felda sungai tengi - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda sungai tengi - Google Blog Search |
Norain Yusoff: Pasu Batik <b>Felda Sungai Tengi</b> Mengamit Hati Kami Posted: 08 Dec 2013 01:36 PM PST ..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Pasu Batik Felda Sungai Tengi Mengamit Hati Kami Pasu Batik Felda Sungai Tengi Mengamit Hati Kami | Pada entry yang lepas, Ain telah menceritakan pengalaman Ain bersama Sahabat Media melawat tempat perlancongan yang menarik di sekitar Hulu Selangor. [KLIK SINI] Jadi, kali nih Ain nak sambung cerita Ain tentang lawatan Sahabat Media ke Felda Sungai Tengi. Di sana kami disambut mesra oleh Puan Seri Rohani selaku pengusaha Pasu Batik yang terkenal di negeri Selangor ini. Kami diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana Pasu Batik itu dibuat dan diterangkan serba sedikit tentang pembuatan Pasu Batik ini. Ternyata, untuk buat Pasu batik nih, sangat-sangat lah rumit, sebab ia perlu melalui banyak proses, dari proses nak buat labu sayung sehinggalah nak tampal kain batik kat pasu tuh. Ain tengok pon macam ternganga mulot jap, sebab memang perlukan ketelitian yang tinggi. Walaupun Pasu Batik nih, memerlukan kemahiran yang tinggi untuk hasilkannya, harga sebiji Pasu Batik tuh sangatlah berpatutan. Seperti Pasu Batik yang bersaiz kecil nih, hanya RM15 jek. Sesuai sangat untuk dijadikan cenderamata atau hiasan di dalam rumah. Produk kraf yang mendapat banyak awards nih, bagi Ain boleh lah dikembangkan lagi ke pasaran luar negara. Kerana bagi Ain, Pasu Batik nih boleh menarik ramai pembeli terutama peminat hardcore Batik. Sebab ia sangat unik dan tak ramai pengusaha yang buat Pasu batik nih. Jadi, korang boleh lah lawati http://allaboutpasubatik.blogspot.com/ untuk ketahui lebih lanjut. Nak tahu apa lagi yang menarik di Hulu Selangor?? Tunggu next entry okiess.. Nanti korang boleh tengok Ain adventure dalam hutan. Men tubing dalam sungai yang memisahkan negeri Selangor dan Perak. Tungggguuuuu~ adios~ |
Pasu Batik <b>Felda Sungai Tengi</b> Hulu Selangor - Kaki Travel: From <b>...</b> Posted: 08 Dec 2013 04:41 PM PST Destinasi Pelancongan untuk anda Felda Sungai Tengi Selatan adalah sebuah rancangan felda yang terletak di Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Jika anda berkunjung ke tempat ini, kiri kanan adalah ladang kelapa Sawit. Anda perlu melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan menyusur ke Enterchange Bukit Tagar yang jaraknya lebih kurang 15km. Sekiranya anda melalui Tanjong Malim, Kampong saya adalah lebih kurang 48km. Jika anda dari Bestari Jaya (Batang Berjuntai) jaraknya adalah lebih kurang 27 km. Peta di bawah menunjukkan di mana letaknya Tanjong Malim dan Kemajuan Tanah S.Tengi. Senang sekali anda ikut lebuhraya Enterchange Bukit Tagar. Maka, entri ini saya letak di bawah Tanjong Malim. Saya nak promote Kampung saya dan tempat berdekatan sebagai destinasi pelancongan. Kredit : pkrputrajaya.blogspot.com Kali ini saya ingin membawa anda melawat ke Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Pengusahanya adalah Puan Seri Rohani. Anda boleh membeli labu Sayung tampal kain batik yang begitu istimewa dan unik sekali. Labu Sayung adalah cendera hati khas dari negeri Perak. Labu ini boleh dijadikan sebagai cendera hati untuk sahabat handai dan barang perhiasan di rumah anda. Saiz yang paling kecil adalah berharga RM15. Sila lawat link berikut : http://allaboutpasubatik.blogspot.com/. Anda boleh melihat sendiri proses pembikinan Labu Sayung Batik. Prosesnya memerlukan kemahiran seni dan kesabaran yang tinggi kerana begitu rumit dan teliti sekali. |
You are subscribed to email updates from felda sungai tengi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |