Terdapat peneroka Felda yang dilantik menjawat jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Felda, KPF dan anak-anak syarikat Felda, malah ada juga peneroka dan anak peneroka yang menang dalam pilihan raya menjadi Adun atau Ahli Parlimen. "Dari sudut keusahawanan pula, kita boleh lihat ada generasi Felda yang berjaya menjadi usahawan berjaya seperti Tan Sri Rozali Ismail. Beliau adalah anak peneroka Beliau berkata, mengimbas kembali sejarah penubuhan, GWGF dirasmikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 23 Ogos 2002 di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, di mana majlis bersejarah itu dihadiri 6,000 warga Felda seluruh negara. "Saya berharap Felda tidak terus dicemuh kerana pelbagai aktiviti sosial buruk seperti penagihan dadah dan lain-lain yang sering dilaporkan, seterusnya meninggalkan kesan buruk kepada warganya serta nama Felda itu sendiri. "Sudah sampai masanya masyarakat perlu berubah demi kebaikan dan meneruskan kelangsungan generasi yang berkualiti serta mempunyai nilai murni dan berteraskan kecemerlangan," katanya. – Sinar Harian NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com Artikel disiar pada December 11, 2013 - 3:45 am oleh Nor Azlina Shaari | |||||||||||||||||||||||
Blog Felda: <b>felda chini</b> - Google Blog Search - Blogger Posted: 01 Dec 2013 09:40 PM PST | <b>felda chini timur</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 09 Sep 2013 12:00 AM PDT | <b>felda chini timur</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 09 Sep 2013 11:15 PM PDT | Blog Felda: <b>felda chini timur</b> - Google Blog Search Posted: 11 Jun 2012 11:40 PM PDT
| Summer Sunshine in <b>Felda Chini Timur</b> | Banafsha Posted: 07 Jul 2008 07:56 AM PDT Alhamdulillah, baru dua jam pulang setelah 5 hari 4 malam berkampung di Felda Chini Timur bersama keluarga angkat Encik Salamat dan Pn. Sesiah. Satu pengalaman yang cukup berharga dikutip bersama warga Felda serta 21 lagi rakan-rakan PPIMI di Pekan, Pahang. Kawasan timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Najib juga kampung Rifhan Rasuli, anak peneroka Felda Chini Timur merangkap Pengarah Projek Summer Sunshine. Sekiranya dulu peneroka Felda melalui saat-saat getir untuk hidup, yang bercahayakan lilin, bertadahkan air hujan, telaga dan mata air, serta berjirankan hutan belantara yang bertanah merah, kini warga Felda mampu tersenyum puas, menarik nafas lega dengan pencapaian Felda. Pelbagai bentuk bantuan dan keistimewaan ditawarkan untuk warga peneroka dan ahli keluarganya oleh Felda yang kini telah mencapai status kemodenan, tempat kedua selepas PETRONAS. Perkampungan di Felda Chini Timur mendekatkan aku kepada masyarakat Felda, mengenal cara hidup mereka melalui ekonomi, sosial dan rohani yang jauh berbeza dengan dua buah perkampungan keluarga angkat yang pernah aku sertai sebelum ini di Kg. Endah, Banting, Selangor (2002) dan Kg. Temenin, Kota Tinggi, Johor (2007). Apakah perbezaannya? Dari sudut geografi sudah jauh berbeza. Kedudukan Felda di tengah-tengah kawasan penanaman kelapa sawit yang tidak kurang 20km dari jalan utama memperlihatkan keunikan tersendiri. Perkampungan Felda jauh lebih terancang dengan kemudahan sekolah, balai raya, dewan besar, pusat kominiti sukan, kedai-kedai runcit dan pelbagai bentuk kemudahan (just name it la). Sumber pendapatan utama serta pekerjaan yang sama, dan yang menariknya hampir semua rumah di Felda Chini Timur diubah suai semula oleh setiap peneroka dengan landskap dan design yang sama. Jika dilihat dari sudut sosial, amalan kehidupan berkampung seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi, bertegur sapa memang kaya namun, masih banyak yang boleh diperbaiki. Sesetengah surau masih sunyi dengan jemaahnya, kebanyakan belianya masih dihimpit budaya 'tidak rajin', kurang keyakinan diri untuk lebih maju. Inilah tugas utama kami ke Felda kali ini. Untuk memberikan semangat dan motivasi kepada rata-rata warga Islam & Melayu agar menggunakan kekuatan dan kebolehan masing-masing untuk meningkatkan kehidupan mereka dan memimpin masyarakat. Program Motivasi Sek. Men Felda Chini Timur 2 Kehadapan adik-adik kumpulan 6, sekiranya terbaca entry akak kali ini. Alhamdulillah, surat-surat adik telah dibaca. Terima kasih atas perkongsian pengalaman dan perasaan. Harapan akak, agar adik-adik dapat memanfaatkan masa dan peluang yang masih cerah untuk SPM 2008 untuk lebih cemerlang. Ingatlah, sekiranya adik-adik mampu menjaga solat fardhu di awal waktu dengan baik dan berusaha mengelakkan diri dengan perkara-perkara yang sia-sia, adik telah berjaya memulakan satu langkah untuk berjaya, iaitu dengan berDISIPLIN. Menjaga solat mampu membentuk DISIPLIN diri. Insya'Allah, nantikan kiriman surat dari akak. Work hard and Pray Hard. Mungkin ini saja untuk kali ini. Penat memandu selama 4jam masih tidak hilang. Kaki dan tangan masih sakit penangan futsal. Pertama kali main futsal dan menjadi goalkeeper. ho ho. Yang pasti memang Felda Chini Timur menaikkan sinar-sinar cahaya di mata hati tatkala musim panas yang semakin mangaktifkan melanin di wajah hitam manis tak bersusu ini. Ergh.. Mungkin ada lagi yang akan dikongsi. Minggu ini, minggu berkahwin untuk sahabat-sahabat saya. Bakal makan nasi minyak free untuk tiga hari berturut-turut. Alahai, naikla minyak. |
You are subscribed to email updates from felda chini - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |