{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lepar hilir - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lepar hilir - Google Blog Search


<b>felda lepar hilir</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 17 Nov 2013 12:00 AM PST


Jalan <b>Lepar Hilir</b> Kotor, Mana Perginya SPAD Dan JPJ

Posted: 17 Nov 2013 09:22 PM PST

KUANTAN, 18 Nov - Para penduduk di Gugusan Felda Lepar Hilir dekat sini menggesa kerajaan memantau pergerakan lori-lori treler yang membawa bijih besi keluar masuk di jalan utama ke perkampungan terbabit. Ini berikutan keadaan jalan utama di situ dilihat semakin berdebu, kotor dan menjejaskan kualiti penglihatan kepada mereka yang lalu lalang di situ. Menurut salah seorang pengguna yang melalui jalan itu untuk berulang alik dari Felda Lepar Hilir 1 ke Kuantan, beliau amat hairan kenapa tiada langsung penguatkuasa undang-undang dibuat terhadap kenderaan terbabit. "Mereka dapat untung lumayan membawa keluar bijih besi ke Pelabuhan Kuantan untuk diekport ke China. Tapi, kami para penduduk makan debu, habuk dan sisa-sisa yang ditinggalkan. Keadaan pokok-pokok di kiri kanan jalan pun sudah berdebu dan tidak hijau lagi... Kenapa tiada pihak yang cakna isu ini?. Mana pergi wakil rakyat yang kami pilih ADUN Lepar dan Ahli Parlimen Paya Besar?. Kenapa tengok saja... dan biarkan rakyat menanggung derita. Sudahlah lori-lori itu kotor dan membahayakan lalu lintas.. habuk dan debu yang ditinggalkan sungguh menyusahkan kami. Mana lagi nak mengadu..Ramai yang sudah sakit, batuk kering dan sebagainya akibat terhidu debu kekotoran berkenaan", katanya. Tinjaun PDO ke lokasi petang semalam ternyata membuktikan apa yang didakwa. Memang, jalan di situ kotor akibat lori yang keluar masuk. Anehnya, tiada langsung penguatkasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mahupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Kenapa mereka tidak pantau dan ambil tindakan tegas terhadap lori-lori terbabit yang jelas telah melanggar undang-undang serta peraturan jalanraya sebenarnya. 

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat