{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda chini - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda chini - Google Blog Search


<b>FELDA</b> Peruktukkan RM100 Juta Wujudkan Bandar Baharu di <b>Chini</b> <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2013 08:11 PM PDT

FELDA Peruktukkan RM100 Juta Wujudkan Bandar Baharu di Chini

PEKAN

PEKAN – Felda memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi mewujudkan sebuah bandar baharu di persimpangan gugusan Felda Chini di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Abu Bakar Harun berkata, bandar baharu yang berkeluasan kira-kira 20 hektar itu kini masih di peringkat kajian oleh pentadbiran daerah Pekan.

"Kita sedang kenal pasti kawasan tanah sesuai di kawasan tersebut sebab kita bina bandar ini bukan di dalam Felda Chini tetapi di luar.

"Kalau dalam Gugusan Felda Chini memang mudah sebab kita mempunyai banyak tanah, tetapi ini di luar menyebabkan kita perlu cari tanah yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Penyampaian Sistem Audio Kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Pekan di Dewan UMNO Pekan di sini semalam.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali; ADUN Bebar, Mohamad Fakhruddin Mohd. Ariff dan ADUN Pulau Manis, Khairudin Mahmud.

Sebanyak 75 JKKK dari Parlimen Pekan masing-masing menerima satu set sistem audio sumbangan Yayasan Felda yang boleh digunakan dalam program atau majlis peringkat kampung.

Abu Bakar berkata, projek itu membabitkan pembinaan bercampur seperti perumahan generasi kedua dan bangunan industri serta perniagaan.

Menurutnya, pemilihan kawasan di luar gugusan itu kerana tidak mahu bandar baharu itu menjadi bandar mati.

"Kawasan projek bandar baharu ini terletak di jalan Kuantan-Muadzam Shah. Peneroka juga dapat memasarkan produk mereka di bandar ini dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan," katanya. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada October 19, 2013 - 11:11 am oleh Nor Azlina Shaari

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat