{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda pasoh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda pasoh - Google Blog Search


Sukan Lasak Berbasikal Anjuran MBFM Dapat Sambutan | Suara <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2013 12:07 AM PST

Sukan Lasak Berbasikal Anjuran MBFM Dapat Sambutan

FokusBasikalNS

JELEBU – Berbicara tentang sukan lasak berbasikal, ramai yang melihat sukan ekstrem ini mempunyai bilangan peminat yang cukup kecil apatah lagi bagi mereka yang ingin menceburi sukan ini perlu memiliki sebuah basikal lasak berkualiti yang bukanlah murah harganya.

Namun hakikat sebenarnya, sukan lasak berbasikal ini sudah mula mendapat sambutan masyarakat dan mempunyai ramai pengikut dari seluruh negara.

Justeru, penganjuran program Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Pasoh de Jamboree 2013 yang diadakan di sini baru-baru ini merupakan medan terbaik bagi penggemar sukan lasak ini menguji ketangkasan dan ketahanan mental mereka mengharungi laluan yang mencabar.

Acara di Felda Pasoh 1, Simpang Pertang itu merupakan anjuran kali ketiga Pasoh Satu Cycling Comunity (PSCC) bersama Felda Wilayah Raja Alias dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelebu.

Presiden PSCC, Mohd. Daud Mohd. Murni berkata, program itu telah berjaya menarik seramai 480 orang peserta daripada 32 buah kelab basikal di seluruh negara.

"Secara keseluruhannya kami mengekalkan trek sedia ada selain penambahan jarak laluan yang baharu iaitu sejauh 45 kilometer (km). Trek kebiasaannya diubah pada setiap tahun kerana kita mempunyai banyak laluan bukit yang menarik.

"Sebelum ini, laluan yang terpaksa dihadapi oleh peserta hanyalah 36 km dan tetapi trek kali ini adalah lebih jauh dan lebih mencabar," katanya yang ditemui di sini baru-baru ini.

Mohd. Daud berkata, perubahan trek kali ini dibuat memandangkan para peserta inginkan trek yang lebih jauh dan mencabar sekali gus memberikan mereka peluang menikmati pemandangan menarik di kawasan berkenaan.

Katanya, secara keseluruhan acara kali ini dianggap berjaya dengan jumlah penyertaan semakin meningkat.

"Saya berharap acara ini akan menarik lebih ramai penyertaan pada tahun hadapan sekali gus mempromosikan Jelebu sebagai lokasi sukan berbasikal lasak," katanya.

Majlis penutup Pasoh de Jamboree 2013 disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin merangkap Ahli Parlimen Rembau. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada December 12, 2013 - 6:57 am oleh Nor Azlina Shaari

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat